•EPISODE 19•

Short Story Completed 62066

Kayla bangun dari baring jam di meja sebelahnya di belek kejap. jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi..

"Mommy.. Mommy.. Kayla nak susu.." Bahu Juanda di goncang perlahan.

Perutnya tetiba mahu minum susu..

Juanda berselimut di bawah selimut tebal seluruh tubuhnya dingin berat.

"Mommy... Mommy kenape ni..?" ia menekup mulut agak tidak melopong.

Ia memegang dahi Juanda panas teruk.

Kayla terus turun dari katil dan berlari laju ke arah pintu bilik.

Seperti biasa dia akan naik ke bangku khas untuk dirinya memanjat untuk membuka pintu.

"Papa.. Papa.. help.. Papa.." Kayla berlari laju kearah bilik Aidan tercungap-cungap nafasnya seketika.

Kayla terus tersungkur akibat saluran pernafasannya mulai sesak.

Kayla memegang sebelah dada dengan kuat dia gagahi juga untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah pintu bilik Papanya.

"Baby !!! Baby kenapa ni..?" Aidan mendukung Kayla di dadanya.

Dia terus berlari turun ke arah tangga dia bergegas ke dapur untuk mengambil ubat-ubatan Kayla di sana.

"Pa..pah.. Mom-my.." Nafasnya mula sangkut-sangkut untuk bercakap.

"Makan ubat dulu baby.." Aidan terus menuang ubat cecair putih ke dalam sudu.

dia terus menyuap ke mulut Kayla.

Air suam jugak sudah di teguk Kayla dengan laju.

"Arhh paitttt..." Kayla terus menekap mulut dari termuntah disitu.

Kayla duduk di atas meja sambil melihat wajah Aidan.

"Papa ke mana tadi..?" Kayla sudah bertanya pada Aidan yang duduk di atas kerusi panjang di depan Kayla.

"Papa tak boleh tidur hurm mungkin pagi tadi Papa terminum kopi pekat kut.."

"Kayla pula nak ke mana pagi-pagi ni." Baru dia teringat Kayla memanggil dirinya terjerit terlolong bagai ada sesuatu yang terjadi tadi.

"OMG!! Papah... Mom-mommy.. dahi Mommy panas lepastu badan Momm.."

"Apa..? Ya allah Juand..!!" Ia kembali mendukung Kayla.

Mereka berdua terus naik ke bilik Kayla dengan terburu-buru.

Pintu bilik di buka luas.

Aidan hanya memerhati lampu meja masih terpasang di kiri katil Kayla.

"Duduk sini biar Papa tengokkan Mommy.." Ia tersenyum sendiri dan Kayla di letak atas sofa.

"Okey Papa.." Kayla hanya menurut kata-kata Papanya yang sudah duduk di birai katil.

Dahi isterinya di tekat dengan kulit tangannya.

"Juand bangun makan ubat dulu awak demam ni.." Bahu Juanda di goncang sedikit kuat hingga isterinya terjaga dari lena.

"Kenapa ni Tuan.." suaranya serak-serak basah.

Aidan mengambil ubat panadol di dalam almari solekkan Kayla air kosong di tuang ke dalam gelas.

ia mendapatkan Juanda masih tertidur dalam dalam selimut.

"Awak demam ni makan ubat dulu lepas tu baru tidur lagi ya.."

"Meh saya bangunkan." Ia memapah tubuh Juanda untuk bangun dari baring.

dia masukkan ubat kedalam mulut Juanda tanpa di suruh.

"Nah minum air ni biar hilang pahit tu.." Aidan memeluk bahu Juanda dari belakang.

dia bukan kejam sangat nak biarkan isterinya sakit begitu.

Segelas air di teguk Juanda dengan lahap gelas diberi kepada Aidan semula.

Kayla turun dari sofa dia menghampiri Aidan dan Juanda di atas katil.

"Mommy sakitkan..? Mommy sakit sebab Mommy menangis tadikan Papa.." Terkebil-kebil mata Kayla melihat susuk tubuh Juanda di dalam pelukan Aidan.

Aidan kembali membaringkan Juanda selimut tebal di depa pada tubuh isterinya hingga ke paras dagu.

"Papa risau dengan keadaan Mommy awak sekarang ni baby.."

"Harap-harap dia tak sakit teruklah.."

"Jarang Papa tengok Mommy awak ni sakit macam ni hurm." Pipi anaknya disentuh lembut.

"Mommy cakap dengan Kayla, Mommy period! Ermm period tu ape bende..?"

"Binatang tu ke yang buat Mommy Juan sakit Papa..?" Ia masih menanti jawapan dari Aidan.

Aidan menarik tangan Kayla dia meletakkan punggung Kayla diatas riba.

"Period tu maksudnya allah bagi Mommy cuti dari berkerja teruk selama ni."

"Kadang-kadang period tu juga membuat emosi Mommy tak stabil macam sekarang ni.."

"Kesian Mommy.." Rambut Juanda di sisip ke tepi telinga.

"Euuw.. jahatnya period tu patutlah Mommy lari tadi."

"Mommy cakap malu lah kalau Papa tengok Mommy macam tu."

"Ermm faham.. faham.." Ia mengangguk perlahan matanya sudah melihat kearah Juanda.

Aidan tergelak kecil mendengar kata-kata anaknya begitu.

Ia juga segan bila Kayla bertanya padanya tentang period.

Nak tak nak dia terpaksa memberitahu kebenaran pada Kayla.

"Dah baby pergi tidur sana biar Papa tidur sini jagakan Mommy ya.." Raut wajah anaknya dikucup lama.

Tak lama lagi dia pasti akan jatuh hati dengan Juanda di sebabkan si Kayla.

"Okey Papa.." Ia segera bergerak perlahan-lahan ke tempat tidur semula.

Sedangkan Aidan sudah masuk ke dalam selimut dan membawa tubuh Juanda ke dalam dakapannya.

Juanda juga memeluk tubuh Aidan tanpa dia sedar.

"Ssshh tidur lah sayang, sweet dream..." Belakang tubuh Juanda di tepuk-tepuk sebelum dia juga terlelap di dalam dakapan Juanda.

Tanpa dia sedari tangannya masih melingkari pinggang Aidan. Aidan terjaga dari tidur dia meraba-raba belakang tubuh Juanda.

ia kembali menyelimuti tubuh Juanda.

"Panas.." Ia mula terasa ada tangan menepuk-nepuk belakang tubuh.

Merinding bulu romanya bila ada sosok didepannya dia cuba untuk menjauhkan diri daripada sosok itu.

Tetapi sosok itu semakin mendekat dan memeluk dirinya di dalam selimut.

"Ya allah lindungilah aku dan anak aku dari jin jahat ya allah.." Sempat ia berdoa walaupun dia dalam ketakutan.

"Ssshh tidur-tidur.." Aidan menarik kaki Junada untuk bertindih dengan pehanya.

Aidan merasakan itu cara terbaik untuk membuat sang isteri kembali terlena.

"Arghhhh!! Apa.. apa awak buat dekat sini.?" Pantas dia bangun dari baring.

Juanda berlari turun dari katil.

Peluh sudah menguasai diri.

"Ssshh baby tengah tidur tu."

"Awak demam tadi saya yang bagi awak makan ubat Juand.." Aidan menyeka rambut dengan rapi dia bangun dan berjalan kearah Juanda.

"Demam..? Erk alamak.." Juanda terus berlari laju masuk ke dalam bilik air.

Aidan sempat menghalang.

dan dia juga masuk ke dalam.

"Awak keluar lah !! Saya nak buang air kecil ni.." Juanda sudah melangkah kaki ke belakang beberapa tapak.

tiba-tiba..

"Arghhhhhh...!!"

Kedebuk.

Juanda menarik tangan Aidan sama jatuh ke lantai. Begitulah kejadiannya bila Juanda terlalu emosi

Aidan sempat memeluk belakang Juanda dan sebelah tangan lagi memegang belakang kepala gadis itu dari terhempap jatuh ke lantai.

"Papaaaa, Mommy... buat ape ni..?" Kayla terkaku di depan pintu bilik mandi.

Pantas Juanda menolak tubuh Aidan ke tepi tetapi ia silap kerana Aidan sudah mengunci tubuh Juanda dengan tangannya.

"Papa, Mommy buat ape ni..?" sekali lagi dia bertanya dan belum apa-apa dia sudah menutup mulut dari melopong.

"Mommy awak ni degil baby !! Tak dengar kata.."

"Pe-pagi nak mandi.." Sebelum ia menarik tangan Juanda untuk bangun.

Sempat Aidan menghadiahkan sebuah ciuman ringkas pada bibir Juanda dengan senyuman dibibir.

Terbeliak biji mata Juanda bila Aidan berani ambil kesempatan begitu padanya.

Cepat-cepat dia menolak tubuh Aidan ia terus bangun dan mendapatkan Kayla yang sudah menekup wajah sendiri.

"Baby jom ti..." Perutnya tiba-tiba kejang berkerut dahinya bila bahagian intimnya terasa sedikit terbuka dek urutan otot dari dalam.

Aidan terus mencempung tubuh Juanda kembali ke katil..

Kayla hanya membototi saja langkah Papanya ke tempat tidur semula.

"Baby pergi tidur biar Papa peluk Mommy awak ni.." Ia segera menyelimuti bahagian tubuh Juanda.

dia juga masuk ke dalam selimut dan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya sekali lagi.

"Tuuan !!! Jangan ambil kesempatan, please.." Ia hampir ingin menangis akibat desakan bibir Aidan di ubun-ubun kepalanya.

"Good night, Papa.." Kayla terus menutup mata cepat-cepat.

"Night too baby.." Kening Juanda di kucup lagi.

"Kita bincang hal ni pagi esok Juan sekarang baik awak pejam mata, sebelum bibir saya melarat ke bibir awak nanti.." Aidan sudah mencari bibir Juanda di bawah selimut.

Juanda kembali memejam mata.

Apa jadi biar dia saja bincangkan hal ni dengan Aidan tanpa perlu melibatkan Kayla.

"Haha.." Aidan mengucup dahi Juanda sekali lagi sebelum dia melelapkan matanya sekali lagi.

Mula-mula tak nak tiba-tiba terkahwin eh sekarang tiba-tiba bibirnya gatal nak cari bibir Juanda pula.

Seperti biasa sebelum Aidan berangkat pergi kerja dia akan masak dan buat menu special untuk Kayla dan Juanda.

Ia mula mengimbau kenangan tadi sebelum bangun dan beredar dari bilik Kayla bila diusir keluar oleh Juanda.

CUP..

CUP..

CUP..

Bibir nya masih lagi mengucup pipi isterinya bertalu-talu hingga Juanda kelemasan di dalam pelukkan Aidan.

"Awak dah sewel ke main kiss-kiss saya ni..?"

"Ugh tak nak saya tak suka lah.." Tangannya menolak bahu Aidan yang masih mengambil kesempatan untuk mencari bibir Juanda dengan tawa kecil.

"Awak tak suka !! Saya suka Juand.."

"Aawak isteri sah saya.." Aidan terus memeluk tubuh Juanda.

Kedua tangannya mengunci bahu Juanda dan bibirnya terus membenamkan bibirnya pada bibir Juanda dengan kemas.

Meronta-ronta Juanda di dalam selimut tebal dengan perangai mereng Aidan.

"Papa.. What are you doing..?" Kayla sudah bangun dari tidur.

Suaranya menangkap bait-bait kata Juanda dan Aidan di dalam selimut tebal tadi.

Aidan terus membuka selimut hingga ke paras dagu. Tubuh Juanda masih ditawan di bawah sana.

"Papa tengah kira mimpi ni.. dah tidur-tidur sorry ya Papa ganggu.." Zup selimut tebal tadi kembali menutup wajah Aidan.

Kayla sudah monyok sambil membaringkan diri semula.

"Shh baby dah bangun tu.." Aidan terus mengucupi bibir Juanda lama-lama sebelum dia bangun dan melarikan diri keluar dari bilik.

Ia agak risau jika Juanda akan melakukan apa-apa tindakan padanya.

Tergeleng-geleng kepala Aidan bila mengingati kejadian tadi bersama Juanda.

Terbit rasa nakal di dalam hati untuk membuat dia melupakan kisah silamnya yang sudah lama terkubur di dalam hati mati.

"Manislah awak ni macam susu, hahaha.." Ia tergelak sendiri bila ia meletak garam beberapa sudu ke dalam teh panas.

"Ok dah siap baik aku mandi bersiap-siap dulu sebelum diorang turun nanti.." dia terus meletakkan dua gelas dan jug di atas meja.

Bubur nasi berlauk ayam rebus dan sedikit sambal manis untuk pembuka selera juanda nanti.

Nasi goreng kicap udang juga tersedia di atas meja dengan jayanya.

Kayla duduk di atas katil dia melihat Juanda sedang menyikat rambutnya.

Wajahnya sedikit panas dan dia langsung tak ada selera makan apatah lagi jika makan waktu pagi begini.

Kayla dapat merasakan haba panas dari tubuh Mommy dari jauh..

"Baby turun dulu ya Mommy nak ke tandas kejap.." Juanda sudah berlari anak ke kamar mandi..

Lampu auto terbuka jika ada objek yang masuk ke dalam sana.

"Huergh arghhh.." cecair putih jernih saja yang keluar dari mulut Juanda.

dia terduduk di lantai perut diusap-usap agar tidak rasa mual lagi.

Kayla berlari anak keluar dari bilik ia mendapatkan Aidan yang masih di dalam bilik sendiri.

"Hey baby kenapa ni..?" Aidan sudah keluar dari bilik dia mendapati Kayla sedang menangis diluar bilik.

"Papa, Mommy sick.. dekat dalam toilet sana.. hiiiee hihkk.."

"Hhii kesian Mommy, Papa.."

"Mommy muntah-muntah tadi.." Kayla mengadu pada Aidan dengan tangisannya tak henti-henti.

Aidan terus mendukung Kayla ke bilik semula.

"Baby, listen here.. kalau Kayla dengar apa-apa abaikan saja ingat kalau Papa lambat keluar dari bilik ni Kayla turun makan dulu okay."

"Jangan tunggu Papa tau.." Aidan sempat memesan kata pada anaknya yang baru saja cecah empat tahu lima belas hari itu.

"Okay Papa.." Kayla menganggukkan kepalanya.

Aidan terus masuk ke dalam bilik Kayla perlahan-lahan.

Dia mula mencari sosok tubuh Juanda di merata tempat dan dia berjalan ke arah toilet.

"Ya allah, Juanda.." Terus Aidan celapak ke tandas.

Kayla mengigit jari tubuhnya masih tersendu. Qalisha mengambil mug dan air teh di tuang sikit lalu dihirup perlahan.

"Huarghhhh... masin !!!! Masin gilaa.." Qalisha terus ke singki air teh tadi diluah air paip di kumur beberapa kali sebelum dia mengedik sendiri.

"Hahahaha kau dah kenapa Qal.." Laila dan Mariam tergelak besar.

"Masiiin.. Masin.. masin.. Tuan letak garam dalam air teh tu Makyam, yakkkk boleh kena darah tinggi macam ni.."

"Tuan tu dah kenapa letak garam dalam air tuh..? Haish.." Rungut Qalisha dengan menuang air teh tadi ke singki semula.

"Papa dah angaukan Mommy hihihi.." Kayla sudah tergelak dengan telatah Qalisha.

Mariam dan Laila menggeleng kepala melihat tingkah Kayla yang tersengeh dari tadi.

Hi.. salam isnin dari CL korang sihat tak tu? kalau tak sihat cepat-cepatlah pergi klinik ye.. Ikhlas dari CL..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience