Completed
62066
Sejak Juanda pergi.
Kesihatan Kayla semakin memburuk alat pernafasan sudah di pasang di mulut dan hidung dengan kemas.
Aidan dan Khatijah masih menunggu di luar bilik ICU.
"Ai.. saye minta maaf sebab tak jaga Kayla baik-baik."
"Saye sanggup buat apa saja demi anak kite Ai.." Khatijah mendekat pada Aidan.
tetapi lelaki itu hanya membisu.
Dia kehilangan sayap untuk terbang.
isterinya pula entah ke mana dia buntu akal untuk berfikir lagi.
"Awak sanggup derma organ hati awak pada Kayla?" Aidan beralih arah pada Khatijah.
"Ape maksud awak Ai saye tak faham.." Khatijah mengundur langkah setapak ke belakang.
"Kayla ada penyakit jantung rendah dia perlukan separuh dari jantung kita untuk selamatkan dia, Khatijah."
"Apa wak sanggup?" Aidan memberi senyuman sinis kepada Khatijah.
"Apa..? Tak mungkin. !!!"
"Kayla tak mungkin berpenyakit dia sihat saja sebelum ni awak jangan tipu saye Ai.." Khatijah menggeleng kepala.
"Berpenyakit..? Hahaha awak tak percaya. !!"
"Isteri saya tak pernah merungut pun kerana menjaga anak saya selama ni."
"Saya minta lebih baik awak pergi sajalah sebelum saya naik angin sekarang.." Ia masih mampu merendahkan suaranya.
Jika bukan di hospital dah lama dia menengking wanita itu puas-puas.
"Tapi.. di sebabkan pembantu rumah awak lah, dia sakitkan..? Awak dah salah pilih orang Ai.."
"Awak buta dengan kecantikan Juanda sampai awak sanggup biar Kayla sakit macam ni sekali..?"
"A-awak memang tak guna.." Hambur Khatijah dengan geram.
"Saya tak guna..? Saya ke Khatijah..!!! Dengar baik-baik sini.."
"Di sebabkan awak kembali semuanya jadi kacau bilau kenapa awak tak mati saja Khatijah?"
"Dan kenapa awak harus ganggu keluarga saya lagi.. ?!!"
"Awak tu yang tak guna, di sebabkan awak lah anak saya masuk ke hospital."
"Isteri saya hilang entah ke mana. !! Ni semua salah awak Khatijah."
"Pergi dari sini awak tak layak ada di sini. PERGI..!!!" Kini semua yang terbeban di jiwa dilepaskan pada Khatijah.
"Baik awak pergi sebelum saya tampar muka awak Khatijah, saya benci awak dari sekarang sampai ke mati."
"Awak faham tu.. BERAMBUS DARI SINI.." Aidan menumbuk dinding di belakangnya.
"Saya pergi sekarang.." Khatijah berlari pergi dari situ dia tak berani mengangkat wajah lagi.
Aidan melepaskan keluhan berat hilang segalanya yang membuat jiwanya hidup semula..
Juanda perlahan-lahan melangkah tapi diri nya hanya berdiri jauh dari Aidan.
"Tuan.."
"Juanda.." Aidan segera berjalan menghampiri Juanda.
tetapi gadis itu berundur ke belakang.
"Juan harap baby tak apa-apa, Juan harap baby akan baik-baik saja Juan minta diri dulu.." Ia segera berjalan pergi dari bilik itu.
"Juanda tunggu dulu."
"Jangan pergi saya perlukan awak saya tak nak awak pergi."
"Please tolonglah saya Juanda.." Aidan menarik tangan Juanda tubuh gadis itu di dakap rapi.
"Juan dah sign untuk menderma separuh jantung Juan pada baby, Tuan.."
"Lepas ni jangan emosi ya jaga diri baik-baik jangan selalu stress."
"Tuan mesti jaga diri baik-baik untuk kesihatan Tuan, ini saya lakukan kerana Baby Kaila." Dia menolak tubuh Aidan jauh darinya.
"Kenapa awak buat macam ni Juanda..?"
"Dah berapa kali saya cakap tunggu saja penderma untuk baby !!!"
"Kenapa awak degil sangat niha.?"
"Awak ingat awak tak penting ke dalam diri saya ni Juanda?"
"Saya cuba bangun dan gapai tangan awak Juanda tapi apa awak buat?"
"Awak tolak saya jauh dari hidup awak !! Awak kejam Juanda."
"Awak kejam..!!" Dia terduduk kaku hilang segala semangatnya untuk terus hidup.
"Puan.. mari kita siap-siap untuk menjalani pembedahan sekarang.." Doktor sing memberi arahan kepada Juanda.
"Baiklah.." Di kalih sekilas pada wajah Aidan.
dia menundukkan kepala dan beredar pergi tanpa pesan apa-apa lagi pada Aidan.
"Argh.. kenapa tuhan? Kenapa kau beri jiwa ini padaku semula? Kenapa?"
"Kenapa kau biar hidup aku begini? Sungguh kejam dunia ni pada aku.."
"Argh dunia ni memang tak adil !!" Kepalanya di hantuk bertalu-talu hingga pecah darah di dahi dan hidung Aidan.
Ahli keluarga Aidan segera berlari mendapatkan Aidan yang lagi mengila sorang diri di depan pembedahan Juanda dan Kayla di dalam.
"Aidan.. bawa bersabar nak bawa mengucap banyak-banyak biar allah lakukan semua kerjanya."
"Kita hanya merancang dia yang tentukan Aidan.." Zahir dan Amir memeluk tubuh Aidan yang lagi meronta seperti orang kerasukan dek setan.
"Papa tolong.. Aidan tak mahu Juanda derma jantung dia pada Kayla."
"Dia takkan selamat kalau pembedahan ni tak berjalan dengan lancar Papa.." Aidan sudah separuh gila mengenangkan nasib Juanda di dalam sana.
"Bawa bersabar bang !!! Allah tahu kerja dia.." Amri menepuk bahu Aidan untuk menenangkan keadaan Aidan.
"Aku.. aku tak nak kehilangannya dia Am."
"Aku tak nak kehilangan Juanda. A-aku menyesal kerana sikap aku buat dia jadi macam ni Am.." Terisak-isak tangisannya disitu.
"Papa, Am.. Aidan dah mula sayangkan Juanda tapi kenapa semua masalah ni muncul tiba-tiba."
"Ini semua salah Aidan sebab biar perempuan tak guna tu ganggu hidup Aidan lagi.." Dia terduduk panas matanya kerana tahan tangisan dari tadi.
Aidan, Zahir dan Amri, Nora juga masih menunggu di situ. Finas berjalan kearah Amri dan memberi isyarat mata saja Amri menggeleng kepala..
CLICK..
pintu bilik dibuka luas.
Beberapa doktor sudah berkerumun di depan pintu bilik itu..
"Keluarga Juanda Asmira.."
"Saya suami dia, Doktor macam mana keadaan isteri dan anak saya? Mereka baik-baik sajakan." Bahu doktor sing di goncang kuat.
"Kayla Kalisya sudah membaik pulih sepenuhnya tapi Puan Juanda.." Doktor sing menggeleng kepala.
"Maaf kami tak dapat nak selamatkan nyawa Puan Juanda ker..." Doktor pakar bedah juga menggeleng kepala perlahan.
"Arghhhh ya allah!! Juandaaaa tolong jangan tinggalkan saya."
"Saya janji saya akan jaga awak baik-baik saya takkan kecewakan awak, Juanda.." Ia berlari masuk ke dalam bilik.
dia mendapati tubuh Juanda kaku dan di selimuti kain putih hingga ke ubun-ubun.
"Juanda bangunlah sayang, Saya datang ni.. saya tak salahkan awak dengan apa yang terjadi selama ni."
"Saya silap saya tak pernah nak memberi perasaan saya pada awak selama kita berkahwin ni Juanda."
"Tolonglah sedar sayang.." Tubuh isterinya di goncang.
dia hampir gila kerana Juanda langsung tak memberi tindakbalas padanya.
"Nak.. cukuplah nak biar dia tenang di sana nak.." Zahir menarik tubuh anaknya.
lalu di peluk erat dia meredakan tekanan jiwa yang terjadi pada Aidan.
"Juanda tak pernah luah perasaan marah pada Aidan Papa.. kenapa orang sebaik dia mesti pergi dulu? Kenapa!!"
"D-dia tak boleh tinggalkan Aidan macam ni pa.." Aidan menarik tangan Juanda yang sudah sejuk.
dia terduduk dan mengusap tangan isterinya dengan tangisan besar.
"Hisk.. Saya minta maaf sebab tak bahagiakan rumahtangga kita Juanda."
"Saya bersalah dalam hal ni saya mohon awak dengarlah rintihan saya untuk kali ni saja.."
Hiks..
"Pergi lah sayang saya halalkan semuanya." Aidan terjatuh dan langsung tidak sedarkan diri lagi.
"Ya allah Aidan.." Zahir dan Amri mengangkat tubuh Aidan keluar dari bilik itu secepat mungkin.
Aidan mengesat airmata di pipi. ama di batu nisan diperhatikannya lama dia menggeleng kepala.
Terasa begitu sakit bila di tinggalkan begitu.
"Sayang.." Batu nisan di peluk erat dia mula mengingati semua memori lama bersama Juanda.
Walaupun dia merelakan semuanya pergi dengan tenang tetapi hatinya tak merelakan itu.
"Aidan.. sudah bangun nak jangan macam ni biar mereka selesaikan semuanya ya.." Nora menarik tubuh anaknya ke dalam pelukannya.
"Aidan tak apa-apa Bonda, Aidan pulang dulu nak rehat hisk.." Dia bangun dan berjalan agak terhoyong-hayang dia tak sempat imbangkan diri dan..
"Ya allahhhh anak aku!!!" Nora dan yang lain berlari mendapatkan Aidan yang sudah terjelepuk di atas tanah perkuburan Islam.
"Mommy.." Kayla menangis tak henti-henti.
Keadaan di situ mula kecoh.
Orang-orang masjid teruskan mengurus pengebumian Juanda juga, memandangkan keadaan semakin suntuk.
Hujan pula semakin lebat hingga tanah merah sedikit melembut.
Bagi CL update satu ke dua part dulu sebelum CL tamatkan novel ni eh.. (Lap hidung dengan tisu)
Share this novel