Completed
62066
Kayla bercekak pinggang di depan pintu pagar belakang seorang diri. Dia tahu Papanya mengikuti Mommy Juanda berjongging di atas bukit.
Dia mahu membuktikan dia tak salah dengar perbualan bibik-bibik di dapur sejak dia turun ke dapur pagi tadi.
Berkerut dahinya bila mendengar perbualan jelas suara Papanya bersama Mommy Juanda menghampiri pintu pagar tersebut.
"Papa. !! " Tajam matanya menikam wajah Aidan dengan bercekak pinggang.
Juanda dan Aidan terkedu seketika bila Kayla berkelakuan begitu.
"Kayla kenapa duduk di luar ni sayang..? Sejuklah.." Aidan terus mendukung anaknya ke dada.
"Oh jadi betul lah Papa pergi naik bukit dengan Mommy Juan ya? Kenapa tak kejut Kayla tadi.?" Wajahnya cemberut.
"Papa pergi teman aunty Juan berjongging dekat sana sekejap saja, lagipun pagi-pagi macam ni nyamuk banyak. Sayangku.." Ia membawa Kayla masuk ke dalam rumah.
"Mommy.." Kayla beralih ke belakang dia mendepakan kedua tangannya.
Juanda terus berjalan ke depan laman dia menghantar Aidan dan Kayla di pintu dapur saja.
"Papa.. kenapa dengan Mommy Juan tu dia tak sayangkan Kayla lagi kew..?"
"Erm semalam Kayla tak salah pun yang salah Papa, Papa yang marahkan Kayla semalam.." Bebel Kayla dengan wajah monyok.
"Aunty Juan, bukan Mommy sayang.." Mereka naik ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri.
"Hi Danial.." Juanda berdiri di depan post guard kedua tangannya di genggaman di belakang tubuh saja.
"Eh Juan awal balik.." Danial terus keluar dari post guard.
"Tadi hujan lebat sebab tulah Juan balik awal ni, Erm Danial nanti tengah hari sikit awak free tak..?" Wajah bersih Danial di perhati lama.
"Saya balik pukul lapan ni.. so start jam tu saya dah free, nak saya tolong apa-apa ke Juan..?" Jam tangan di perhati kejap.
Aidan yang berada di dalam bilik dia membuka tirai berwarna coklat untuk membolehkan dia perhatikan gerak geri Juanda di post guard bersama Danial.
Ia melepaskan keluhan kecil.
"Mommy Juan.." Suara itu meniti di bibir Aidan.
Baru pertama kali dia melihat Juanda abaikan Kayla memanggil dirinya sebagai Mommy.
Jadi betullah apa yang Juan cakapkan dia tak main dengan kata-kata sendiri.
"Salah aku ke sebab Juan abaikan Kayla tadi..? Tapi sampai bila Juan nak elak dari kayla."
"Hm takkan selama-lamanya pula." Ia buntu akal nak fikir sendiri.
Ia melihat dengan mata kepala sendiri Juanda abaikan Kayla dari tadi. Sedangkan Kayla mahu Juanda mendukung dirinya.
Tetapi Juanda langsung tak endahkan Kayla, malah dia menolak anak kecil itu ke tepi post guard.
Aidan menepuk dahi sendiri.
Kayla masuk ke dalam rumah. Dia memarahi Juanda kerana tak mengendahkan dirinya langsung.
"Mommy tahat!!"
"Mommy kejam!!"
"Mommy tak sayangkan Kayla lagikan..? Ishk"
"Cakap lah Mommy."
"Kayla mahukan Mommy Juanda bukan patung Juanda.."
"Mommy dah ade anak lain ke..? Kenapa Mommy tak cakap dengan Kayla kenapee.?!! Ishk."
"Ada apa ni Kayla.. Suara tu dengar sampai ke bilik Papa tadi you ada masalah ke..?" Aidan terus menuruni anak tangga satu persatu.
Dia mendapatkan Kayla di depan pintu rumah.
"Apa Pa-pa cakap dengan Mommy tadi.. Sekarang ni Mommy Juan dah tak sayangkan Kayla lagi."
"See dia langsung tak kisah tentang Kayla lagi ,Papa.." Petah betul kata-katanya.
Aidan menayang wajah biasa tetapi dia yang mahukan begini. Dalam masa yang sama dia mahukan anaknya tak ingat Khatijah lagi.
Dia buntu sendiri.
"Aunty sibuk sayang. Harini dia cuti sebab tu dia tak mahu jadi Mommy awak lagi." Dahi anaknya di usap lembut.
Kayla menunduk kepala.
"Papa. Kalau Mommy Juan tanye tentang Kayla nanti nanti hisk cakap Kayla nak sendirian tau. bye bye.." Kayla terus berlari naik ke anak tangga.
Aidan terdengar suara tangis Kayla.
"Sayang.." Aidan memerhati anaknya sudah menghilangkan diri di deretan anak tangga itu.
Dia mengeluh berat.
Semuanya terjadi sebab Khatijah meninggalkan anaknya dalam fasa permatangan sebab tulah Kayla mahukan kasih sayang seorang ibu di sisinya.
"Mana Juanda..?" Aidan masuk ke dalam ruang dapur.
"Sekarang Juanda sudah keluar Tuan." Qalisha menuang air kopi pekat di dalam cawan kaca.
"Dia keluar dengan siapa..?" Jam tangan di perhati sudah pukul lapan pagi.
"Keluar dengan Danial, diorang naik motor, tapi Juanda ada cakap nak pergi ke kubur Ibu bapa dia kejap." Qalisha berterus terang lagi.
"Setiap kali dia cuti ke dia nak ke kubur mak ayah dia..?" Air kopi di hirup seperti biasa.
Terasa sangat lain air kopi itu, bukan apa air nya amat pekat dan tak sama macam Juanda buatkan.
"Hmm awak ke sana, dulu.."
"Baik Tuan.."
"Pahit begini siapa tahan. Aduhai." Dia abaikan rasa kopi.
Roti telur goyang di potong dengan sudu dan pisau makan.
"Huargkkkkk..." Terus dia lari ke singki semua di muntahkan semula.
Beberapa bibik disitu kaku dingin.
"Lain kali sebelum nak benarkan Juan keluar suruh dia sediakan sarapan pagi untuk saya dulu."
"Walaupun hari ni dan hari-hari lain dia cuti faham." Aidan terus keluar dari ruang makan dia mengambil beberapa fail dan bag laptop dicapai semula.
"Faham Tuan.." Mereka bertiga mengangguk laju.
Qalisha berlari ke meja makan dia mengambil spek mata Aidan dia terus ke ruang tamu.
"Tuan spek terlupa ni.." Qalisha memberi spek kanta putih pada Aidan.
"Hm terima kasih.." Aidan pergi dari situ dengan sakit hati.
"Sama-sama tuan.. Hati-hati di jalan." Qalisha dan Rahimah berjalan setapak dua ke ruang tamu.
Mereka sendiri melihat Tuan mereka menghempas pintu rumah agak kuat.
Mungkin moodnya lagi tak menentu gamaknya.
ada soalan..? type di komen atau swipe saja tq ;)
Share this novel