Completed
62066
Juanda memerhati sekeliling. Dia masih berada di hujung dapur, sibuk menyediakan kek coklat kegemaran Kayla Kalisya
Sudah tiga tahun dia bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Aidan Syafiq, jadi dia sudah cukup mengenali majikannya.
"Ha, tengah memasak untuk Cik Kayla kita lagi ke tu?" tegur Mariam sambil tersenyum, tangan sibuk melipat kain di meja makan.
"Ya, Makcik. Tadi masa makan tengah hari, saya tengok Cik Kayla kita asyik muram saja," balas Juanda sambil mengacau adunan kek dengan penuh teliti.
Tiba-tiba, suara lelaki menyapa mereka dari arah pintu dapur.
"Dia memang macam tu kalau cuaca mendung. Dari dulu lagi, cik Kayla memang tak suka hari yang suram," ujar Harith, pemandu keluarga itu, sambil melangkah masuk dengan bungkusan kecil di tangan.
"Harith pun perasan ya?" tanya Mariam sambil menjeling penuh makna.
Harith tersenyum sambil meletakkan bungkusan di atas meja.
"Bukan perasan, dah hafal. Saya kenal cik Kayla sejak dia masih bayi lagi kalau dia tiba-tiba diam, biasanya ada sesuatu yang mengganggu."
Juanda mengangguk perlahan.
"Sebab tu saya buat kek ni. Harap-harap senyuman dia boleh kembali."
Harith mengangkat kening, tertarik.
"Kalau macam tu, nanti saya bantu hantar kek tu ke bilik dia. Mungkin dia perlukan seseorang untuk teman juga."
Kayla Kalisya memandang kosong ke luar jendela biliknya. Hujan renyai-renyai membasahi taman kecil di halaman belakang. Suasana mendung di luar seolah-olah mencerminkan apa yang dia rasa di dalam hati suram dan sendu.
Ketukan lembut di pintu menyentakkan lamunannya.
"Masuk," suaranya perlahan, hampir tenggelam dalam bunyi rintik hujan.
Pintu terkuak perlahan.
Harith muncul, membawa dulang kecil yang ditutup kain bersih berwarna putih. Senyuman tipis terukir di bibirnya.
" Hi cik Kayla, ini aunty Juanda buatkan sesuatu khas untuk awak." katanya sambil melangkah masuk.
Kayla Kalisya hanya memerhati, matanya sedikit berkaca.
Harith meletakkan dulang itu di atas meja kecil di sisi katil. Dengan perlahan dia membuka kain penutupnya, menampakkan sepotong kek coklat berlapis ganache yang masih hangat.
Kayla Kalisya terpaku seketika.
"Aunty Huanda kata ini kek kegemaran awak. Uncle Harith rasa... dia rindu tengok awak senyum semula," ujar Harith, lembut.
Kayla Kalisya menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan emosi yang bersarang di dadanya.
"Kek ni... selalu buat Kayla rasa tenang, Uncle," bisiknya.
Harith duduk di kerusi berdekatan, memandangnya penuh prihatin.
"Kalau ada apa-apa yang ganggu awak... awak tahu awak boleh cerita, kan?"
Dia mengangguk perlahan, tetapi tidak bersuara.
Setelah beberapa saat, Kayla Kalisya menyuap sedikit kek itu ke mulut. Rasa coklat yang pekat dan teksturnya yang lembut serta-merta membangkitkan kenangan lama kenangan sewaktu ibunya masih ada.
"Ada kenangan yang tak mudah hilang... tapi awak tak sendiri, Kayla," katanya.
Kayla Kalisya memandang Uncle Harith. Kali ini senyuman kecil akhirnya muncul di wajahnya.
"Terima kasih, Uncle Harith. Untuk kek ni Kayla suke sangat-sangat."
Kayla Kalisya duduk termenung di tepi katil. Kek yang tinggal separuh di atas meja masih belum disentuh semula suasana dalam bilik terasa sunyi dan berat.
Beberapa minit kemudian, pintu diketuk perlahan.
"Kayla, boleh aunty masuk?" Suara lembut Juanda kedengaran di luar.
"Masuklah, aunty," jawab Kayla, serak.
Pintu dibuka perlahan dan Juanda melangkah masuk dengan wajah penuh keprihatinan. Dia membawa secawan teh chamomile, seperti selalu.
“Awak tak habiskan kek aunty buat tadi. Sedap tak?” Juanda duduk di sisi katil, meneliti wajah gadis kesayangannya.
Kayla Kalisya hanya mengangguk perlahan.
"Sedap sangat… sampai buat Kayla nak menangis."
Juanda tersenyum sedikit, lalu menyentuh tangan Kayla Kalisya.
Kayla Kalisya mendekati Juanda yang lagi duduk di atas tikar merah. Mereka berdua berpiknik di siang hari di taman buatan Aidan sendiri.
"Aunty." Kayla berlari anak kearah Juanda.
Di peluk tubuh tinggi lampai itu.
"Berpeluh nye cik Kayla ni. Nanti kite masuk mandi okay." Juanda mengelap peluh di dahi Kayla sebaik saja Kayla mendarat di atas pehanya.
"Okay."
"Cik Kayla."
"Um.."
"Kenape ni..? Monyok jer Aunty masak tak sedap ke?" Juanda tersenyum lebar.
"Taklah. Kayla Miss Mommy."
"Ouh."
"Mommy, dah tak sayang Kayla lagi ke.? Aunty."
"Cik Kayla. Kenape cik Kayla cakap macam ni nak.?"
Juanda menghela nafas perlahan. Tangannya masih membelai lembut rambut Kayla yang sedikit kusut kerana berlari di bawah matahari.
“Mommy sayang Kayla... sangat-sangat,” ujar Juanda, suaranya lembut dan tenang.
“Cuma kadang-kadang… orang dewasa kena buat keputusan yang susah. Tapi itu tak bermakna cik Kayla tak disayangi.”
“Tapi Mommy dah lama tak datang… Tak call pun,” suara Kayla semakin perlahan.
Matanya merenung jauh, seolah-olah cuba faham apa yang sedang berlaku di dunia orang dewasa yang rumit.
Juanda menarik Kayla lebih rapat.
“Mommy sibuk sikit, sayang. Tapi dia sayang Kayla. Itu tak pernah berubah.”
Kayla Kalisya diam.
Hanya bunyi burung dan desiran angin mengisi ruang antara mereka. Juanda tahu, hati kecil itu sedang cuba menelan kenyataan yang terlalu besar untuk usia sekecil itu.
“Aunty ada sini, kan?” Juanda cuba memecah keheningan.
Kayla Kalisya mengangguk perlahan.
“Dan Aunty sayang cik Kayla, sangat-sangat cik Kayla tahu tak tu?”
Kayla iakhirnya tersenyum kecil, masih dengan mata berkaca.
“Tahu.”
“Janji dengan Aunty… jangan fikir Mommy tak sayang xik Kayla lagi, ya? Kita doakan sama-sama, supaya Mommy cepat boleh datang jumpa cik Kayla.”
“Janji,” Jawab Kayla sambil melingkar lengannya ke leher Juanda.
“Kayla sayang Aunty.”
Juanda memeluknya erat.
“Aunty pun sayang dengan cik Kayla.”
Langit petang semakin cerah, seolah-olah memberi ruang untuk satu harapan kecil bertunas di hati seorang anak.
.
.
.
.
.
To be continue.
Share this novel