Completed
62066
Langkahnya di atur keluar dari bilik dengan memanjat kerusi. Pintu bilik dibukanya sedikit lebar dia berlari turun ke bawah.
Ke bilik Juanda.
"Mommy.."
"Mommy open the door, please.." Kayla sudah mengetuk pintu bilik di belakang dapur.
"Kejap.." Juanda terus membuka pintu bilik.
Dia mendukung Kayla.
"Kenapa ni cik Kayla. Mimpi buruk lagi ke..?" Juanda mengusap dahi Kayla yang sedikit berpeluh.
Juanda memeluk tubuh Kayla.
Kayla mengangguk perlahan.
"Jom Aunty bawa naik ke bilik lagi. Ke cik Kayla nak susu dulu.? Aunty boleh buatkan." Juanda menutup pintu bilik.
"Mommy.. can I ask something..?" Kayla memegang dada Juanda.
"Boleh sayang, CikKayla nak tanya apa Aunty jawabkan.." Ia masih mendukung Kayla dengan menuang air suam ke dalam cawan.
"Why you don't sleeping with Papa..? I want you sleep with Papa again.." Kayla tersenyum manis.
Terkedu Juanda kejap.
"Sweetie Kayla.."
"Yaa Mommy." Kayla suka dia di manja begitu.
Tak henti-henti ia tersenyum dari tadi.
"Mommy esplain please.."
"Macam mana aunty nak cakap eh sebenarnya erm.." Juanda mengaru tepi bibir.
Apa dia nak jawab dengan si kecil ini. Dia tak mahu berbohong dengan sesiapa pun termasuk anak kecil ini.
"Sebab Mommy you takut dengan, Papa.." Aidan sudah berada betul-betul di belakang Juanda.
Lagi kaku Juanda di situ.
"Yeayyy you coming, Papa.." Kayla menepuk tangan sambil melihat kearah Aidan.
"Tuan nak minum ke Juan boleh buatkan.." Juanda beralih ke belakang.
Tinggal beberapa seinci saja lagi jaraknya sebelum mereka bakal nerlaga tubuh.
Juanda sempat berundur ke belakang kalau tidak pasti dahinya terhempap di dada Tuannya.
"Papa, don't you love Mommy again..?" kini wajah Juanda di pandang lama.
"Baby, ini Maid kita. Bukan Mommy you."
"Are you dream again, Huh." Aidan mengambil Kayla dari dalam dukungan Juanda.
Kayla sudah memasamkan wajah.
"Ingat ya Baby, dia cuma maid kita saja bukan mommy you." Aidan terus membawa Kayla pergi dari situ.
"Mommy..."
"Mommy huaaaaa huaa."
"Mommy help me..."
"Mommy..."
"Mommy. I want you."
"I beg you, Mommy.."
Sayup-sayup suara Kayla hilang dari ruang itu.
Dia lebih suka Aidan terus terang begitu nak harapkan lidahnya berlembut, entahlah sampai bila nak berterus terang dengan Kayla.
Korang jangan lupa vote kalau nak CL update lagi tau hehehe sayang korang.
Share this novel