Completed
62066
Juanda memerhati pada wajah Kayla dengan senyuman mengekek, Pipi dan hidung Kayla penuh dengan coklat cair yang di masak Juanda di dapur.
"Puan.. nak Makyam bantu apa-apa tak..?" Meriam dan Qalisha saling memandang kearah Kayla dengan senyuman.
"Boleh.. Makyam tolong cuci wajah Kayla kejap dia makan coklat tadi sampai habis comot pipi dengan hidung tu hihi.." sekali lagi serbuk tepung di cuit lalu di calit pada hidung si anak tiri.
"Mommy, Mommy saje ek.." Kayla menutup wajahnya dek debu serbuk tepung gandum di tiup kearah Juanda.
"Hahaha.. Kayla yang tiup tepung tu Mommy pula ke yang di salahkan? Tak acilah."
"Mommy buat kek moist ni untuk Mommy dengan Papa jer Kayla tengok jer nanti.." Juanda menjelir lidah pada Kayla dengan riang.
"Alaaaaa Mommy ni.." Kayla bercekak dada sambil beralih kearah lain.
"Dah.. dah.. jom cuci muka tu kesian cik Kayla kena sakat dengan Mommy Juan.." Meriam terus mendukung Kayla ke singki yang tak jauh dari situ.
Qalisha mendekat ia tersenyum sendiri bila Juanda mengeluarkan cake dari oven panas-panas.
Dia pun pengemar cake buatan Juanda.
"Sedapnya Juan awak masak cake kali ni nampak betul menjadinya ni."
"Saya suke saya suke hehehe.." Puji Qalisha dengan meneguk air liur berkali-kali.
"Saya tahu awak dengan Kayla hantu cake, bukan saya tak tahu hihi.."
"Thanks habiskan cake buatan saya ni haha.." Dua tray di keluarkan satu persatu.
Cake coklat di letak atas meja terus dia membuka sarung tangan di letak ke tepi.
"Kalau Kayla tak habiskan memang saya habiskan."
"Cake awak memang sedap cukup rasa orang cakap perfectlah kejadiannya hihi..." Laila mencelah.
Tanpa mereka sedari cctv merakam semuanya.
Camera itu di hala pada wajah Juanda bukan si Kayla..
"Oooow maksudnya makcik-makcik pun suke lah ek cake Mommy Juan ni..?" ia berdiri di sebelah Juanda lengan baju Juanda di pegang kemas.
"Oppppssss..." Laila dan Qalisha menutup mulut pantas mereka sudah terlepas cakap di depan Kayla.
"Atutlah Kayla suruh Akyam cari dah takde..!!" Kayla bercekak pinggang.
"Erkk ehehe dah cik Kayla tak mahu habiskan memanglah acik-acik ni habiskanlah.."
"Benda sedap mana boleh simpan lama-lama cik Kayla." Laila menghabiskan ayatnya dengan senyuman gedik.
Kayla menjeling pada Laila dan Qalisha disitu.
"Dah.. dah.. tak baik cakap macam tu ni Mommy dah buat banyak-banyak siap simpan untuk anak Mommy lagi nampak tak baby..?" Ubun-ubun anaknya dikucup lembut.
Kayla tersengeh menampakkan gigi.
"Betul ke petang nanti awak dengan tuan Aidan nak pergi peknik?"
"Kitorang nak ikut boleh tak..?" Qalisha mula mengusik.
"Tak oleh!! Mommy Juan dengan Papa nak pergi deting.. Makcik Laila dengan makcik Qal tak boleh ikut!"
"Oh no... no.." Jari telunjuknya di tolak ke kiri ke kanan dengan sendiri.
"Alaaa dekutnya.." Qalisha mengedik sambil monyokkan wajah sendiri.
Kayla dan Meriam tersenyum sendiri.
"Okey dah siap lagi dua jam kita dah boleh makan.." Juanda terus memasukkan beberapa tapawe petak sederhana ke dalam peti sejuk.
"Yeayyy kejap lagi kite dah boleh makan.." Kayla berlompat di atas kerusi.
Juanda terus mendapatkan anak tirinya di kerusi di peluk erat.
"Mommy jom mandi kejap lagi Papa dah nak balik tu.." Kayla memegang kedua belah pipi Juanda dengan girang.
"Okey jom.."
"Makyam bawa Kayla naik dulu, Juan nak kemas barang ni kejap.."
"Lepas tu baru Juand naik ke bilik Kayla.." Ia terus membawa bekas-bekas tadi ke singki, Qalisha dan Laila juga menolong Juanda di dapur.
"Mommy naik ye nanti.. Kayla naik dulu..." Sempat Kayla melambai tangan pada Juanda.
"Okey sayang.." Juanda juga sempat melambai tangan pada Kayla juga.
Aidan meraut wajahnya kejap dia kembali tersenyum melihat keakraban anak dan isterinya di situ.
"Tak rugi aku berkahwin dengan kau Juand. Patutlah Kayla sibuk nak Mommy dia, rupanya kau pandai ambil hati anak aku.." Matanya jelas melihat belakang tubuh Juanda yang lagi membasuh barangan tadi.
Dia melihat Juanda sudah mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat coctail buah-buahan.
Dengan mata kepalanya sendiri Juanda melakukannya segala kerjanya di situ dengan teliti.
"Cantik.. bertuahnya Kayla tidur peluk Mommy dia.." Aidan tergelak lagi.
Jarang dia skodeng Juanda begitu tapi kali ni hampir sejam dia melihat cara buatan tangan isteri di dapur dengan tekun sekali..
Tok..
Tok..
Tersentak Aidan dengan ketukan pintu bilik.
"Arrr masuk.." Sempat dia mengalih laptop ke mereng sikit untuk tujuan hanya dia saja melihat Juanda di dapur.
"Baik.." Haras masuk ke bilik Aidan dia membawa beberapa dokumen lalu di letak atas meja dengan senyuman nipis.
"Masih dengan projek kita..?" Matanya tertumpu pada wajah Juanda.
"Ya Tuan.. Oh tadi ada pesanan ringkas dari Sri jama dia bagi Voice untuk Tuan."
"Mohon Tuan check balik tentang meeting tertangguh beberapa hari lalu."
"Ini mereka minta persetujuan dari Tuan semula." Haras masih tersenyum lagi.
"Baik.. awak set jadual saya dengan mereka dalam masa tempoh terdekat ni.."
"InshaAllah saya cuba cari masa untuk diorang tu ok.." Aidan tak menyain apa-apa lagi dia hanya bercakap dengan Haras saja.
"Okey Tuan, Oh yaa.. bulan depan Tuan ada free dua hari tiada meeting apa-apa pun."
"Hermm Tuan cadang nak ambil cuti ke..?" Haras tergelak kecil.
Berkerut dahinya kejap bila dia melihat wajah Haras. Dia mula memikirkan sesuatu di dalam otaknya.
Dia berharap agar ada satu keajaiban tiba-tiba muncul di otak tapi.
"Tak apalah saya tak ambil cuti lagi."
"Terima kasih." Aidan menaikkan sedikit bibirnya, Nampak benar lesung pipi di tepi pipi.
"Baiklah kalau macam tu saya minta diri dulu.." Haras segera beredar dari situ.
"Kalau rindu cakaplah jangan main simpan dalam hati tak baik Ai nanti lama-lama makan diri.." Dato Zahir menghampiri anaknya di meja pejabat.
"Papa..? Bila sampai duduk lah" Aidan terus bangun dari duduk dia berjalan kearah Zahir dan menyalami tangan bapanya.
"Baru sampai Papa ketuk pintu tadi tapi tengok awak macam tengah termenung jauh."
"Mungkin teringatkan sang isteri barangkali kan.." Sakat Zahir dengan menepuk bahu Aidan.
Hampir tercekik halkumnya bila Papanya berkata begitu.
Ya dia memang agak merindui sang isteri sejak mereka sah menjadi suami isteri.
"Ehem.. pergilah bercuti bawa Juanda jalan-jalan makan angin jauh sikit dari Malaysia ni."
"Takkan itu pun nak Papa ajarkan..?"
"Yelah mana tahu Kayla dapat adik baru dalam lima bulan akan datang kan ehehe.." Zahir tergelak lagi.
Terbutang mata Aidan dek kata-kata Papanya itu.
"Papa ni macam-macam lah."
"Kitorang masih dalam fasa perkenalan hati budi masing-masing erm."
"Lagipun Ai masih sayangkan Khatijah dan tak mungkin Ai akan menduakan dia Pa.." Aidan tertunduk wajah.
Zahir terdiam seketika.
Dia mula syak Aidan dan Juanda tak tidur sekali apatah lagi Aidan tak akan mengauli Juanda seperti seorang isteri.
"Kamu dengan Juan dah tidur sekali ke..?" Zahir mula bertanya. Dia seorang bapa harus utamakan anak-anak terlebih dahulu.
Aidan melonggarkan tali baju kemejanya kejap dengan senyuman dibibir.
"Kalau belum biarlah sekarang Ai.. Juanda isteri mutlak kamu."
"Jangan menyesal di kemudian hari bila Juanda sudah menemukan cinta sejatinya dengan orang lain." Zahir menepuk lutut Aidan.
Kemudian dia terus bangun dan berjalan pergi dari situ.
"Pa.." Aidan bangun dan berjalan kearah Zahir di muka pintu.
Zahir hanya memerhati lagak Aidan.
Dia hanya tersenyum hambar sungguh dia mengenali anak itu.
Aidan takkan makan dengan cakap orang lain termasuk dirinya juga.
"Hmm.. tak apalah Ai Papa faham kamu masih sayangkan Khatijah."
"Papa harap bekas isteri awak kesini dan korang berdua berjadian semula."
"Jika dah terpaksa begitu baik kamu lepaskan saja Juan. Biar dia dengan kehidupannya tanpa Kayla dan kamu lagi."
"Papa minta diri dulu Assalamualaikum.." Zahir tersenyum lebar dengan senyum.
Aidan tergamam kerana kata-kata Papanya menusuk terus ke dalam hati.
Ia terus mengemas barang-barangnya dan ia bergegas pulang ke rumah.
"Tuan dah nak balik ke..?" Raisha menegur majikannya diluar pintu bilik Aidan.
"Ya dah pukul lima ni saya ada temu janji dengan anak saya di rumah."
"Kesian dia tunggu saya lama-lama di sana.." Ia melebarkan senyuman pada Raisha.
"Tapi? Puan kan dah ade dia masih perlukan Tuan ke..? Maaf lah saya bertanya ni.." Raisha menunduk kepala sedikit.
"Hmm.." Ia melangkah pergi tanpa memandang kearah wanita itu lagi.
"Oh ya.. Mulai sekarang tolong kancinkan butang tu sampai habis."
"Boleh bukan.? Saya tak mahu pekerja lain pandang rendah pada saya sebab awak."
"Tolong ya jangan cakap saya tak tegur etika kerja awak pula tu Rai.." Aidan meninggal kawasan itu terburu-buru.
Raisha menunduk malu.
Ada yang rindu Kayla dengan juanda? angkat jari keatas yeayssss..
Share this novel