•EPISODE 15•

Short Story Completed 62066

Dalam masa tiga hari Aidan dan Juanda berpimpin tangan bersama naik ke atas pelaminan dan berjumpa sanak saudara yang jauh yang dekat.

Semuanya memberi kesan pada hati Aidan. Walaupun dia tidak tahu dari mana hendak bermula hidup baru dengan Juanda.

Sekurang-kurangnya dia gagahi untuk pamirkan sikap bersahaja di depan mereka.

Kayla dan Juanda masuk ke dalam rumah Aidan dengan berpimpinan tangan. Dengan segera Juanda mendukung tubuh Kayla ke tangga.

"Nak ke mana tu?" Sapa suara lelaki di belakang Juanda.

Juanda dan Kayla beralih serentak kearah suara tadi.

"Tuan, Maaf.. Juan nak bawa Kayla naik ke atas kitorang nak pergi tidur, kesian baby dah mengantuk ni." Bahu Kayla sudah di tepuk-tepuk.

Kayla sudah mengeliat di dalam dakapan Juanda.

"Hmm.." Aidan mengambil langkah awal naik ke arah anak tangga dulu dengan menjeling tajam pada belakang tubuh Kayla.

"Mommy, Kayla laparlah ajom g makan nak tak..? Kayla takit peyut ni urmm.." Kayla melepaskan kucupan pada pipi Juanda.

"Okey jom, Kesian baby Mommy Juan ni lapar eh.." Juanda sudah mengambil langkah-langkah untuk ke dapur yang dari jauh nampak gelap gelita.

"Hihihi.. cayang Mommy.." Kayla memeluk leher jinjang Juanda dengan mesra.

Perbualan kecil mereka di dengari Aidan pantas dia memusingkan badan kearah Kayla.

"Nak ke mana lagi tu dah lewat ni masuk tidur! Jangan susahkan Mommy Juan lagi Kayla Kalisya.." Aidan memerhati pada wajah Kayla yang dari tadi melihat kearahnya.

"Tuan, Tak apalah Tuan naik berehat dulu kejap lagi habis makan Juan ambil barang-barang Juan masuk ke bilik Kayla ye.." Juanda terus mengangkat kaki ke dapur.

Aidan mengertap bibir sendiri ada sesuatu yang tak kena dengannya. Ada apa?

Selepas mandikan Kayla dan pakaikan pakaian yang sesuai untuk anak tirinya dia tersenyum sendiri bila melihat wajah bersih Kayla yang lagi tertidur pulas di atas katil.

Click..

pintu bilik Kayla dibuka dari luar, Aidan menapak diri kearah Juanda.

"Anak dah tidur..?" Aidan menarik kerusi kosong di tepi dinding lalu dia duduk dibelakang Juanda.

"Kayla dah tidur Tuan, Saya minta diri kejap nak ke bilik Tuan nak ambil barang-barang tadi.." Dia bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.

Aidan juga mengikuti langkah Juanda keluar dari bilik Kayla.

Juanda tahu Aidan sedang membototi langkah nya mungkin Aidan risau kalau-kalau dia ada ter-ambil barang lelaki itu di dalam sana nanti.

Kemukinan..

"Bukalah pintu tu saya izinkan.." Aidan masih di belakang Juanda.

"Baik.." Segera Juanda memulas tombol pintu agak terbuka sedikit.

dia melangkah kaki ke beberapa beg besar di tepi dinding itu semua barang-barang dia.

"Okey semua cukup ni.." Hampir saja dia ingin bawa ke semua barang-barang nya keluar dari bilik itu tangannya di cegah oleh Aidan.

"Tinggal lah di sini, Kita berkongsi katil.." Lembut saja suara garaunya.

Terbutang biji mata Juanda bila suaminya berkata begitu, dia melihat Aidan sedang membuka spek putihnya di letak atas meja solek.

Pantas dia menampar nampar pipinya agar apa yang dia dengar tadi hanya bisikan saiton.

"Kenapa..?" Baju T.shirt berwarna putih di tanggalkan di badan.

Sixpack Aidan yang tersimpan selama ini jelas kelihatan di mata Juanda.

"Ermm tak ada apa-apa.. Juan minta diri dululah bye Assalamualaikum.." Dia mengangkat kaki beredar dari situ.

dua beg besar dibawa keluar segera keluar dari bilik tersebut pintu bilik Aidan di tutup kembali.

"Waalaikumussalam..." Aidan terus merebahkan diri di atas tilam matanya tertutup rapat.

Fikirannya sudah bercelaru belum apa-apa dia sudah cemburu dengan si anak kecil itu.

"Ya allah apa aku buat ni! Nasib baik dia tak ikut cakap aku tadi kalau tidak tak pasal-pasal jadi agenda panas malam ni fuh.." Dia beristighfar panjang-panjang.

dia harus kuatkan iman dia takkan patahkan janjinya pada Juanda selepas mereka berkahwin.

Aidan bangun dari katil dia segera ke kamar mandi. Sepatutnya malam pertama dia tak harus rasa sunyi begini.

Sepatutnya malam pertama dia pasti temani isteri seperti Khatijah lakukan padanya dulu..

"Bersabarlah.. anak kau perlukan Juanda, Anak kau masih kecil dia perlukan semangat dari seorang ibu.."

"Kau dah besar panjang dah anak anak pun."

"Kau tak perlu rasa semua ni kau berkahwin dengan dia sebab anak kau bukan sebab rasa sayang dan cinta kau pada dia Ai.." Fikirannya cuba tenangkan diri selepas apa yang jadi tadi.

Pancuran air hangat membasahi tubuhnya.

"Kenapa kau dah rasa bersalah sebab berjanji begitu dengan Juanda..?" Aidan menutup paip air dia memerhati sekeliling

Dia terdengar jelas suara tadi..

Hati perutnya sudah tak duduk diam.

Usai membersihkan diri dia melangkah ke almari besar di tepi dinding bilik putih.

Apa yang di cari di ambil di pakai hanya dirinya saja yang tahu..

"Sepatutnya kerja ni Juanda yang buatkan.." Sekali lagi suara itu menyapa gegendang telinga Aidan.

Rupanya suara dari hati.

Aidan menggeleng kepala dia tak mahu tewas dengan perasaan sendiri.

Juanda hak anaknya bukan haknya, dia tak layak untuk wanita itu kerana dia berpangkat tinggi dari Juanda.

Sedangkan Juanda hanyalah seorang wanita yang bekerja di bawahnya saja.

Dia ke katil badannya di rebah sekali lagi biliknya sudah gelap yang ada hanya suara nafasnya saja, tubuhnya di pusing ke kiri, tubuhnya di pusing pula ke kanan matanya masih tak gantuk.

"Tidurlah mata esok aku nak pergi kerja !!!"

"Tolonglah berkerjasama please.." Wajahnya diusap sedikit kasar dia tak suka dengan keadaan begini.

Dengan senang hati dia bangun dari katil kakinya melangkah keluar dari bilik sendiri.

Ke mana lagi kalau bukan ke bilik anaknya tadi bukan main marah si Kayla sekarang tak henti-henti dia berjalan di depan pintu bilik itu.

Papa awak dah tingtong Kayla..

Okey.. salam subuh dari CL (kenyitmatapadamu)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience