•EPISODE 21•

Short Story Completed 62066

SEBULAN KEMUDIAN.

Aidan membawa Juanda dan Kayla bercuti di bali Indonesia, mereka bertiga sudah rapat seperti keluarga lain.

Aidan menyelak rambut panjang Juanda yang menutup wajah isterinya sedang tertidur dengan Kayla di atas katil.

Ia tersenyum sendiri.

"Tuan.." Juanda membuka mata dan tersenyum manis didepan Aidan.

"Hye.. puas tidur? Saya bawa awak dan kayla ke sini sebab nak bercuti bersama-sama tau."

"Bukan nak awak tidur dua puluh empat jam juanda.." Hidung Juanda di cuit kecil.

"Mengantuk lah Tuan, Lagipun bilik hotel ni sejuk sangat."

"Tengok ni naik beku otak Juan niha.." Ia terus bangun dan merapikan rambut dan di ikat seperti ekor kuda.

"Yeke? Nama pun bilik hotel memang lah sejuk.. awak tu tak habis-habis dengan anak.."

"Dengan saya bila pula..?" Aidan tergelak sendiri.

"Erkk.. Tuan tu masih lagi majikan Juan jangan mengada eh tumbuk tahu lah nanti.." Juanda terus ke bilik air untuk bersihkan diri seketika.

"Sejak bila saya jadi majikan awak ni Juanda? Awak dah sah pun jadi isteri saya pun.."

"Ngigau ke..?" Ia kembali memeluk tubuh Kayla yang masih belum jaga dari lena.

Juanda mengaru kepala dengar kata-kata Aidan.

"Sorry terlupa.." Juanda keluar dari bilik air dia tersengih panjang.

Aidan membeliak biji mata dengan kata-kata Juanda lantas dia menggeleng kepala.

"Awak banyak makan semut ni Juanda.."

"Jangan amalkan selalu rosak otak awak yang comel tu nanti hahaha." Aidan membaling bantal kearah Juanda dengan tawa kecil.

Juanda memaling wajah. Bag besar di periksa passport dan barang peribadinya di susun rapi.

Kerana perjalan pulang mereka ke Kuala Lumpur akan berlepas pada nanti malam.

"Semua dah ada ke Juanda..?" kini dia membaringkan diri.

Rambut panjang Juanda di tarik-tarik dengan sengeh sendiri.

"Dah.." Juanda menampar lembut tangan Aidan yang lagi menarik rambutnya.

"Wangi.. pakai shampo baby ke apa ni..?" Aidan terlepas tawa gedik bila Kayla membalikkan badan ke sisi bantal peluk.

Walaupun mereka masih di dalam fasa perkenalan hati budi masing-masing..

dia cuba menjinakkan diri untuk mendekati Juanda demi masa depan mereka.

TING TONG.

Aidan dan Juanda beralih pada daun pintu sama-sama.

"Biar Juan bukakan.." Ia bangun dan berjalan kearah pintu.

Tombol pintu di pulas dia melihat siapa diluar.

Kaki dan tubuhnya beku melihat sosok tubuh itu..

"Siapa Juanda..?" Aidan pelik Juanda tak menjawab panggilan darinya.

dia terus berjalan ke pintu.

Matanya terpaku melihat kearah wanita itu..

"Ai.." Khatijah masuk ke dalam bilik tanpa di suruh.

Juanda berundur setapak ke belakang dia memberi ruang wanita itu masuk ke dalam bilik.

Juanda cuba tersenyum seperti biasa..

Entah hatinya mula rasa sakit melihat Khatijah berdiri di depan Aidan.

"Awak buat apa datang sini? Mana suami awak Khatijah.." Aidan memerhati pada wajah Juanda.

"Saya dah bercerai dengan dia."

"Dia tak jaga saya macam mana awak jaga saya Ai.." Khatijah duduk di atas katil dia membelai rambut perang Kayla.

Remuk hati Juanda bila mendengar kata-kata dari Khatijah.

"Saya minta maaf sebab pergi dari hidup awak."

"Saya menyesal kerana meninggalkan awak dan anak kita Ai.."

"Saya terdesak masa tu saya harap awak masih terima saya dalam hidup awak Aidan.." Sayu Wajahnya memandang wajah Kayla.

"Selamat pengantin baru Juanda.." Khatijah memerhati kearah Juanda yang kaku seperti patung di tepi dinding.

ia tersenyum nipis melihat Juanda tak ubah seperti bersalah padanya.

"Terima kasih Puan.." Juanda menunduk wajah.

"Khatijah.. awak dah lupa ke hubungan kita dah berakhir..?"

"Saya dah ada keluarga sendiri saya yakin awak pasti bahagia."

"Pergilah Khatijah jalani hidup awak tanpa saya dan Kayla lagi.." Aidan mendapatkan Juanda.

dia mengenggam tangan Juanda.

"Puan Khatijah memang layak untuk tuan Aidan.. Tuan Aidan memang baik."

"Ju.. Juanda harap Puan dapat kembali pada Tuan." Suaranya menjadi sebak dia kuatkan hati.

dia harus merelakan jika Khatijah ingin berbalik kepada Aidan.

"Juanda !! Apa awak merepek ni? Saya tak mungkin akan balik dengan dia."

"Saya dah ada awak dan Kayla.."

"Cukuplah jangan babitkan dia lagi." Bahu isterinya di genggam.

dia sangat mengharapkan Juanda percaya cakapnya.

"Saya cuma penganti tempat puan Khatijah. Sekarang puan dah kembali pada Tuan.."

"Tuan pernah cakap yang Tuan takkan pernah lupakan Puan Khatijah selama-lamanya.."

"Dah lupa eh?" Juanda menepis tangan Aidan ia berjalan ke katil.

Khatijah masih tersenyum manis didepan Juanda.

"Kayla.. baby bangun Mama datang ni.." Juanda merapikan rambut Kayla sebelum Kayla membuka mata sendiri.

"Mommy.. huh? Mama.." terkebil-kebil matanya melihat dua insan didepannya dan matanya terus perhati pada Aidan.

"Mama datang untuk jaga awak Kayla.." Khatijah menarik tubuh Kayla sedikit kasar dan di peluk rapi.

Juanda terus bangun dan ia berjalan ke bilik mandi.

"Mama.. Kayla rindu Mama.." Kayla memeluk tubuh Khatijah dengan senyuman bahagia.

"Mama pun rindukan awak Kayla.."

"Dah besar cantik pula tu pandai jaga diri eh.." Khatijah mencium pipi Kayla kiri kanan.

"Yeayy.. Mama pun rindu Kayla horeyyyy..." Kayla melompat di atas katil dengan girang.

Semakin sakit hatinya bila Kayla berkata begitu.

Dia harus redha dan melepaskan keluarga itu kembali bersama.

"Khatijah.." Aidan membuka pintu bilik dia tidak memandang lagi pada tubuh itu.

"Awak nak halau saya pergi dari sini ke Ai..? Bukankah awak masih perlukan saya untuk menjaga anak kita.."

"Ai tolonglah bagi satu lagi peluang untuk saya berubah dan menjaga keluarga kita ni. Please.." Khatijah mendukung Kayla di sisi.

"Saya dah ada keluarga sendiri.."

"Lebih baik awak pergi sebelum saya panggil pegawal untuk bawa awak keluar dari sini.." Wajahnya sudah berubah dingin.

"Papa.. biarlah Mama ada di sini."

"Kayla rindu Mama.." Dia kemaskan lagi pelukkan dileher Khatijah.

"Betul tu Tuan.. Puan Khatijah baru sampai ni erm biar Juan panggil pelayan untuk menghantar makanan ke sini ya.." Juanda tersenyum lagi.

"Saya tak nak orang asing ada dalam bilik ni! Atau kita pindah saja ke bilik lain.." Ia masih membuka pintu bilik dengan luas.

"Tuan, Aid.." Khatijah dan Juanda memanggil serentak.

"Papa.." Kayla sudah menunduk wajah.

"Saya dah tak cintakan awak Khatijah hubungan kita dah berakhir sejak awak curang dibelakang saya."

"Saya tak mahu bertindak kasar di depan anak saya."

"Lebih baik awak sendiri keluar dari bilik ni Khatijah."

"Please !!" Suaranya di tekan dalam agar wanita itu segera beredar dari situ.

"Saya mahukan keluarga kita berbaik semula Ai.. Saya mengaku saya salah. !!"

"Tapi awak tak boleh hukum saya sampai macam ni sekali."

"Ni anak saya Ai.." Khatijah terus membaringkan diri bersama Kayla diatas katil.

"Juanda kita cari hotel lain jom.." Kedua bag besar di bawa keluar dan Juanda juga di tarik keluar dari bilik itu.

"Tuan.. jangan macam ni."

"Dia tetap Mama Kayla Tuan tak boleh buat macam ni. Lebih baik Tuan berbaik semula dengan bekas isteri Tuan."

"Dia layak untuk Tuan.." Tangan Aidan di tepis dia membawa bag besar.

Juanda segera beredar pergi tanpa perdulikan Aidan disitu lagi.

"JUANDA! Saya sayangkan awak Juanda !!"

"Tolong jangan pergi dulu.." Aidan ingin mengejar.

tiba-tiba.

Kayla menarik tangan Aidan untuk tidak pergi.

"Papa.. Please layanlah Mama dia masih Mama Kayla, Papa.." Kayla menarik-narik tangan Aidan.

"Baby, listen me.. Mama bukan isteri Papa lagi Papa dah tak nak fikir apa-apa lagi tentang dia."

"Papa dah ada Mommy Juan Papa dah sayangkan Mommy Juan Kayla.." Airmatanya sudah terbit ke pipi.

"Tapi.. Papa boleh kahwin lagi satu dengan Mama.. bolehlah Papa eh Mama dah berubah demi kite."

"Ini demi keluarga kite Papah.." Kayla masih memujuk dengan kata-kata sayu.

"Baby dah tak sayangkan Mommy Juan lagi ke?"

"Dia dah jaga awak selama Mama awak tak ada di sisi awak Kayla."

"Awak dah berubah hati ke?" Airmatanya diseka laju.

Kayla mengeleng kepala.

"Sampai hati awak baby.." Merah mata Aidan menahan diri dari menangis.

"Saya akan pergi melainkan awak berjanji dengan saya Ai.." Khatijah sudah berdiri di belakang Kayla.

"Saya tak nak berjanji apa-apa lagi dengan awak Khatijah !!"

"Janji awak tak pernah awak tepati langsung.."

"Mama jenis apa awak ni Khatijah?" Aidan menahan amarahan dihati.

"Saya sayangkan keluarga kita Aidan jangan buang saya dari hati awak please, saya janji.."

"Saya akan sayang dan ambil berat tentang keluarga kita mulai hari ni."

"Percayalah cakap saya sekali saja ya Ai.." Khatijah mengenggam tangan Aidan dengan tangisan kecil.

"Papa.. Mama dah berubah demi kite Papa.. please give her change.." Kayla memujuk hati Aidan agar Papanya berlembut hati dengan Mamanya.

"Jangan salahkan Papa kalau Papa tak perdulikan awak lagi lepas ni Kayla.." Aidan melangkah pergi meninggalkan Kayla dan Khatijah disitu.

Dia harus mencari isterinya terlebih dahulu.
"PAPA...!! Hier.. Papa jangan pergi.."

"Papa.." Kayla sudah menangis semahu-mahunya bila melihat Aidan turut menghilangkan diri di ruang itu.

Khatijah membawa Kayla ke bilik semula.

"Kayla, Jangan menangis lagi kejap lagi Papa balik lah tu.."

"Awak dah besar tak elok menangis macam ni lagi.." Belakang tubuh Kayla ditepuk-tepuk.

Tetapi anak kecil itu masih menangis hingga terbatuk-batuk.

"Pa..pa.. arghh.." suaranya serak-serak dalam lencun wajahnya akibat menangis tetapi orang dia mahu tiada disitu.

"Kayla stop'it jangan menangis lagi boleh tak..? Bingitlah telinga Mama ni.." Khatijah menekup mulut Kayla dengan kuat dia menggeleng kepala.

"Mommy Juan hieee.. Mommy.." Terisak-isak suaranya sudah berubah lemah.

"Mama ada ni Kayla stop panggil perempuan perampas tu! Dia tak layak jadi Mommy awak Kayla."

"Mama yang layak jadi Mama awak dulu kini dan selamanya.." Khatijah menepuk perut Kayla dari belakang.

"Arghhh Mommy Juan.. Mommy don't run dont.." Kini dia mula teringat tentang mimpinya dan kini menjadi kenyataan pada dirinya.

Tubuh Kayla mengendur dan perlahan-lahan suaranya menghilang dia memejam mata rapat.

Khatijah membaringkan diri Kayla diatas katil dia fikir mungkin Kayla keletihan dan tertidur.

Nafas Kayla tercungap-cungap akibat menangis tak henti-henti dari tadi dia pengsan tanpa di duga Khatijah.

Kembali semula dia untuk menagih simpati dari bekas suami..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience