Completed
62066
Langkah Pertama, bab yang membawa hubungan Aidan Syafiq dan Juanda ke ruang yang lebih nyatadi luar rumah, di hadapan orang lain. Di sinilah ujian sebenar bermula.
“Papa, cepatlah! Mommy dah tunggu dalam kereta tu!” Kayla melaung dari luar rumah sambil melambai-lambai kecil.
Aidan Syafiq sedang membetulkan jam tangannya, sempat tersenyum mendengar suara anaknya yang semakin ceria sejak kebelakangan ini.
Hari ini majlis hari jadi anak saudara Aidan diadakan di rumah keluarga besar Tengku Nazmi Papa Aidan Syafiq yang terkenal dengan pendirian tegas dan mulut yang suka menilai.
Selama ini Aidan Syafiq mengelak daripada membawa sesiapa ke dalam lingkaran keluarganya.
Sejak pemergian Khatijah, mereka menganggap tiada siapa yang mampu mengganti tempat bekas isterinya.
Namun hari ini... Juanda akan ikut. Dan itu sahaja sudah membuatkan jantungnya berdegup luarbiasa
Juanda duduk di tempat penumpang, memegang tas tangan kecil dengan jari jemarinya yang sedikit menggigil.
Baju kurung polos warna sage green yang dipakainya memang tampak lembut, tapi dalam hati dia berkecamuk.
Dia bukan sesiapa.
Bukan isteri, bukan keluarga. Cuma pembantu yang disayangi Kayla Khalisha dan mungkin, seseorang yang sedang perlahan-lahan menjadi istimewa di mata Aidan y.
“Saya... tak pasti patut ikut ke tak tadi,” katanya perlahan sambil memandang cermin sisi.
“Kayla yang ajak. Bukan saya,” jawab Aidan selamba, tapi sempat menjeling.
“Tapi kalau saya yang ajak, awak masih datang?”
Juanda terdiam.
“Kalau tuan ikhlas, saya datang.”
Aidan Syafiq tersenyum nipis.
“Saya ikhlas.”
Sebaik tiba di rumah agam keluarga Tengku Nazmi, beberapa pasang mata terus tertumpu. Ada yang menjeling, ada yang tersenyum sinis, dan ada juga yang mula berbisik.
“Siapa tu?”
“Bukan isteri dia dah lama meninggal?”
“Pembantu rumah ke? Tapi… kenapa cantik sangat?”
Juanda menunduk, tapi tangannya terasa dicapai.
Aidan Syafiq menggenggamnya perlahan.
”Berjalan sebelah saya. Tak payah tunduk.”
Dan untuk pertama kali, Juanda melangkah masuk ke dunia Aidan Syafiq bukan lagi di dapur atau bilik, tapi di hadapan semua orang.
Kayla Kalisya pula sudah berlari ke arah sepupunya, meninggalkan dua insan dewasa yang kini menjadi tumpuan.
Di tengah-tengah majlis, Tengku Nazmi datang menghampiri. Wajahnya berkerut sedikit.
“Aidan,” sapa sang Papanya
“Papa.” Aidan angguk.
“Ini?”
Aidan Syafiq mengerling Juanda di sisi.
“Nama dia Juanda. Orang penting dalam hidup saya dan Kayla.”
Tengku Nazmi terdiam.
Matanya memandang tajam ke arah Juanda, seolah mahu membaca seluruh niat dan sejarah hidup wanita itu.
Juanda hanya menunduk, senyum kecil di bibir.
Tengku Nazmi mengangguk perlahan.
“Kalau dia mampu buat Kayla senyum balik... itu dah cukup.”
Dan buat kali pertama dalam majlis keluarga itu, Juanda rasa... diterima.
Bukan sepenuhnya.
Tapi cukup untuk langkah pertama. Langkah yang membina jalan. Bukan ke masa silam, tapi ke hadapan bersama.
Ujian Nama Juanda, yang mempertemukan masa silam Juanda dengan masa kini di saat kasih mula mekar, fitnah pula menanti untuk merobek keyakinan
Seminggu selepas majlis keluarga Tengku Nazmi, suasana rumah Aidan berubah perlahan-lahan.
Juanda mula diberi lebih banyak kepercayaan bukan hanya mengurus rumah, tetapi diundang hadir dalam perbualan makan malam, menjadi tempat Aidan bertukar cerita.
Dan Kayla Khalisha?
Anak kecil itu semakin melekat seperti bayang. Setiap malam mahu tidur di tengah, diapit ‘Papa’ dan ‘Mommy’nya.
Namun kebahagiaan jarang datang tanpa harga.
Pada pagi yang tenang, ketika Juanda sedang menyapu halaman rumah, sebuah kereta mewah berhenti di luar pagar. Seorang wanita berusia lewat 50-an keluar dengan langkah penuh gaya.
Puan Rafeah. Ibu kepada Khatijah. Bekas ibu mentua Aidan Syafiq
“Assalamualaikum,” sapa Rafeah, nadanya dingin walaupun bibirnya tersenyum nipis.
Juanda berhenti menyapu. Hatinya bergetar aneh.
“Waalaikumussalam. Maaf, puan siapa?”
“Aku Rafeah. Nenek Kayla.”
Juanda tersentak.
Tanpa banyak kata, wanita itu masuk selepas pintu pagar dibuka secara automatik.
“Awak Juanda?” soal Puan Rafeah tajam.
“Ya, saya.”
Rafeah memandang atas bawah.
“Saya dengar nama awak disebut-sebut. Katanya pembantu rumah, tapi sekarang dah jadi macam... orang rumah.”
Juanda terkaku.
“Maafkan saya, saya tak pernah berniat ambil tempat siapa-siapa. Saya cuma buat yang terbaik untuk jaga Kayla.”
“Tempat Khatijah takkan pernah ada pengganti,” suara Puan Rafeah bergetar.
“Dan saya tahu siapa awak, Juanda. Awak bukan sesiapa. Anak kepada bekas banduan. Seorang pelarian dari kampung yang penuh cerita hitam.”
Jantung Juanda seolah terhenti.
Dia ingat dia sudah jauh dari semua itu.
“Saya minta puan jangan babitkan keluarga saya. Saya datang ke sini bekerja, bukan mencari simpati.”
“Awak tak layak berdiri di sisi Aidan,” ujar Puan Rafeah, tegas.
“Kalau awak sayangkan budak kecil tu, awak patut pergi.”
Malam itu Aidan pulang lebih awal dari biasa. Wajah Juanda kelihatan suram, namun dia masih melayan Kayla Khalisha seperti biasa.
Tapi hati Aidan Syafiq dapat rasa sesuatu tak kena.
“Awak okay?” soalnya sewaktu mereka sama-sama menyimpan pinggan.
Juanda diam.
“Tadi Puan Rafeah datang,” akhirnya dia bersuara.
Aidan Syafiq terhenti.
“Dia cakap apa?”
“Cakap saya ni... tak layak. Dia tahu latar belakang saya, tuan Aidan. Dia tahu... siapa ayah saya dulu.”
Aidan Syafiq meletakkan pinggan, lalu menarik kerusi. Wajahnya serius.
“Awak tahu saya tak peduli, kan?”
Juanda senyum tawar.
“Tapi orang lain peduli. Awak tak boleh lindung saya dari semua.”
Aidan Syafiq berdiri, menghampiri Juanda perlahan. Tangannya menggenggam jari wanita itu dengan kemas.
“Juanda, saya bukan pilih awak sebab siapa ayah awak. Saya pilih awak sebab saya nampak siapa diri awak sekarang. Dan saya... nak terus pilih awak, kalau awak izinkan.”
Air mata Juanda jatuh perlahan-lahan.
Kerana dalam ribut fitnah dan luka silam,
ada satu suara yang masih percaya padanya.
Dan itu cukup untuk dia terus berdiri.
Share this novel