TAMAT

Young Adult Completed 13399

Setelah peristiwa hitam itu berlaku , Arfa membawa dirinya jauh ke bumi barat untuk mencari segenap ketenangan. Hatinya begitu sakit apabila teringat peristiwa tersebut.

Air mata diseka berkali kali. Dia mencuba untuk membuang segala kenangan manisnya bersama Aarizz tetapi gagal.

" ARGHHHHHH!!! AKU BENCI KAU AARIZZ NAQIL! I HATE U SO MUCH!"

Jerit Arfa di hadapan laut. Mujur tiada orang disitu kalau tak tentu sudah dianggap tidak siuman.

Flashback!

Arfa masuk ke dalam perut kereta. Dia tersenyum sendirian disitu. Sesekali dia melihat kepada alat penguji kehamilan tersebut. Alhamdulillah setelah 3 tahun kami menunggu dan hari ini allah memakbulkan segala doa kami selama ini. Terima kasih ya allah.

Enjin kereta segera dihidupkan. Arfa sudah tidak sabar lagi untuk memberi kejutan kepada suaminya iaitu , Aarizz.

Sampai diperkarangan rumah , perasaan tidak sedap mula menguasai jiwa Arfa. Arfa mengelengkan kepalanya untuk mengusir fikiran negatif tersebut. Ya allah , moga tiada apa-apa yang berlaku.

Langkah kanan mendahului , perlahan lahan tombol pintu dipulas disertakan salam. Arfa memandang sekeliling rumah. Aik senyap je , tak ada orang ke?

"Abang?"

Panggil Arfa. Dia berjalan ke dapur. Kosong juga. Matanya menangkap satu objek yang berada diatas meja ruang tamu. Beg perempuan? Ya allah , kuatkan aku.

Arfa terdengar suara perempuan ditingkat atas. Kaki segera diatur ke ruangan atas. Matanya membulat besar apabila melihat adegan yang dibuat oleh suami dan ex girlfriendnya.

"ABANG!!!!!"

Serta merta Aarizz menolak kuat batang tubuh Aira. Aira mula tersenyum sinis.

"Sayang...apa yang sayang nampak tak seperti apa yang sayang fikirkan..abang tak buat apa-apa dengan perempuan ni.."

Air mata mulai membasahi kedua belah pipi. Niatnya untuk berkongsi berita gembira terus pudar.

"Enough Aarizz Naqil! Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan daripada awak...kalau awak nak kahwin dengan perempuan ni , saya izinkan! Tapi lepaskan saya!"

Kata Arfa. Walaupun perit untuk diungkapkan tapi Arfa terpaksa. Kalau aku jadi penghalang antara kebahagian mereka , aku rela undur diri.

"Sayang! Apa yang sayang merepek ni? Abang tak pernah terfikir nak nikah dengan perempuan tak tahu malu macam dia ni!"

"Merepek? Tak pernah terfikir? Daripada awak berzina , lebih baik awak nikah terus dengan perempuan ni....and lepaskan saya."

Kali kedua perkataan itu diungkapkan lagi.

"Berzina apanya? Perempuan ni sengaja perangkap saya! Tolong la percaya cakap saya Nuda Arfa."

Arfa buntu disitu. Ya allah bantu la aku untuk memilih jalan yang sebetulnya aku lakukan. Arfa terduduk diatas lantai.

Aira yang berada dibelakang Aarizz hanya tersenyum sinis. Huh padan muka kau. Lain kali jangan pernah rampas Aarizz daripada aku.

"U kena nikah dengan i , Aarizz.."

Aarizz pejam mata. Ya allah ujian apa lagi ni. Aarizz menoleh ke belakang.

"Apahal aku kena nikah dengan kau! Kau dengan aku tak ada buat apa-apa! And aku pon tak ingin la nak sentuh perempuan tak ada maruah macam kau ni! "

"Ehh u yang buat i tak ada maruah rizz. U! Bukan orang lain! Sekarang ni i nak u nikah dengan i! Lagipun arfa dah izinkan untuk kita bersatu..."

Aarizz diam. Dia menggenggam jari jemarinya membentuk penumbuk.

"EH PEREMPUAN! KAU DENGAR EA! SAMPAI AKU MATI PON AKU TAK AKAN PERNAH NIKAH DENGAN KAU SEKALIPON ISTERI AKU IZINKAN! CINTA AKU SAYANG AKU HANYA PADA NUDA ARFA SEORANG SAHAJA! so , ko jangan mimpi yang kau boleh miliki aku!"

Tengking Aarizz menyebabkan Aira tergamam. Habis saja ayat terakhir , Aarizz segera mengejar Arfa yang sudah lama beredar.

Dia melihat kereta isterinya telah tiada. Phone dipoket diambil dan segera mendail nombor Arfa.

Enjin kereta dihidupkan sambil menunggu panggilannya dijawab.

"Angkat laa..."

Panggilannya tiada sahutan. Phone dibaling ke tempat duduk sebelah. Kereta terus menderum laju membelah jalan disitu.

Sampai hati awak buat saya macam ni Aarizz. Perlu ke awak sakitkan saya sampai macam tu sekali ishk! Ishk!

Teresak esak Arfa menangis di dalam keretanya. Dia memegang perutnya seketika. Sayang , maafkan mama. Mama tak ada niat nak sorokkan kewujudan kamu , tapi papa dah hancurkan hati mama..maafkan mama sayang.

•••

Malam.

Arfa menangis dipangkuan ibunya. Abahnya memandang tajam.

"Apa guna kamu menangis? Pergi solat minta petunjuk dari allah..."

Arfa mengesat air matanya perlahan. Kaki mengatur langkah ke arah biliknya. Dia membersihkan diri dan memgambil air wuduk. Biarlah fikirannya tenang seketika daripada terus memikirkan hal tersebut.

Tok!tok!tok!

"Assalamualaikum..abah...ibu...ni Aarizz ni...saya nak jumpa Arfa sekejap boleh?"

Abah memandang ke arah Arfa yang baru saja keluar dari dalam biliknya. Gelengan sebagai jawapan. Abah menunduk.

Klak!

"Abah...Rizz nak jumpa Arfa sekejap boleh?"

Tanya Aarizz. Abah menutup daun pintu rapat membawa Aarizz ke tepi beranda rumah.

"Untuk masa ni kamu jangan la ganggu Arfa dulu. Biar dia tenang sekejap..."

"Tapi abah , saya nak jelaskan segalanya dekat dia..apa yang dia nampak tu tak macam apa yang dia fikirkan..."

"Ya abah tahu...tapi abah nak kamu bagi ruang untuk Arfa tenangkan diri...lagipun dia tak nak dengar apa-apa dari kamu Rizz."

Aarizz terdiam. Air matanya merembes keluar dari tubir matanya. Kaki mengatur langkah pergi. Walaupun berat Aarizz terpaksa untuk memberi sedikit ruang kepada Arfa.

"Abah , Arfa dah tempah tiket untuk ke sdyney. Abah dan ibu jangan bagitahu Aarizz tentang benda ni. Arfa tak nak dia tahu dan Arfa tak nak dia cari Arfa dekat sana nanti..."

Ujar Arfa.

"Kalau itu keputusan kamu , kami berdua ikutkan saja. Tentang Aarizz tu kamu tak perlu risau , pandai la abah nak cakap apa dengan dia nanti..."

"Terima kasih abah.."

" Nanti dekat negara orang tu kamu jaga diri. Jaga baik-baik cucu abah tu.. "

"Baik bah..."

Secangkir senyuman diukir. Ya allah , jika ini jalan yang terbaik , aku redha. Mungkin kebahagian kami berdua , terhenti sampai disini. Terima kasih Aarizz Naqil kerana sudi memperisterikan saya.

The end....
____________________________________________

Seperti yang Syaa katakan berbulan bulan yang lepas. sememangnya cerita MR BLUSHER belum sampai ke penghujungnya tapi apakan daya kerana kesihatan Syaa terpaksa stop buat novel. maaf atas segalanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience