BAB 15

Young Adult Completed 13399

Setibanya di dalam kelas , beg galasnya segera diturunkan. Dia memandang ke arah Adlin yang sedang rancak berborak itu.

"Apa tengok-tengok?"

Ujar Adlin.

Aarizz menggarukan kulit kepalanya. Haish nak minta tolong ke tak nak ekk.

"Er..korang boleh tolong aku tak?"

Serentak mereka bertiga memandang ke arah Aarizz. Emran dan Isyraff hanya mencuri curi dengar saja perbualan mereka.

"Tolong apa?"

Tanya Adlin.

"kalau hal tu kecil mungkin boleh la..kalau besar ermm susah sikit."

Ujar Shaff pula.

"Aku nak jumpa Arfa , tapi setiap kali dia terserempak dengan aku..mesti dia mengelak. Tolong aku wei.."

Mereka bertiga saling berpandangan , lalu pandangannya serentak dihalakan ke arah Aarizz. Aarizz mengangkat kening sebelahnya.

"Rehat nanti , try la jumpa dia..."

Sambung Adlin. Aarizz menjadi tak yakin apabila Adlin menyuakan cadang sebegitu.

"kenapa?"

"Aku takut dia makin marahkan aku bila aku gunakan korang..."

Berlapis dahi Adlin memandang Aarizz.

"Kau ada buat salah apa?"

Diam. Aarizz berfikir sejenak. Tak akan aku nak berterus terang kot. Haish silap sikit je.

"Halaa tak payah tahu laa..."

Ujar Aarizz seraya terus meninggalkan kelas. Masing-masing menjadi binggung disitu.

"Apahal member kau tu? Minta tolong lepastu bila tanya apa masalah tak nak bagitahu pula..haish macam-macam laa.."

Emran dan Isyraff serentak mengangkat bahunya. Adlin pula sudah menjeling. Macam ada sesuatu yang terjadi je ni? Haish aku kena siasat ni kenapa Arfa tak nak jumpa si Aarizz tu.

WAKTU REHAT.

Aarizz hanya memerhatikan gerak geri Arfa saja. Tiap kali Arfa tersenyum , dia juga turut tersenyum sama. Emran dan Isyraff memandang ke arah Aarizz yang tiba-tiba saja tertawa itu.

"Kau apahal bro?"

Aarizz angkat muka.

"Tak ada apa. Aku suka bila tengok Arfa senyum gelak ketawa dengan kawan-kawan dia..."

Emran dan Isyraff pandang ke arah Arfa yang berada di meja hadapan sana. Lantas mereka berdua geleng kepala lalu senyum saja. Berbaki 10 minit sebelum rehat berakhir , Aarizz memberanikan diri berjumpa Arfa.

"Saya nak cakap dengan awak sekejap..."

"soal apa ea?"

Aarizz mengosok belakang lehernya. Tak akan aku nak cakap dekat sini , memang tak laa.

"Boleh tak kita cakap dekat hujung sana...sekejap je..pleaseeee"

Rayu Aarizz. Nak tak nak Arfa terpaksa melayan kemahuan Aarizz. Mereka berdua pergi kehujung block.

"Cakap laa apa yang awak nak cakapkan tu?"

"Er tentang Fatin..saya dengan dia tak ada apa-apa...saya tak layan dia pon..awak jangan salah faham pula. "

Menebal dahi Arfa.

"Fatin? Siapa tu?"

"Perempuan yang awak nampak dengan saya masa dekat taman tu and perempuan yang sama awak nampak masa saya mengamuk dekat perhimpunan hari tu.."

"Ooo...perlu ke awak terangkan semua ni? Awak dengan saya tak ada apa-apa hubungan kan?"

Arfa terus menoleh ke belakang seakan mahu beredar daripada situ.

"Memang saya dengan awak tak ada apa-apa hubungan. Tapii riak wajah awak macam marah setiap kali bertembung dengan saya..sebab tu saya jelaskan semua ni...saya dengan Fatin tu memang tak ada apa-apa hubungan."

Arfa menyambung langkahnya semula dengan segaris senyuman dibibirnya. Aarizz melihat ke Arfa yang semakin menjauh itu lalu pandangannya ditundukkan. Tak apa la rizz , kau dah jelaskan segalanya ke dia. Sekurang kurangnya dia tak akan salah faham lagi dengan aku.

----------------

Selepas perjumpaan para pengawas , masing-masing dibenarkan pulang ke arah kelas. Dipertengahan jalan , Arfa dan Aarizz bertembung.

"Er..nak balik ke kelas ke?"

Tanya Aarizz.

"Eh tak laa..lepas ni baru masuk ke kelas. Sekarang saya nak pergi perpustakaan sebab cikgu ganti suruh masuk sana...awak pula?"

"Ooo..saya nak balik kelas la ni...jom sekali?"

Pelawa Aarizz. Arfa tersenyum nipis. Mereka berdua berjalan saing menuju ke arah haluan masing-masing.

Di tingkat dua blok A , mereka berdua bertembung pula dengan Fatin yang sedang mengangkat buku latihan itu. Fatin menjeling ke arah Arfa sementara Arfa pula sudah menunduk disitu.

"Ermm patut laa u tak nak terima semua pemberian daripada I kan..ni mesti sebab perempuan ni dah hasut macam-macam pada u sebab tu u tolak semua hadiah i kan??....Eh kau , agaknya dekat sekolah ni dah tak ada lelaki lain ke kau nak jadikan boyfriend sampaikan Aarizz aku ni kau nak kebas!...agaknya seronok ek jadi perampas?"

Ujar Fatin sinis. Zass!hati bagai disiat sebilah pisau apabila kata-kata itu membenam ke dalam jiwa Arfa. Aarizz memandang tajam ke arah Fatin.

"Apa lagi yang kau nak!"

"apa lagi yang i nak? I nak perempuan ni tinggalkan u..tu yang i nak!"

Balas Fatin lantang disitu. Arfa menunduk kegeraman. Lantas Arfa berjalan laju meninggalkan mereka berdua disitu. Aarizz memejamkan mata.

"EHH ASAL LARI? AKU TAK HABIS LAGI LA DENGAN KAU! DASAR PERAMPAS!!"

Jerit Fatin. PANGGGG!! cecair merah mula keluar dari tepi bibirnya. Muka Aarizz menjadi merah menyala menahan geram disitu.

"KALAU IKUTKAN HATI AKU NI! DEKAT SINI JUGA AKU HENTAK KEPALA KAU KE DINDING BIAR MAMPOS!!! ERR!!"

ujar Aarizz lalu meninggalkan Fatin yang sudah teresak esak disitu. Kenapa baru nak baik , datang lagi satu masalah? Arghhh semakkk la!

MALAMNYA...

Arfa termenung dibiliknya. Kata-kata Fatin siang tadi masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Aku perampas? Bercinta dengan dia pon tak , datang dari mana perkataan perampas tu. Haish sakit hati betul laa.

Plingg!!

AARIZZ 4SP??

- ASSALAMUALAIKUM ARFA , MAAF MENGANGGU AWAK MALAM-MALAM MACAM NI. SAYA TAHU AWAK MASIH TERINGATKAN LAGI TENTANG KATA-KATA FATIN TU KAN? TAPI SAYA HARAP AWAK TAK PERLU LA FIKIRKAN KAYY , SEBAB AWAK BUKAN PERAMPAS SIAPA-SIAPA PON.

- FA , JUJUR SAYA CAKAP , SAYA DENGAN FATIN MEMANG TAK ADA APA-APA..PEREMPUAN TU YANG SYOK SENDIRI , SAYA TAK LAYAN DIA FA. TOLONG LA PERCAYAKAN SAYA...

Arfa menjuihkan lidahnya tatkala dia membaca notification itu. Cehh tak ada apa-apa konon. Yang kau pon satu , orang dah suka balas jelah balik. Ni tak , aku yang tak ada kena mengena pon terbabit sekali haishh.

Telefonnya dibiarkan diatas meja belajar. Dia menghempaskan dirinya diatas katil. Arghh lebih baik aku rehat dari fikirkan hal korang dua. Arfa memejamkan matanya.

Aarizz pula masih setia menunggu balasan daripada Arfa. 20 minit kemudian , Aarizz tersenyum nipis. Mungkin dia masih marah tu , tak apa la Rizz bagi dia bertenang dulu.

Aarizz mengambil gitar kesayangannya , dia memetik dan menyanyikan sebuah lagu untuk menenangkan jiwanya itu. Bulan dilangit dipandang sepi. Dia memejamkan mata sekejap seperti sedang memikirkan sesuatu.

--------------------------

OMG! Aarizz tampar Fatin sampai bibirnya berdarah??

"Huh nak cakap aku dayus ke lelaki tak guna ke apa ke , aku dah tak kisahh...Aku hanya nak kan ARFA...yang lain pergi jahanam!" -Aarizz.

OPSS! HAHAHA

-------------------------------------

minta maaf sangat ii sebab lambat gilerr3 update...aku memang nak update tapi emosi aku tak stabil lak. so ak tunda hari ke hari..And now..emosi aku SEDIKIT stabil laa...hope korang semua BERPUAS HATI dengan JALAN CERITA BAB 15 NI...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience