BAB 10

Young Adult Completed 13412

Tamat saja perhimpunan pagi , Arfa dan Naimah mula mengatur langkah ke arah kelas mereka. Kelas 3A menjadi riuh tatkala diatas meja Arfa terdapat sekuntum bunga mawar merah disertakan nota disitu.

"Fuyooo , Arfa ada secret admirer la geng"

Usik ketua tingkatannya , Hairul.

"dahsyat juga kau ni kan fa , dalam diam hahaha"

Sakat Hazim pula. Arfa hanya mempamerkan senyum tawar nya itu. Nota kecil itu segera diambil lalu dibaca.

SELAMAT PAGI CIK NUDA ARFA -R

R? Siapa pula si R ni? Tak akan si Rashdan kot , setahu aku dia dah ada girlfriend. Ermm Rizuan? Arghh lagi la mustahil mamat tu sukakan aku. Rafiq? Memang sah laa bukan dia , dia kan anti dengan aku mustahil dia sukakan aku. Haish habistu siapa pula si R ni. Ngomel hati kecil Arfa.

Dahi Arfa menebal memikirkan siapakah gerangan R tersebut. Tiba-tiba wajah Ryan muncul dalam pemikirannya. Tak akan laa si singa jadian tu? Arghhh!mustahil dia! Arfa mengeleng gelengkan kepalanya bagi mengusir wajah Ryan hilang dari dalam fikirannya.

Naimah disebelahnya hanya tertawa kecil saja melihat gelagat Arfa itu. Arfa menjeling ke arah Naimah.

"gelak-gelak!ingat lawak ke?"

"kalau soal pemberi bunga ni memang tak ada yang lawak pon. Tapi cara kau fikirkan siapa si R ni yang buat aku geli hati. Hahahah"

Arfa menunduk dipermukaan mejanya. Setelah itu wajah Naimah dipandang semula.

"eeee Emma tolong laa ak selesaikan siapa R ni"

Raung Arfa. Rakan sekelasnya yang lain hanya tertawa saja melihat gelagat Arfa itu.

"sekejap , R eaa...hurmm entah-entah...."

Naimah cuba menakutkan Arfa.

"entah-entah apa kau ni?"

Naimah berbisik ke telinga Arfa.

"entah-entah pemberi bunga kau tu , Ryan. Habis laa kau Arfa...kena gulai laa kau nanti..hahahahahaha"

Berdekah dekah Naimah menggelakan Arfa disitu. Sementara Arfa pula terus membuat muka cemberutnya. Tak guna punya member. Tapi kalau betul apa yang Naimah katakan tadi tu macam mana?mati la aku kalau Ryan tu si pemberi bunga ni. Huwaaaa mummy , help me!

Suasana kelas 3A kembali seperti keadaan asal. Semua menumpukan sepenuh perhatiannya dihadapan kelas.

?????

"Rizz , aku dengar dari budak kelas sebelah yang si Arfa kau tu ada orang bagi dia bunga..betul ke?"

Tanya Isyraff inginkan kepastian. Aarizz hanya menghiraukan saja pertanyaan Isyraff itu tadi. Dia hanya fokus kepada bahan bacaannya saja.

"Rizz , kau dengar tak ni aku tanya?"

Tanya Isyraff lagi. Aarizz menutup buku dengan kasar. Pandangan dihalakan ke arah Isyraff.

"Tentang pertanyaan kau tu tadi , aku tak tahu langsung dan tak nak ambil tahu."

"kau tak frust ke?"

Duga Isyraff lagi.

"huh!Frust? Untuk apa aku frust dengan benda-benda macam ni. Arfa tu bukan milik aku pon. So memang kebiasaan la kan orang yang secantik dia akan dapat bunga macam tu..."

Isyraff dan Emran terdiam. Manakala Aarizz pula terus mengangkat kaki keluar daripada kelas tersebut.

"Nampak sangat member kau tu tengah panas hati..."

"haish kau ni , biar la dia. Kita tunggu dia sejuk dulu. Kau pon jangan la usik dia , karang bertambah panas pula."

Kata Emran.

"aik salah aku ke? Haishh yelah-yelah. Aku akan diam kan diri je lepas ni."

Emran merangkul leher Isyraff lalu mengukir senyuman.

"ha macam ni lah baru dikatakan member hahaha"

"member tak member , sebelum buku lima aku sampai dekat muka kau ...baik kau lepaskan"

Ugut Isyraff. Emran terus melepaskan rangkulan tersebut. Haishh orang gurau sikit pon dah melenting. Yang seorang tu pulak , dingin tak sudah. Ermm redha jelah dapat sahabat macam ni.

??????

Jam 1010 minit pagi. Keadaan di sekitar block F kelihatan sunyi dek kerana para pelajarnya sedang mengisi perut masing-masing di kantin.

Arfa mengorak langkahnya ke arah library sekolah. Entah kenapa pada hari itu seleranya mati tatkala dia masih memikirkan soal pemberi bunga tersebut.

Sebuah buku novel yang bertajuk TOLONG JAGAKAN DIA diambil oleh Arfa. Dia melabuhkan punggung dihujung sudut library. Dia mula membaca buku novel tersebut tanpa menyedari kehadiran seseorang disitu.

"Pengawas PSS tak masuk lagi ke?"

Tanya figura tersebut. Arfa tidak menjawab. Ryan merenung ke arah Arfa yang sedang ralit membaca buku novel tersebut.

Pekak ke apa dia ni? Aku tanya dia buat tak tahu je haish. Ryan bergerak ke arah Arfa.

Pakk!!

Hentakkan itu mengejutkan Arfa. Arfa memandang ke arah hadapannya. Baju berwarna biru gelap itu ditatap. Macam kenal je bentuk badan ni.

Perlahan lahan Arfa mendongak. Gosh!Ryan. Dia nak apa datang sini. Tak akan dia nak tanyakan soal bunga tadi kot. Okey fa , relax.

"yer?"

Ryan menepuk dahinya. Sah la dia tak dengar apa yang aku tanya tadi.

"Pengawas PSS tak masuk lagi ke?"

Soalan yang sama diulang. Arfa tersenyum kelat.

"Ooo belum lagi. Biasanya dia orang masuk pukul 1020 macam tu. Kenapa ye?"

Adoi fa , yang kau pergi tanya kenapa dekat dia tu dah kenapa? Haish sengaja cari nahas la kau ni.

Ryan memandang ke arahnya.

"Ooo tak adalah. Aku cuma nak guna mesin photostat tu je. Tapi kalau pengawas nya tak ada nak buat macam mana"

Balas Ryan seraya terus mengatur gerak keluar. Arfa pula masih lagi dibawah bukunya itu. Tatkala dia buka bukunya , kelibat Ryan telah hilang dari pandangannya.

Serentak itu Arfa bangun daripada duduknya. Aik kemana dia menghilang? Tak akan dah keluar kot. Tak dengar pon bunyi pintu dibuka. Haishh seram pula aku.

Arfa duduk semula dan menyambung kembali pembacaannya. Selang sepuluh minit kemudian , perasaan seram sejuk mula menerpa ke ruang jiwanya.

Arfa dapat merasakan akan ada seseorang yang sedang memerhatikan gerak gerinya di dalam library itu. Arfa menjeling ke arah kirinya , terdapat satu sosok lembaga ditepi rak buku sedang merenung ke arahnya. Ya allah , kau kuatkan la aku.

"nyah kau daripada sini , Syaitan!!!"

Laung Arfa disertakan buku novel dibaling tepat ke arah lembaga tersebut.

Puk!!

"aduhhh!"

Ehh..hantu boleh kata aduh? Pelik. Setahu aku manusia je yang akan rasa kesakitan tu. Atau jangan-jangan , dia tu manusia? Arfa melihat ke arah hadapan.

Seorang pengawas lelaki sedang terduduk disitu. Halamak! Manusia ke yang lagi tadi tenung aku tu? Arfa! Apa yang kau buat ni , kesian anak orang.

"Sorry awak , sorry sangat-sangat. Saya ingatkan tadi tu hantu. Sorry tau"

Terang Arfa dalam keadaan kalut. Aarizz tertawa kecil.

"hantu? Siang-siang cerah macam ni mana ada hantu. Melainkan manusia yang jadi hantu"

Ujar Aarizz. Sekejap!suara ni? Arfa mendongak. Tepat tekaannya memang suara itu kepunyaan Aarizz.

"er...saya tak sengaja baling buku ni. Maaf yer"

"tak apalah. Tak sakit pon la. Silap saya juga sebab merenung awak macam tu tadi. Maaf yer"

Arfa tersenyum. Aarizz terpaku. Senyuman daripada Arfa benar-benar membuatnya menjadi patung cendana.

Arfa merenung ke arah wajah Aarizz. Terdapat kesan merah ditengah tengah dahi Aarizz.

"Hurmm dahi awak merah tu...mesti kuatkan saya baling. Maaf sangat tauuu..."

Arfa memberikan plaster luka kepada Aarizz. Aarizz mengambilnya tanpa sebarang kata.

"pakai la tu , maaf sekali lagi..."

Habis saja ayat terakhir , Arfa terus bangun. Buku novel diambil lalu diletak semula ke dalam rak asalnya. Setelah itu kaki mengorak langkah keluar daripada tempat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience