BAB 6

Young Adult Completed 13399

Daripada jauh lagi sudah kedengaran bunyi suara orang sedang berbual bual. Mata-mata yang melihat ke arah mereka berlima dihiraukan saja.

"wei kau orang , kau orang tak rasa ke macam kita semua ni tengah diperhatikan?"

Tanya Arfa. Adlin , Naimah , Fai dan Shaff memandang ke arah sekelilingnya.

"Alaa kau ni , biar jelah dia orang tu. Kita datang sini untuk menyihatkan badan kan. Lagipon dia orang semua tu ada mata kan , so sukati dia orang la nak tengok siapa. Hak masing-masing"

Jelas Adlin panjang. Anggukkan sebagai balasan. Walaupon rasa tak selesa dengan pandangan daripada semua orang disitu , Arfa tetap juga meneruskan aktiviti jogingnya itu.

Setibanya dipertengahan taman , dengan tidak disangka datang satu angin yang kuat menerpa ke arah mereka semua. Sapu tangan milik Arfa terbang melayang dibawa angin tersebut.

Arfa terpaksa berpatah balik untuk mencari sapu tangannya itu. Dia memberhentikan langkah tatkala menangkap satu sosok tubuh sedang lena dibangku tersebut disertakan kain sapu tangannya dimukanya.

Haishhh macam mana aku nak ambil ni? Tak akan nak kejutkan orang tu kot. Dibuatnya dia penjenayah ke orang gila ke macam mana? Arghhhh macam mana niii..

Arfa mengatur langkah ke arah lelaki tersebut. Perlahan lahan tangannya mengambil kain sapu tangannya itu. Tiba-tiba pergelanggan tangan Arfa direntap oleh lelaki tersebut menyebabkan Arfa terkejut. Arfa mengurut dadanya untuk meredakan degupan jantungnya.

Mata Arfa memandang tajam ke arah tangan lelaki tersebut. Ehh-ehh dia ni , sesuka suki kau je pegang-pegang tangan aku kan err.

"Kau nak buat apa ni!?"

Tanya Aarizz tegas. Matanya memandang tepat ke arah Arfa. Huh!buat apa kau tanya? Aku nak ambil sapu tangan aku tu laa err.

"Lepaskan tangan saya dulu boleh tak?"

Tutur Arfa lembut. Perlahan lahan pergelangan tangannya dilepaskan. Aarizz merenung kembali ke arah wajah Arfa. Cantik. Wait! Apa dia Aarizz , kau kata perempuan ni cantik? Biar betik rizz selama ni kalau kau nampak perempuan yang lagi cantik dari dia , tak ada pula kau nak cakap macam ni. Haish agak dah kenapa dengan aku ni.

"Maafkan saya sebab menganggu tidur awak. Saya cuma nak ambil sapu tangan saya tu je. Tak ada niat nak buat apa-apa dekat awak pon"

Jelas Arfa sambil menunjukkan sapu tangannya ditangan kanan Aarizz. Aarizz memandang tangan kanannya.

"nahh , lain kali time joging tu pegang kuat-kuat sapu tangan tu. Tak ada la nanti menganggu ketenteraman orang lain."

"okey. Sorry again and thanks sebab bagi semula."

Balas Arfa sambil mengukirkan senyuman. Aarizz terpaku disitu. Dup dap dup dap dup dap. Sah ada benda yang tak kena dengan aku ni.

Selesai menamatkan perbualan mereka , Arfa mengatur langkah semula ke arah rakan rakannya yang lain. Sementara Aarizz berkerut seribu disitu.

???????

_Fai Pretty?_

- *Gaiss!! Petang ni lepak shopping mall nak tak?*

Plingg!

Arfa segera membuka phone pintarnya. Jari segera menaip.

_Arfa blur??_

- *aku on biler Shaff on??*

_Fai pretty?_

- *aik kenapa macam tu lak?urmm Pelik??*

_Adlin gojes??_

- *ak on je asalkan kau tapau segalanya??*

_Arfa Blur??_

- *Alaaa korang ni , tak akan tak tahu yang si Shaff tu driver aku????*

_Naimah Shy??_

- *setuju dengan lyyn , kau tapaw segalanya aku on gak??*

_Fai pretty?_

- *hadoi laa memasing nak ak tapaw , kopak aku gini????*

_Adlin gojes??_

- *arghh kopak tak kopak , tetap gak kena tapaw kami semua*

_Fai pretty?_

- *okey laa. Aku tapaw makanan je kayy. Benda-benda lain sendiri tanggung kayy????*

_Naimah Shy??_

- *berehh bohh*

_Adlin gojes??_

- *okey tak kisah. Yang penting makanan kau tapaw??*

_Fai pretty?_

- *okey on yer? Jam 3 dah berada dekat sana kayy??*

_Naimah shy??_

- *Okey..aku siap sekarang*

_Adlin gojes??_

- *okey cun..byeee*

_Arfa Blur??_

- *alaaa gais , shaff tak masuk lagi ni????*

_Shaff sengal??_

- *memandai je kau kan??*

- *Ermm SM ekk , ak nohal je asalkan orang tu bayar duit minyak and lanje aku makan????*

Arfa mengelengkan kepala tatkala membaca chat yang baru masuk itu. Dah agak haish Shaff , Shaff.

_Arfa blur??_

- *pape jelah Shaff??*

- *Fai , driver ak dah setuju tu. So jumpa sana kayy..byee*

_Fai pretty?_

- *okey gais jumpa di sana dua jam dari sekarang kayy??bubyee??*

Habis saja perbualan chat di dalam group , Arfa terus bergegas ke arah tandas untuk membersihkan dirinya.

Baju blouse berwarna purple muda menjadi pilihan Arfa pada hari itu. Arfa melihat penampilannya di dalam cermin. Perfect! Lets go Arfa..bismillah , semoga segalanya dipermudahkan aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience