BAB 23

Young Adult Completed 13399

Selesai saja solat subuh , Faihanah terus menyiapkan dirinya untuk berjoging disekitar kawasan perumahannya. Sudah menjadi aktiviti hariannya setiap kali hujung minggu tiba.

Headphone berwarna biru setia menemaninya setiap kali dia berjoging. Sebelum memulakan larian , Faihanah mengambil masa 10 minit untuk memanaskan badannya.

Jam sembilan pagi dia sudah menghabiskan lariannya disekeliling taman perumahan. Faihanah masuk ke dalam taman permainan untuk aktiviti regangan.

Sedang dia membuat aktiviti tersebut , Faihanah perasan akan ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak gerinya. Matanya menoleh ke sekeliling taman , terdapat seorang lelaki berhoodie hitam sedang memandang ke arahnya.

Macam kenal. Faihanah menghampiri lelaki tersebut.

"Awak ada apa-apa masalah dengan saya ke?"

Tegur Faihanah sambil memandang raut wajah lelaki itu. Lelaki tersebut tersentak. Oo ya! Baru aku ingat , siapa lelaki ni.

"Ha?"

"Awak tu la , daripada tadi dok perhati saya dah kenapa?"

Lelaki itu menunduk. Dahi Faihanah mula berlapis.

" Kawan kau tu mana ek? Aku dah lama tak nampak dia.."

Ujar lelaki tersebut.

"Kawan aku ramai..Alin , Arfa , Shaff , Naimah , Damia , Nadhirah..yang mana satu??"

"Er aku tak tahu nama dia la , yang aku tahu orang nya kasar-kasar ..."

Sebelah kening diangkat.

"Kenapa kau cari dia? Nak cari pasal lagi ke?"

"Cari pasal? Tak arh. Aku saja-saja tanya , sebab dah lama aku tak nampak dia.."

Faihanah membalas O. Erm lain macam je mamat ni. Tak akan dah jatuh cinta kot?

" Dia dah tak duduk sini. Pindah. Ikut family katanya."

Terang Faihanah lagi. Wajah lelaki tersebut kelihatan muram tatkala Faihanah menerangkan perkara tersebut. SAH! MAMAT NI DAH JATUH CINTA DENGAN SHAFF hahaha.

"Ooo okey..thanks..aku gerak dulu la..sorry kacau kau. "

Ujar lelaki itu lantas segera beredar. Faihanah mengangguk sambil tersenyum penuh makna. Berita tergempak ni , mesti semua orang tak sabar nak mendengarnya terutama kau Shaff muahahaha!.

===============================

Telefon pintar miliknya dipandang sepi. Haish agaknya macam ini lah kehidupan orang yang single. Kesunyian memanjang.

Matanya dipalingkan ke arah awan yang sedang bergerak perlahan. Sabar Rizz. Kebahagian akan datang bila tiba masanya nanti. Sekarang ni fokus , bahagiakan mak ayah lagi baik.

TOKK!TOKK!TOKK!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu talu. Aarizz menoleh ke arah pintu. Nak kata tak bawak kunci , aku rasa bawak je. Pelik-pelik la dia orang ni.

" Rizz! Rizz!"

Pekik Afiq. Aarizz hanya mengendahkan.

Klakk!

"Wei Rizz , aku terjerit jerit dekat luar tu kau tak dengar ke?? "

"Dengar."

" Ha dah tu , kenapa tak bukakan pintu.."

Kata Alif sambil melabuhkan punggung.

"Laa tadi yang ketuk serupa pintu nak roboh tu kau ke? Aku ingatkan Syaitan tadi. Tu yang aku buat tak tahu tu..lagi pun rakan sebilik aku ni semuanya Islam. So Islam bagi lah salam , bukannya ketuk dah macam kena sampuk syaitan. "

Aduhh! Pedih.

" Sampai hati kata aku syaitan. "

" Aik aku tak kata pun..tapi kalau kau nak mengaku tu , erm pandai-pandai fikir laa."

Aduhh kena lagi! Alif sudah membuat muka.

" Haish yalah-yalah..sorry..assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Balas Aarizz tersenyum manis. Afiq tertawa kecil melihat dua orang rakannya itu. aku ingatkan mulut Alif tu je yang puaka. Rupanya ada lagi yang lebih berbisa kahkahkah.
________________________________________________________

Ada sesiapa tahu tak siapa lelaki yang tanya tentang Shaff tu???

dan Guys! mungkin ni bab 'terakhir' laa walaupun cerita tak habis lagi..bukan apa , minggu ni aku dah start busy..boleh je buat cerita tapi takut idea mengarut n korang semua akan pening. SORRY OKEY.

sayang korang semua muahhh??

Share this novel

Fatiha031422
2021-02-08 22:36:43 

Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience