BAB 24

Young Adult Completed 13399

Mata dibuka perlahan , Aarizz melihat sekeliling biliknya. Aik kosong? Kemana la dua orang ni pergi haih. Aarizz bangun mencapai tuala untuk mandi.

Klak!

Haish kosong lagi. Ingatkan lepas aku mandi ni dua orang ni dah ada hurmm. Aarizz melabuhkan punggungnya diatas kerusi belajar sambil mengeringkan rambut.

Apa aku nak buat ek? Mata memandang ke arah kerja yang tertangguh. Ahhh memang tak la , lambat lagi nak hantar benda ni. Dahi mula menebal. Ermm lebih baik aku masak. Lapar ni , nak tunggu dua ekor tu balik belum tentu bawa apa-apa untuk aku.

2 jam kemudian , kelibat Alif dan Afiq masih juga tidak kelihatan. Aarizz pula duduk diatas katil sambil merenung ke arah luar.

Tiba-tiba..

Klak!

Pintu bilik dibuka oleh seseorang.

"Assalamualaikum..."

Sapa Alif tatkala kaki melangkah masuk ke bilil Aarizz.

"Waalaikumsalam"

Jawab Aarizz dalam nada serious. Alif menghampiri Aarizz dengan sengihan yang lebar.

"Kau buang otak kau dekat mana??"

Sindir Aarizz.

"Wah kau sejak bila ni pandai bergurau kasar?"

"Kau yang ajar..aku ikut je apa yang kau ajar hahaha."

"Ha yalah , apa-apa jelah. Ni surat untuk kau.."

Ujar Alif sambil memberikan sekeping surat kepada Aarizz. Aarizz memandang sepi ke arah surat tersebut.

"Siapa bagi?"

"Aira Nabila. Tak silap aku la kan dia ni satu kelas dengan Afiq."

"Aik satu kelas dengan Afiq , apahal dia bagi surat ni dekat kau?"

Alif mengangkat kedua belah bahunya.

"Mungkin Afiq nampak sombong dan aku ni nampak peramah kot.."

Jelas Alif. Surat diambil dan direnyuk serta dibuangkan ke dalam tong sampah.

"Wei asal kau buang do?"

"Sampah."

Balas Aarizz sepatah. Alif terkejut mendengarkan balasan Aarizz sebentar tadi.

============================================

Sekeping nota yang terselit dicelah celah bunga mawar putih itu dibaca.

MORNING NUDA ARFA.

Again!?? Arrrghhh siapa yang bermurah hati sangat ni hari-hari belanja aku bunga. Kalau bunga mati tak apa juga , ni bunga hidup. Mahal kot , tak kopak ke duit kau err.

"Wahh fa , dapat bunga lagi ke?"

Tegur rakannya. Arfa mempamerkan senyuman kelat. Er RIMAS! memang tak la aku nak bawak kau masuk ke kelas , tempat kau selayaknya dekat tong sampah!

"Wei fa , asal kau buang bunga tu..mahal tu wei.."

Tanya rakannya lagi.

"Mahal? Kau tengok muka aku ni? Ada nampak muka yang kisah ke tentang bunga tu mahal ke tak? Ada!? Apa yang aku rasa sekarang ni , satu je iaitu SEMAK! "

Ujar Arfa lalu menyambung langkahnya meninggalkan rakannya dibelakang. Bagi la berjuta juta bunga pon , kesudahannya dalam TONG SAMPAH!

MALAM.

ARFA

- ASSALAMUALAIKUM. WEI AKU RINDUUUU..RINDU NAK LEPAK , RINDU NAK GOSIP , RINDU NAK SHOPPING ...AKU RINDU SEMUANYAAAA..

ADLIN

- WAALAIKUMSALAM. AKU PUN RINDU...

FAIHANAH

-GENGS! 2 MINGGU LAGI KAN DAH CUTI SEM..SO JOM LA KITA BERJUMPA DI TAMAN SAMBIL MENGUNYAH DAN BERGOSIPPPPPP....

ARFA

- CUTI SEM? ALLAH , MACAM MANA AKU BOLEH TERLUPA NI. THANKS FAI , INGATKAN. OKEY MINGGU KETIGA KITA JUMPA TEMPAT BIASA KAYY..

NAIMAH

- CEHH...HAMPIR LUPA ATAU KAU BETUL II LUPA?? HARI APA , PUKUL BERAPA. CAKAP AWAL II DENGAN AKU..MAKLUMLAA AKU BUSY KERJA HAHAH.

ARFA

-NANTI BINCANG BALIK. OO YER MANA SI SHAFF Ni? SENYAP JE..GADUH DENGAN BOY DIA KE?

FAIHANAH

- HAHAHA BIAR LA DIAA..ORANG DAH TAK SINGLE NI LAIN MACAM SIKIT..JANGAN DIKACAU KEBAHAGIANNYA..

SHAFF

-KEPALA OTAK KORANG LAA..KEBAHAGIAN KE BENDA DO..AKU RASA KESENGSARAAN ADA ARH..

ADLIN

- SENGSARA SEKARANG AKAN DATANG BAHAGIA..

FAIHANAH

- SO SHAFF DAH ADA JAWAPAN BELUM?

SHAFF

-JAWAPAN AKU NO!

FAIHANAH

-ALAA KAU NI..TRY LA DULU MANA LAH TAHU DIA TU JODOH KAU..

ARFA

- BUKA SIKIT HATI BATU KAU TU SHAFF..ORANG BERKENAN BUKA JELAH PINTU HATI TU..JANGAN SOMBONG SANGAT..KITORNG NI NAK TNGOK KO BAHAGIA JE.

SHAFF

- BAHAGIA DENGAN MANGKUK TU..NOWAY! AKU BENCI DIA TAHU TAK.

ADLIN

-DARI BENCI JADI SAYANG..HATI II TAU..

Arfa mengekek diruangan biliknya tatkala membaca chat groupnya. Tak sabarnya nak jumpa dia orang semua ni. Tapi tulah cuma shaff je tak dapat jumpa , jauh dekat sana urm. Entah bila dapat jumpa dia.
________________________________________________________

Seorang dapat surat , seorang dapat bunga. Pengakhirannya ke dalam tong sampah hahahah!

Share this novel

Fatiha031422
2021-02-12 02:22:49 

Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience