BAB 26

Young Adult Completed 13412

Aarizz memanaskan enjin motosikalnya sambil menunggu kakaknya bersiap. Awal pagi lagi kakaknya sudah memaksa menemaninya untuk pergi ke pasar.

"Oiii kak! Cepat laa! Nak pergi pasar je pun , tak akan nak bermake up juga er! "

Marah Aarizz.

"Ishhh sabar la! "

" Sabar , sabar juga.. aku dah tunggu kau dekat luar ni dah dekat setengah jam tau! Lagi 5 minit kau tak keluar , kau pergii sendiri..."

Sambung Aarizz kegeraman.

" Err yalah yalah. Kejap! "

Dahi Aarizz semakin menebal menunjukkan yang mood nya tidak baik pada hari tersebut.

Motosikal Aarizz terus berdesup laju membelah jalan raya tersebut. Jarak antara rumahnya ke pasar mengambil masa dalam 25 minit.

" Kau tunggu sini sekejap , aku nak beli barang...Jangan nak tinggal aku pula. "

Amaran keras diberikan oleh kakaknya kepada Aarizz.

" Ha apa-apa lah...tak nak kena tinggal , cepat sikit! Tak payah nak menggatal dekat dalam tu..err. "

Balas Aarizz. Setelah itu kelibat kakaknya mula tidak kelihatan. Aarizz mengambil telefon pintarnya yang berada di dalam poket seluar.

Sedang dia menunggu , tiba-tiba ada seorang perempuan menegurnya mesra.

" Huii baru balik kolej ke?? "

Tegur Faihanah. Aarizz angkat muka , senyuman nipis diberikan.

" Tak adalah , aku dah balik malam semalam. "

"Ooo. Rajin kau , pepagi lagi dah ada dekat pasar ni.."

Aarizz berdecit kecil.

" kerana TERPAKSA je , ikutkan hati aku ni memang tak jejaknya ke pasar ni.. tapi disebabkan kakak aku tu.. haish terpaksa juga la temankan dia..."

Jawab Aarizz sambil menekankan perkataan terpaksa itu.

" Hahah tak apalah , hari ini kau teman kakak kau...akan datang mana la tahu kot kot kau teman bini kau..."

Usik Faihanah.

" Uishh , jauh betul pemikiran kau ni..."

" Hahah. Seronok tak belajar dekat sana? "

Tanya Faihanah lagi. Muka Aarizz berubah menjadi kelat.

" Erm suam suam kuku la... "

" Pula dah. Kau kena buli ke? Atau ada masalah lain?"
Tanya Faihanah prihatin.

" Dekat sana tak ada yang buli aku pun , walaupun senior perangai macam haram juga tapi dia orang semua okey. Masalah ek? Entah la..kusut wei kepala otak aku.."

"Ooo. apa-apa pon solat jangan tinggal , insyaallah semua masalah kau boleh atasi. Oo yer lupa nak cakap , petang ni kita orang lepak dekat tempat biasa..kalau kau free jom la sekali.."

Aarizz tersengih.

"Ok terima kasih Fai..lepak erk? Pukul berapa?"

" Dalam pukul 5 ke 6 macam tu.."

"Hurm Tengok la macam mana , aku tak boleh nak janji takut aku ada hal kecemasan pula. Apa-apahal nanti aku bagitahu dalam group.."

"Wokeyyyy"

Balas Faihanah.

Lima belas minit berlalu kelibat kakaknya mula muncul. Aarizz memandang tajam ke arah kakaknya itu.

" Apa!? "

Tanya kakaknya tak puas hati dek kerana renungan tajam adiknya itu. Aarizz diam membatu. Malas mahu berbalah dengan kakaknya.

====================

MALAM

X SAHABAT FANS AAEI X

ADLIN

• Assalamualaikum gaissss! Aku bosan plus rindu lagi walaupun baru je jumpa petang tadi heheh..siapa-siapa free malam ni pukul 8 video call jom...

FAIHANAH

• Waalaikumsalam..sorry i busy hehehe....

Cehh sibuk konon...padahal free je. Adlin pantas menaip.

ADLIN

• @Faihanah Busy la sangat....

NAIMAH is typing...

SHAFF is typing...

ARISH is typing...

SHAFF

• Waalaikumusalam pukul 8 erk? Hurm nanti kalau aku free aku bagitahu korang semua...sekarang ni aku busy hahaha.

AARIZZ

• Waalaikumsalam..Vc untuk gegirl je ke macam mana?

NAIMAH

• Waalaikumsalam..okey aku on..

ADLIN is typing...

ADLIN

• @AARIZZ kalau nak join boleh je... @SHAFF err bagitahu tu awal sikit..

Selesai membalas chat tersebut. Adlin keluar dari dalam bilik tatkala ibunya memanggil untuk makan malam.

Turtt!! Turtt!! Turrttt!!

" Kau call siapa lagi tu lin? "

Tanya Arfa.

" Try call Aarizz ni...dia kata nak join sekali , alih alih aku call tak nak angkat pula..."

Jawab Adlin. Panggilannya ditolak oleh Aarizz.

" Haishh tak guna betul , dia boleh tolak panggilan aku.."

" Hahaha busy la tu...nanti nanti la call dia.."

Kata Naimah di dalam talian. Adlin memusingkan bebola matanya.

Kesudahannya hanya mereka bertinggal saja membuat panggilan video. Faihanah , Shaff , Aarizz , Emran dan Isyraff sibuk dengan kerja masing-masing.

" Korang semua sihat tak? "

Tanya Naimah.

" Alhamdulillah sihatt wei.." -Adlin

" Erm tak berapa nak sihat.." -Arfa

Adlin dan Naimah serentak memandang ke arah Arfa di dalam kamera.

" Sakit ke? "

" Haah sakit...sakit menanggung rinduu heheheh "

Jelas Arfa sambil tertawa kecil.

" Cehh rindu ke siapa? Mr blusher kau ke? Hahhaa "

Usik Adlin. Arfa menarik muka.

" Ehh kau..dah kenapa kaitkan aku dengan si Aarizz tu..err. "

Jawab Arfa dalam reaksi wajah yang masam.

"Alaa gurau sajalah...itu pon nak ambil serious... " -Adlin

Jam 10 malam , Arfa mengundurkan diri disebabkan dia ada hal pada hari esok. Adlin dan Naimah meneruskan panggilan video tersebut dengan bermacam topik.

Beberapa jam kemudian , Kantuk mula menguasai diri. Tersenguk senguk Adlin di depan kamera.

" Lain hari kita video call lagi la..aku dah mengantuk ni...nak tidur..bye good night..assalamualaikum.." -Adlin

" Halaaa relax arh..awal lagi kot.." -Naimah

Adlin membuat muka.

" Hahah yalah yalah..bye good night...waalaikumsalam..."

Panggilan ditamatkan.

============================================

Next! hahaha tunggu kayy ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience