BAB 4

Young Adult Completed 13412

Balik saja daripada sekolah , perasaan serba salah mula menerjah masuk ke dalam diri Arfa. Haish apa kau dah buat ni Arfa , tak patut aku marahkan dia orang semua tadi. Arfa terus mencapai phone nya lalu segera menaip sesuatu.

_Arfa Blur??_

- *Weii korang sorry pasal pagi tadi , aku tak patut marahkan korang semua. Masa tu aku tengah stress deepress semua ada..sorry geng*

Selesai menghantar chat ke dalam group dia bergegaa masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri serta mendirikan solat.

Plingg!
Plingg!
Plingg!
Plingg!

Amboi , setapak pon tak lepas lagi , dah berduyun duyun chat masuk ekk. Segala chat yang baru saja diterima telah selamat dibaca oleh Arfa.

_Adlin gojes??_

- *hahah sokey la beb. Bukannya aku tak kenal perangai kau macam mana en??*

_Naimah Shy??_

- *sokey la Faa , aku tak ambik hati pon*

_Shaff Sengal??_

- *hahah tak ada hal la Faa , ak okey je arh. Dah terbiasa kena marah an??*

_Fai pretty?_

- *okey beb , rest la kayy??*

Alhamdulillah lega rasanya bila dia orang semua tak ambil hati langsung pasal kejadian pagi tadii. Lantas Arfa laju menaip untuk membalas chat mereka semua.

_Arfa Blur??_

- *thanks korang??sorry again kayy. Petang ni jom lepakk tempat biasa nakk tak?*

_Shaff Sengal??_

- *arghh tak nak aku! Korang nak lepak pergi arh , tapi sorry ak tak akan join kalau mamat sengal tu ada kat snaa*

_Adlin Gojes??_

- *hahah ak on je , macam biasa kayy geng??*

- *aikk mamat sengal? Siapa do?*

_Naimah Shy??_

- *okey jumpa petang nanti?? ehh mamat sengal? Siapa tu Shaff?*

_Shaff Sengal??_

- *Haishh malas arh aku nak buka cerita tentang mamat tu. Sakit hati tahu tak*

_Arfa Blur??_

- *Arhh , takde2 kau kena gak cerita ke kami semua pasal mamat sengal tu. Kalau tak kita putus kawan!*

Sengaja Arfa balas begitu , sedangkan realitinya dia sudah pecah perut ketawa sendirian di dalam biliknya.

_Shaff Sengal??_

- *Ekk eleyhh benda siak tetiba nak putus2 bagai. Sebab benda ni je ek kau sanggup putus kawan..okeyy finee..*

_Arfa Gojes??_

- *Alorhh??plez laa Shaff. Citer laa..aku saja je ugut camtu...*

Disebabkan malas mahu melayan kerenah si Arfa , Shaff terpaksa setuju untuk ceritakan hal yang sebenarnya. Tetapi Arfa mahukan Shaff menceritakannya di depan mereka berempat bukan di dalam whatsapp.

5:15 minit petang..

Arfa dan Adlin sudah berada di kawasan taman permainan tersebut. Sementara menunggu yang lain sampai , mulut Arfa dan Adlin tak berhenti daripada mengunyah makanan ringan yang dibeli oleh mereka berdua tadi.

" Ishh mana si Shaff ni , tak akan tak datang kot"

Tanya Arfa kepada mereka semua disitu. Masing-masing memandang ke arah Arfa.

"Sabar laa Faa , kejap lagi dia sampai arh tu. Mungkin dia tengah ambil mood kot atau mungkin dia ada masalah lain..tu yang lambat."

Ujar Naimah. Arfa duduk semula dibangku batu itu. Tidak lama kemudian , kelibat Shaff akhirnya muncul juga dengan muncung sedepanya.

"ingatkan tak nak datang tadii"

Tanya Arfa.

"Huh! Ikutkan hati memang aku tak nak datang pon tadi , tapi bila difikir fikirkan balik..karang aku tak datang adalah seorang hamba allah tu tarik muka lak dengan aku..so disebabkan tu aku TERRRRRR...paksa datang"

Jelas Shaff panjang lebar. Arfa terus mencebik. Sementara yang lain hanya tertawa kecil saja.

"Haa cerita laa tentang mamat sengal kau tu.."

Shaff menjeling tajam ke arah Arfa. Setelah itu keluhan berat dilepaskan.

"Haishh sabar laa..bagi aku ambil nafas dengan sempurna dulu , boleh??"

Masing-masing merenung ke arah Shaff dengan penuh kesabaran. Tidak lama kemudian , Shaff memulakan ceritanya.

"kau orang perasan tak mamat yang pakai hoodie hitam yang duduk hujung sana tu?"

Serta merta mereka berempat mencari kelibat lelaki yang dikatakan oleh Shaff itu. Serentak dengan itu mereka mendapat pukulan manja daripada Shaff.

Puk!puk!puk!puk!

"Auchh sakit laa"

Adu Fai sambil menggosok lengannya.

"Errr tak akan sejak daripada tadi lagi kau orang semua tak perasan kehadiran mamat tu kot?"

Masing-masing mengelengkan kepala. Shaff menepuk dahi nya perlahan. Haishhh geramnya dengan perangai kau orang ni...nasib la member err.

FLASHBACK

"Abang , burger ayam double satu"

Pesan Shaff kepada abang penjual burger tersebut. Sambil menunggu burgernya siap , Shaff mengambil peluang untuk menscrol FB miliknya.

15 minit telah berlalu , burger yang dipesan olehnya itu telah pon siap. Shaff menghulurkan duit kepada abang tersebut dan segera beredar daripada tempat itu.

Dalam perjalanan menuju ke arah mereka berempat di taman , tiba-tiba bahu Shaff dilanggar oleh seseorang menyebabkan burger yang berada ditangannya itu terjatuh.

"Woii agak kau jalan pakai lutut ke ha!! Tak akan kau tak nampak aku sebesar gajah ni kot!"

Hambur Shaff kepada seorang lelaki yang berada dihadapannya itu. Lelaki yang memakai hoodie hitam tertutup itu hanya tersenyum sinis.

"Oppss sorry. Tadi saya jalan guna mata hati bukan mata ni , sebab tu saya tak nampak awak lalu sini tadi. Sorry yer"

Err ayat. Sweet talker betul. Arghh!! mampos arh sana sweet ke tak ke , yang penting burger aku dah kotor!

"Amboii , kau blaa macam tu je erk? Burger aku ni macam mana?"

Lelaki tersebut menoleh ke arah Shaff kembali. Burger Shaff yang kotor itu dipandang sepi olehnya.

Duit 10 ringgit dihulurkan kepada Shaff. Shaff mengambil duit tersebut dengan kasar.

"Terima Kasih!"

Setelah itu Shaff terus beredar meninggalkan lelaki tersebut. Lelaki itu hanya tersenyum nipis.

"Sama-sama awak"

END FLASHBACK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience