BAB 2

Young Adult Completed 13399

KRINGGGGGG!!!

Aariz , Emran dan Isyraf berjalan saing menuju ke arah parking motosikal. Dalam perjalanan ke sana , tiba-tiba nama Aariz dipanggil oleh seseorang daripada arah belakang.

"Aarizz!!"

Langkah dihentikan , Aariz menoleh ke arah belakangnya. Kelihatan Adam sedang tercungap cungap mengambil nafasnya semula. Suatu senyuman nipis dilemparkan ke arah Aariz.

"Apahal?"

Tanya Aariz.

"Nahh , secret admirer kau bagi"

Jelas Adam sambil menghulurkan sekotak coklat kepadanya. Aariz hanya memandang sepi ke arah kotak coklat tersebut. Tidak berminat untuk menerima pemberian daripada 'secret admirer' nya itu.

"Kau makan je laa , aku bukannya minat sangat coklat-coklat ni"

Adam terkedu.

"Pulak dah , dia bagi dekat kau bukan dekat aku. Bro , kau tak kesian ke dia ke wei? Penat-penat dia belikan coklat ni dekat luar negara semata mata nak bagi dekat kau. Tup-tup kau tak nak , hancur lebur do hati dia"

Aariz tersenyum sinis. Siapa suruh kau belikan aku coklat semahal ni sedangkan kau dah tahu jawapannya yang aku tak akan terima apa-apa pon pemberian daripada kau!

"Hancur? Biarkan la. Memang tu aku nak. Oo yer , satu lagi kau kata ke 'dia' lain kali tak payah nak bagi macam-macam hadiah sebab aku tak akan pernah terima pemberian daripada dia tu."

Membuntang sedikit mata Adam. Dia seakan tidak percaya akan jawapan yang keluar daripada mulut Aarizz sebentar tadi. Aarizz menyambung semula langkahnya diikuti oleh Emran dan Isyraf.

"Weii rizz , asal kau tolak pemberian secret admirer kau tu? And gaya kau cakap seolah olah kau tahu siapa secret admirer kau tu? Siapa dia Rizz"

Tanya Isyraf memecahkan kesunyian disitu. Aarizz memandang ke arah muka Isyraf dengan muka yang kelat.

"memang aku kenal siapa minah tu. Tapii sorry aku tak boleh bagithu siapa dia."

"Oo kiranya minah tu pernah buat hal dengan kau laa ni"

Duga Isyraf. Arish tersenyum nipis. Belum masanya untuk aku bongkar siapa sebenarnya secret admirer aku tu. Permainan ni belum tamat lagi. Arish terus menunggang motosikalnya dan meninggalkan kawasan sekolah dengan segera.

?????

_Adlin gojes??_

*Gaiss!! Petang ni lepak tempat biasa nak tak?* ??

Dua minit kemudian , chat mulai dibalas. Adlin tersenyum puas.

_Arfa Blur??_

*on je , tak tahu lak yang lain camne an??* ??

_Fai pretty?_

*Time?* ??

_Naimah Shy??_

*On je. Kau setkan time biler nnty ak dtg??* ??

_Adlin gojes??_

*time mcam biasa pkul 5ptg. Jngn lupa bawak apa y ptut untuk dikunyah nanti yer????* ??

_Fai pretty?_

*orait beb??* ??

_Naimah Shy??_

*okey* ??

Selepas membalas chat daripada mereka semua. Adlin terus mencapai tuala dan bergegas memasuki tandas.

Mengerling ke arah jam di dinding , masih awal lagi untuknya bersiap. Adlin bingkas bangun menuju ke arah meja belajarnya. Sementara ada banyak masa ni , lebih baik aku siapkan kerja sekolah. Nanti malam tak payah dah nak buat.

Pling!

Aik siapa lagi yang chat ni , haishh kacau betul laa. Nak fokus pon tak boleh! Aplikasi whatsapp segera ditekan.

_Shaff Sengal??_

*ak sentiasa on????y pnting ak dpt lepaskan rindu ak pda crush ak????*

Adlin membuat rolling eyes. Tak sudah dengan crush dia tu err.

_Ayra Gojes??_

*apa2 jelah cik Shaff oi. Y pnting kau dtg????*

Data segera dimatikan tatkala chat sudah dibalas. Aman rasanya bila tak ada gangguan dari phone mahupon diluar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience