BAB 3

Young Adult Completed 13412

Rabu.

Aarizz meneliti pernampilannya dihadapan cermin. Baju kadet bomba sudah tersarung kemas membaluti tubuh badan Aarizz. Hensem juga kau ni Rizz , tapi tulah sehensem macam ni pon tak ada orang nak hurmm. Sedihnya laa.

Aarizz terus keluar daripada biliknya menuju ke arah luar rumah. Motosikalnya segera dihidupkan sementara dia sedang sibuk mengikat tali kasutnya.

Setibanya diperkarangan sekolah , semua mata tertumpu kepadanya tatkala dia melalui kaki lima itu. Aarizz menghiraukan saja pandangan-pandangan itu. Huh! Pandang aku dah tak berkerlip mata , macam mana agaknya kalau korang semua ni nampak hantu. Conform terkeluar biji mata korang tu kan hahahah.

Tertawa kecil Aarizz apabila membayangkan perkara tersebut. Tiba-tiba namanya diseru daripada belakang.

"Aarizz!!"

Haihh dia ni lagi. Kalau sehari tak cari aku tak boleh ke. Rimas der.

"hmm?"

"hahaha aku cuma nak tanya. Apa rahsia kehenseman kau ekk"

Aarizz berdecit kecil. Apa punya soalan laa. Aarizz menyambung semula langkahnya. Adam mengekorinya lagi.

"Rizz..jawab laa"

"Jadi kejam. Dari situ orang akan pandang kau dengan pandangan yang tak dapat bayangkan laa"

Balas Aarizz. Adam mencebik. Haih aku tanya serious kau jawab memain pula eaa.

Sampai dipondok pengawas , Aarizz menurunkan beg galasnya. Baru saja dia mengeluarkan buku catatan dari dalam begnya , telinganya terdengar akan ada seseorang sedang mencarinya.

"Siapa Aarizz erkk?"

Tanya Adlin kepada dua pengawas lelaki dihadapannya itu. Aarizz melihat ke arah Adlin. Belum sempat dua orang pengawas lelaki itu menjawab , Aarizz terlebih dahulu mencelah.

"err..."

"Aku Aarizz..kenapa kau cari aku?"

Soal Aarizz dingin. Adlin memandang Aarizz yang sedang mengaturkan langkahnya ke arahnya.

" Ehh jangan salah faham pula. Aku tak cari kau pon. Yang cari kau tu Ryan , dia nak jumpa kau dekat bilik pengawas sekarang"

Dia lagi!? Apa pula kali ni. Arghhhh semak la jantan ni , pepagi dah buat mood aku kelaut! Aarizz mengetap rahangnya dengan kuat. Setelah itu dia baru beredar daripada tempat tersebut.

?????

"Oii Faa , dari tadi aku tengok kau termenung je. Kau fikirkan siapa?"

Tanya Naimah. Arfa yang baru tersedar ke alam nyata itu terus memandang ke arah Naimah kebingungan.

"Ha? Apa dia?"

Meledak ketawa mereka berempat disitu. Nampak sangat si Arfa ni syok termenung sampaikan tak boleh nak fokus pada perkara lain.

" Ishhh korang ni!! Aku tanya betul-betul ni! Yang ketawa kenapa!?"

"Ekk eleyh minah ni , dia yang tak fokus lepastu nak marahkan kita pula"

Balas Shaff. Dek kerana malas mahu melayan mereka semua , Arfa terus mengangkat punggungnya kehadapan barisan.

"Oii Faa!!tak akan benda kecik macam tu kau nak sentap kot..halamakk dia nii"

Bidas Shaff semula mengakibatkan semua murid memandang ke arah mereka berempat disitu.

"Shaff! Kalau yer pon perlahankan la sikit suara kau tu. Semua tengok kot haishh"

Tegur Naimah.

"perlahan? Hahah sorry memang sejak kecik lagi suara aku macam ni. So ikut suka aku nak kuat ke selow haha"

Naimah menepuk dahinya. Ishh minah ni , makin ditegur makin menjadi pula perangai. Apa la nasib aku dapat member macam ni haih.

"Errr sengalnya kau ni. Kau nak kena tulis nama ke baru kau nak diam??"

Tegur Adlin pula. Shaff memandang ke arah Adlin sambil tersenyum sinis.

"Nak tulis nama aku. Silakan arh. Sikit pon aku tak kisah. Lagipon nama aku dah sememangnya popular dikalangan cikgu disiplin. So apa nak takut?"

Adlin , Naimah dan Faihanah terus mengelengkan kepala mereka melihat perangai Shaff itu. Haishh minah ni tak pernah nak serik laa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience