BAB 17

Young Adult Completed 13399

Tahun tersebut merupakan tahun terakhir untuk shaf. Rancangan untuk mengambil SPM bersama sama lebur apabila keluarganya terpaksa berpindah ke tempat lain.

Shaff berjalan keseorangan menuju ke arah mereka semua. Memang dia sengaja untuk melewatkan perjalanannya ke sekolah.

Punggung dilabuh , beg galas diturunkan. Adlin memandang pelik ke arahnya.

"Kau kenapa? Period ke? Muka mudi semacam je.."

Tanya Adlin. Shaff angkat muka. Senyuman tawar diberikan.

"Tak ada apa laa...aku cuma tak ada mood je. "

Giliran Naimah pula memandangnya pelik. Tak pernah-pernah minah ni macam ni. Mesti ada sesuatu terjadi ni.

"Tak ada mood? Tak pernah-pernah pon macam ni. Biasanya kalau kau tak ada mood pon melayan je kitorang ni. Cerita laa , apa masalah kau. "

Shaff menunduk. Tak lama kemudian perhimpunan sudah pon dimulai. Macam mana aku nak cakap ni. Haish mesti lebur punya hati diorang. Tapi hujung tahun dah tak lama dah , nak tak nak aku terpaksa cakap juga.

WAKTU REHAT.

Shaff termenung sambil menyuap kuih karipap ke dalam mulutnya. Mereka berempat perasaan akan perubahan Shaff itu.

Papp!!

"Jauh termenung!"

Sergah Fai. Shaff memandang kebinggungan.

"Ha?"

"Apa ha? Kau tu , lagi tadi termenung tak sudah. Fikir apa?"

Tanya Adlin pula. Shaff menunduk semula. Kuih karipap diletakkan diatas meja.

"Kau kenapa ni? Macam besar je masalah kau?"

Tanya Naimah. Shaff diam.

"Mamat sengal tu ganggu kau lagi ke shaff?"

Tanya Arfa pula. Serentak semua memandang ke arahnya.

"Haishh bukan pasal dia arh..ni pasal aku.."

Balas Shaff.

"Kenapa?"

Shaff melepaskan keluhan tatkala Adlin menyoalnya lagi. Bagitahu jelah diorang , lambat laun nanti diorang tahu gak.

"Tahun depan aku dah tak sekolah sini. Aku kena pindah atas urusan keluarga..."

Luah Shaff. Walaupon berat tetapi dia terpaksa juga luahkan. Wajah masing-masing berubah mendung.

"Alaaa kenapanya? Tak payah laa pindah..."

Ujar Arfa.

"Otak kau , kalau aku tak pindah aku nak duduk dengan siapa dekat sini?"

Balas Shaff lagi.

"Alaaa rumah Adlin ada , tak pon rumah aku...haish tak payah la pindah Shaff...."

"Tak apa arh Fa , aku tak nak susahkan kau dengan lin atau sesiapa pon...ada rezeki kita jumpa balik , kita berkumpul balik macam ni kayy...jangan risau arh , aku tak akan lupakan korang.."

Ujar Shaff. Masing-masing sudah menunduk.

"Weii apa ni? Aku nak pindah je kot , bukan pergi berperang hadoi laa..relax laaa"

Pujuk Shaff. Masing masing membalas dengan senyuman nipis. Berat sangat hati nk tinggalkan tempat ni , banyak sangat kenangan yang terjadi dekat sini.

-------------------------

Bab terpendek hahaha. dan bab yang tak ada kaitan dengan Arish...sorry guys. setakat ni je aku mampuu...kepala pening gila niii..pape pon harap korang semua suka arhh dengan bab 17 ni :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience