BAB 13

Young Adult Completed 13399

"Rizz , kalau aku tanya jangan marah tau"

"Apa dia?"

Balasnya dingin. Emran menjadi serba salah apabila Aarizz membalas begitu.

"err...kau dengan Arfa tu bergaduh ke?"

Aarizz memandangnya tajam. Gulp! Mati la nak. Dah kata jangan , tapi kau degil juga. Kan dah mendapat.

"tak apa la Rizz. Soalan aku tu tak payah la kau jawab. Anggap je bunyi langau..."

Ujar Emran lagi. Aarizz menunduk sambil melepaskan keluhan.

"Aku tak bergaduh pon dengan dia..and tak ada sebab nak bergaduh pon..."

"Habis tu kalau kau orang tak bergaduh , kenapa aku tengok kau orang macam dah berenggang. Tak macam selalu?"

Soal Isyraff pula.

"Aku dah buat keputusan untuk jauhkan diri daripada dia..."

"sebab?"

"Selama ni aku rasa macam aku ni syok sendiri faham tak? Aku yang beria nak dekat dengan dia sedangkan dia tak selesa dengan aku atau lebih tepat dah meluat."

Terang Aarizz.

"Meluat? Mana kau tahu dia meluat dengan kau?"

"cara dia layan aku dah lain laa. Macam dia terpaksa berkawan dengan aku..aku tak suka macam tu.."

Balas Aarizz. Roti ditangan diratah sekejam yang boleh.

"Kenapa kau tak tanya dia depan-depan?"

Sambung Isyraff lagi. Emran turut angguk dengan kata-kata Isyraff tadi.

"kau bodoh ke apa nak suruh aku tanya benda tu. Memang bertambah meluat la dia dengan aku..."

Isyraff tersenyum nipis.

"belum cuba belum tahu kan.."

Diam. Patut ke aku tanya dia depan-depan? Mampu ke kau hadap dugaan yang datang selepas tu , Rizz.

========

Mata Adlin sedari tadi tidak beralih daripada terus menatap wajah crushnya itu. Sambil menyuap nasi sambil mencuci mata.

"Oiii makan , bukannya usha crush kau tu"

Tegur Syaff. Adlin mengendahkan saja. Matanya terus memandang saja ke arah crushnya yang berada dimeja sana.

Aysar yang perasan akan ada sepasang mata sedang ralit melihat perbuatannya itu terus memberikan senyuman kepada Adlin.

"Dia senyum ke aku wei...."

Kata Adlin bahagia. Masing-masing sudah membuat muka menyampah disitu.

"Elehhh jeleous arh tu"

Sambung Adlin.

"me? jeleous? eeeuuu Please laa.."

Balas Faihanah.

"kau aku faham laa , tak akan jeleous sebab dah ada pakwe. Yang lain-lain tu kan masih single , takut ada yang jeleous pula hahah"

Ujar Adlin kembali. Faihanah pula sudah mengekek ketawa disitu.

Tatkala waktu rehat berbaki sepuluh minit lagi , mereka berlima mula bergerak ke arah yang sama.

"Fa , kau dengan si pengawas tu apa cerita?"

Soal Faihanah tanpa sedikit pon rasa serba salah. Masing-masing memandang ke arah Faihanah dengan riak wajah yang geram.

"Apa? Salah ke aku tanya?"

Adlin menepuk dahinya. Shaff dan Naimah pula sudah mengelengkan kepala.

"Cerita apa? Aku dengan dia okey jelah. Lagipon aku rasa dia dah ada makwe kot , sebab tiap kali bertembung..dia mesti akan pandang tempat lain..."

"Ha? Serious arh dia dah ada makwe? Mana kau tahu Fa?"

Tanya Adlin dengan reaksi wajah yang terkejut.

"Aku tengok cara dia je. Yalah sebelum ni kalau kita orang terserempak dekat mana-mana mesti dia tegur. Kali ni tak pulak..tu yang aku rasa dia dah ada makwe..."

"Ooo kiranya andaian kau jelah ni?"

Angguk. Mengerling ke arah jam , Arfa segera beredar daripada tempat itu.

"Okey laa kau orang , aku balik kelas dulu tau. Jumpa balik nanti..byee"

Lambaian sebagai balasan. Adlin mula mengerutkan dahinya. Aik mustahil si Aarizz tu dah ada makwe? Tapi kalau betul andaian si Arfa tu macam mana?

"Derr..kau fikir apa?"

Tanya Shaff.

"Fikir tentang kata-kata Arfa tu tadi la...aku jadi tak puas hati tahu tak"

Jawab Arfa. Setelah itu mereka berempat terus ke arah anak tangga dan menuju ke kelas masing-masing.

Sampai dikelas , mata Adlin memandang ke sekeliling kelas. Kelibat Aarizz tidak kelihatan. Yes!peluang aku!

"Weii kau orang , aku nak tanya sikit ni"

Sergah Adlin kepada Isyraff dan Emran.

"salam tidak apa tidak , main sergah je kerja kau kan..err"

Marah Isyraff. Adlin membuat muka seposen disitu.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..ha nak tanya apa"

Adlin , Faihanah dan Syaff duduk serentak ditempat duduk masing-masing. Maklum laa seminggu lepas cikgu sudah mengarahkan untuk mereka duduk menjadi sebuah kumpulan. So ceritanya , mereka berenam dalam satu kumpulan yang sama.

"Aarizz dah ada makwe ke?"

Isyraff dan Emran berpandangan lalu ketawa mereka meletus disitu. Adlin pula sudah membuat muka serious dihadapan Emran.

"Orang tanya serious ni!"

Nada suara ditinggikan sikit.

"okey-okey sorry. Apa soalan kau tadi? Aarizz tu dah ada makwe ke?"

Angguk. Malas mahu mengulang kembali soalan yang sama.

"Makwe celah mana wei? Setia pada yang satu tu..."

"Ooo..ermm"

Adlin terdiam. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

"by the way , kenapa kau tanya macam ni ea? And siapa cakap yang si Aarizz tu dah ada makwe?"

Tanya Emran pula.

"Andaian si Arfa. Tu la sebab kenapa dia orang dah tak bertegur lagi..."

"Ha? Kenapa dia orang dah tak bertegur? Gaduh ke?"

Celah Faihanah. Masing-masing memandang ke arahnya.

"err..lambat la kau ni. Nanti laa aku cerita..."

Marah Adlin.

"erm k..tanya pon marah"

Adlin hanya memberikan jelingan kepada Faihanah.

"Habis tu apa rancangan kau?"

Tanya Isyraff. Tatkala mahu memberikan idea , kelibat Aarizz muncul. Haish masa-masa macam ni laa kau nak masukkan err.

"kau orang membawang tentang siapa tu??"

Tanya Aarizz dingin. Satu persatu wajah dilihat dengan pandangan yang mencurigakan.

"dia orang ni ha sibuk sangat nak tahu kenapa setiap kali cikgu suruh kau baca text atau masa kau tengah marah , muka kau bertukar jadi merah...so aku jawab laa , mungkin masa mak kau mengandungkan kau..mak kau banyak makan cili..tu yang keluar anak merah menyala..hahaha"

Cover Isyraff. Adlin menarik nafas lega.

"Kurang ajarr kau...err..semula jadi laa bukannya merah sebab mak aku makan cili.."

Marah Aarizz.

"Ishh kau ni tak baik laa.."

Ujar Adlin pula bagi menyorokkan keadaan yang sebenar. Isyraff dan Emran tertawa disitu.

--------------------

Sorry guys , kalau cerita aku ni MEMBOSANKAN...and minta maaf sangat ii sbb lambat update...busy dengan macam ii benda...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience