BAB 14

Young Adult Completed 13399

Suasana dikelas 4 Sains Pertanian menjadi riuh rendah apabila ketiadaan guru mengajar. Masing-masing rancak berbual dengan pelbagai topik.

"Guys!! Cikgu ganti suruh kita semua masuk library. "

Kata Hazrul senada.

"Hadoii yang kau pergi setuju tu dah kenapa. Tahu tak library tu membosankan..."

Keluh salah seorang pelajar dikelas itu. Masing-masing sudah menunjukkan tanda protes. Kaki tidak mahu berganjak daripada tempat duduk.

"Guys! Come on laa..bagi arh kerjasama sikit."

"bukan kami taknak bagi kerjasama , masalahnya library tu puaka tahu tak. Banyak benda"

Celah Aarizz selamber. Masing-masing memandangnya dengan reaksi wajah yang sukar digambarkan.

"Mulut kau celaka juga erk , Rizz. Dah la kau orang. Jom jelah pergi library tu..karang cikgu ganti tu datang sini marah , dah jadi satu hal pula.."

Ujar Farisha. Dengan langkah terpaksa mereka semua bergerak menuju ke arah perpustakaan sekolah.

Mata dan tangan lincah mencari buku untuk dibacanya. Sebuah buku novel diambil lalu sinopsis buku dibaca. Hurmm boleh tahan juga cerita ni. Kaki diatur mata pula fokus memandang buku.

Kedebukk!!

"Sorry"

Ujar Aarizz tanpa melihat gerangan yang dia langgar itu. Arfa mendongak memandang ke arah Aarizz yang telah berlalu pergi itu. Ishh dia pergi macam tu je? Ermm nampak sangat laa kau dah mula bencikan aku kan.

Setengah jam berlalu , novel telah habis dibaca. Aarizz menutup bukunya itu sambil mata memandang ke arah sekeliling. Pandangannya dialihkan semula ke arah seseorang yang cukup dia kenali.

Dalam diam matanya memerhatikan tingkah laku Arfa di dalam perpustakaan itu. Arfa perasan akan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

Huh!dia ni lagi. Tak ada orang lain ke. Dah la langgar orang tadi. Minta maaf lepas tu blaa macam tu je..err. Arfa membuat tak endah disitu akibat masih marah dengan kelakuan Aarizz sebentar tadi.

========

AHAD.

Awal pagi lagi Arfa sudah berada diluar rumah untuk aktiviti pemanasan badan. Sudah menjadi rutin hariannya bila hari ahad menjelma.

Taman yang biasa mereka melakukan senaman dituju oleh Arfa. Dia berjoging bersendirian bertemankan kain tualanya dan lagu-lagu kpop dari kumpulan BTS.

Di pertengahan jalan , langkah Arfa semakin perlahan tatkala matanya menangkap sosok tubuh seorang lelaki bersama seorang perempuan. Patut pon sejak-sejak ni dia dah tak tegur aku. Rupanya dia dah ada kekasih hati. Hahaha bagus la kalau macam tu , aman hidup aku.

Larian disambung semula melalui depan Aarizz dan perempuan tersebut. Arfa hanya melemparkan senyuman saja ke arah Aarizz. Sementara Aarizz pula sudah tergamam disitu.

"Ishh , Rizz...awak tengok siapa tu?"

Ngomel perempuan itu dalam nada yang gedik. Menebal dahi Aarizz apabila suara itu menganggunya lagi.

"Arghh semak laa kau!"

Marah Aarizz. Lalu langkahnya diperbesarkan mengejar Arfa dihadapan. Lima belas minit kemudian , kelibat Arfa lesap dari pandangan mata Aarizz. Hadoi mana pula dia ni pergi.

Dahinya berlapis kembali. Kenapa dia senyum macam tu ek? Atau jangan-jangan dia ingat perempuan sewel tu makwe aku? Ahh masak gini. Aarizz menguak rambutnya ke belakang. Kusut fikirannya.

=======

Moto segera ditongkat. Helmet pula segera dicabut dari kepalanya. Rambutnya dikemaskan semula. Setelah selesai segalanya , Aarizz mengatur langkah ke arah tapak perhimpunan.

"Weii Aarizz!!"

Ujar Adam dari arah tepi. Aarizz mula menjadi rimas apabila Adam semakin menghampirinya.

"Nahh...dia bagi"

Ujar Adam sambil menyuakan sebuah beg. Aarizz memandang kosong. Hatinya tidak sedikit pon ingin menerima pemberian tersebut.

"Wei kau tengok je? Ambil laaa"

Adam memaksa Aarizz untuk menerima pemberian tersebut. Aarizz menghentikan langkahnya. Pandangannya menikam tajam ke arah Adam.

"Kau cakap dekat perempuan gedik tu , Cukup-cukup laa bagi aku hadiah!"

Marah Aarizz sambil melemparkan beg tersebut tepat mengenai muka Adam. Aarizz berlalu pergi dalam keadaan marah.

Tamat saja perhimpunan pagi , Fatin sudah tercongok dihadapan Aarizz. Aarizz melepaskan keluhan lalu memberikan jelingan kepada perempuan tersebut.

"Aarizz , i nak cakap dengan u sekejap!"

Kata Fatin dalam nada yang keras. Aarizz menoleh ke belakang.

"Kau nak apa lagi?"

"Kenapa u tak pernah nak terima apa-apa pon pemberian daripada i? Kenapa u selalu reject Riz? Apa kurangnya i dimata u? I tak cantik ke rizz? JAWAB LAA!"

Raung Fatin. Aarizz tersenyum sinis. Mata-mata disitu memerhatikan gelagat mereka berdua. Sementara Arfa pula sudah mengalihkan pandangannya.

"Aku reject semua tu bukan sebab benda lain laaa..."

"Habis tu sebab apa!?"

Aarizz mengepalkan penumbuknya. Mukanya sudah menjadi merah seperti biasa.

"SEBAB AKU DATANG SEKOLAH NAK TUNTUT ILMU BUKAN NAK BERCINTA DENGAN PEREMPUAN MACAM KAU NI! KAU FIKIR AKU ADA MASA KE NAK LAYAN SEMUA KERENAH KAU!..."

Tengking Aarizz menyebabkan semua orang disitu terdiam. Fatin sudah menangis teresak esak dihadapan Aarizz.

"and please stop kejar aku...kau cantik , kau layak dapat yang lebih baik daripada aku."

"NO! I tak nak orang lain. I nak u seorang."

Aarizz mengeleng. Gila! Aarizz menyambung semula langkahnya. Segala raungan daripada Fatin diendahkan saja. Emran dan Isyraff mula mendapatkan Aarizz.

"Wei tak baik do lukai hati perempuan..."

Kata Isyraff. Aarizz hanya memandang ke arah hadapannya. Api kemarahannya masih membara di dalam jiwa.

Emran pula menepuk bahu Isyraff memberikan Isyraff supaya diam. Bagi masa untuk Aarizz bertenang dulu.

---------------------------------------

Idea kelaut mati guys! seriously aku rasa nak menjerittt!! rasa menyampah giloossss bila baca balik bab ni... aku rasa bab ni antara yang paling teruk arh dari bab lain. pada pandangan aku laa..tak tahu laa korang macam mana pula kan hahahaha. apa-apa pon , aku harap y membaca ni enjoy and faham la apa yang aku sampaikan heheheh. terima kasih....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience