BAB 16

Young Adult Completed 13399

Jam 0645 minit pagi , Shaf mula berjalan kaki menuju ke arah jalan kecil yang menghubungkan sekolahnya. Sudah menjadi kebiasaannya pergi sekolah seorang diri melalui jalan sunyi sepi itu.

Sampai dipenghujung jalan , shaf tersenyum tatkala melihat Naimah yang baru saja turun daripada van sekolahnya itu. Mereka berdua berjalan saing memasuki perkarangan sekolah.

Mereka berlima saling bergurau senda ditapak perhimpunan tersebut. Kadang kala Adlin geram terhadap Arfa dan Shaf yang blur itu.

"Haii , boleh aku join sekali?"

Sapa Aarizz. Semua memandang ke arahnya. Wajah Arfa yang ceria tadi serta merta berubah menjadi mendung. Tanpa sebarang kata , Arfa terus bangun dan menuju ke dalam barisan kelasnya. Menebal dahi Adlin , Shaf , Faihanah dan Naimah memandang tingkah laku Arfa itu.

"Er..tak apa laa..."

Kata Aarizz lagi seraya ingin menyambung langkahnya semula.

"Sekejap!! kau duduk dulu!"

Aarizz berpaling , seperti biasa dia mengosok belakang tengkuknya untuk menghilangkan rasa gementarnya. Emran dan Isyraf terus berjalan ke arah hadapan.

"Tiga-tiga! Bukan Aarizz seorang."

Ujar Adlin tegas. Gulp! Mati la nak. Emran dan isyraf tersengih.

"Gaduh lagi?"

Tanya Adlin tak puas hati. Aarizz menunduk sambil bermain batu disitu.

Pap! (pukul guna buku nipis)

"Aduh! Sakit laa!"

"Kalau tak nak rasa dua kali ganda sakit , lebih baik kau cerita..."

Ugut Adlin. Aarizz menunduk lagi mencari kekuatan untuk menceritakan hal sebenar.

"Ceritanya macam ni....."

Mereka berempat memasang telinga dengan teliti. Aarizz menceritakan segala perkara yang berlaku.

"Fatin mana?"

"Budak tingkatan 2 ibnu sina , pengawas sekolah.."

Adlin angguk faham. Aarizz pula serba tak kena apabila melihat wajah Adlin yang tiba-tiba berubah itu.

"Kau nak buat apa? Jangan macam-macam..."

Tanya Aarizz ketakutan.

"Aku nak jumpa budak tu , member baik aku si Arfa tu bercinta pon tak datang mana nak jadi perampas!"

Air liur yang terasa pahit itu ditelan keras. Emran dan Isyraf sedari tadi hanya tersenyum saja.

"Wei lin , tu ha Fatin..."

Tunjuk Faihanah kepada Adlin. Adlin menoleh ke sisi kirinya memandang seorang perempuan berpakaian merah maroon itu. Huh!nampak sangat kau anak orang kaya , and cara jalan kau tu pon aku dah boleh agak yang kau ni seorang yang gedik!

----------

Waktu balik , daripada jauh lagi Arfa menjerit nyaring ke arah rakan-rakannya itu. Dia yang berlari seakan burung penguin itu mendapat perhatian kepada semua orang yang melihatnya.

"Dah kenapa pula member kita yang seorang tu..."

Tanya Faihanah seiringan tertawa kecilnya.

Arfa memegang bahu Naimah. Dia mula mengambil nafas semula selepas penat mengejar mereka.

"Kau ni kenapa? dah la lari serupa burung penguin hahaha"

Gurau Adlin. Arfa mencebik.

"Eeee jahatnyaaa!"

"Orang gurau jelah..haish. Kenapa?"

Sambung Adlin lagi. Arfa menarik nafasnya sedalam dalam yang boleh.

"Aarizz cerita apa je dekat korang semua?"

"Dia tak cerita apa-apa..aku yang suruh dia cerita semuanya. Nak tunggu kau cerita , aku rasa sampai aku dah kahwin pon kau belum tentu akan ceritakan..."

Balas Adlin selamber. Mereka berlima menyambung langkah. Arfa menunduk.

"Fatin gedik tu jumpa kau ke?"

Arfa geleng laju.

"habis tu , kalau dia tak jumpa kau..kenapa kau tanya? Dan macam mana kau tahu?"

Diam. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Arfa. Adlin hanya tersenyum nipis. Haih faham sangat dah perangai kau ni macam mana fa. Tipu laa aku sebijak mana , aku tahu juga nanti.

FLASHBACK!

"Woi perampas! Tak sangka pula aku yang kau ni kaki ngadu ek?"

Ujar Fatin yang tiba-tiba saja menerjah masuk ke dalam kelas 4 sains 1 itu. Arfa kebinggungan.

"mengadu? Apa kau cakap ni?"

"Huh! Tak payah nak buat-buat tak tahu laa! Pasal benda ni , hal remeh macam ni perlu ke kau mengadu dekat kawan-kawan kau yang lain? Tak boleh nak settlekan one by one? Atau kau takut kalah sebab tu kau ngadu?"

Balas Fatin sinis. Arfa kegeraman. Aku tak pernah pon cerita masalah aku dekat kawan-kawan aku. Melainkan ada yang bagitahu.

"Asal diam? Jawab arh!"

Sambung Fatin lagi. Semua di dalam kelas memandang Arfa.

"Haish kau ni kan! Membuang masa aku laaa!"

Tangan dinaikkan mahu menampar muka Arfa yang putih itu tetapi dihalang oleh tangan seseorang.

"Kau apahal nak tampar-tampar orang!? Adab kau dekat mana? Dekat tapak kaki ke!?"

Marah seorang lelaki. Arfa memandang ke arah pelajar lelaki itu. Dia kenal pelajar tersebut.

"Yang kau ni sibuk nak masuk campur kenapa!? Ni urusan aku dengan dia arh. Atau.. kau ni scandel perempuan perampas ni?"

Tanya Fatin sinis.

"KAU JANGAN SESEDAP MULUT NAK KATA AKU PERAMPAS!!! AKU DENGAN AARIZZ BERCINTA PON TAK CELAH MANA KAU NAK KATA AKU NI RAMPAS DIA DARIPADA KAU!! DATANG SEKOLAH UNTUK MENUNTUT ILMU LAA BUKAN UNTUK JUAL MARUAH DIRI TU!!"

Mata Fatin terjengil apabila Arfa berkata begitu.

"Kurang ajar!!!"

Tangannya ditepis lagi oleh pelajar lelaki itu. Fatin terjatuh diatas lantai.

"Yang kurang ajar tu kau! Adab tak ada! Memang patut Arfa cakap macam tu dekat kau , sebab aku rasa perempuan macam kau ni datang memang nak jual diri bukan nak tuntut ilmu!"

Fatin kegeraman. Dia menangis teresak esak keluar daripada bilik darjah itu. Arfa pula sudah terduduk dikerusinya semula. Perlahan lahan air matanya membasahi pipinya.

END FLASHBACK.

---------------------------------------

amek ko , kan Arfa dah mengamuk..cabar lagi kesabaran si Arfa kan...PADAN MUKA! MUAHAHAHAHAHAH!

ehh nanti jap? siapa pelajar lelaki yang mempertahankan Arfa tu???

JAWAPAN AKU: ENTAHH...HAHAHAHAHAHAH!!

===========

Maaf sekali lagi sebab lewat update...bukan kehendakku untuk berbuat sedemikian..maafffff sangat ii...and mungkin cerita ni AKAN DIPENDEKKAN sebab aku dah terlampauuuuuuuuu ketandusan IDEA...sorry kayy. macam biasa , harap korang enjoy dengan bab 16 ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience