BAB 22

Young Adult Completed 13399

KAFE.

Aarizz menyuap mi goreng ke dalam mulutnya. Matanya hanya menunduk memandang ke permukaan meja. Sementara Alif , Afiq dan Emran bergelak sakan disitu dengan pelbagai topik yang mereka bualkan.

"Wei Rizz , asal senyap ni..join laa kita orang ni sekali..."

Tegur Afiq.

" Tak berminat la dengan topik-topik tak berfaedah macam ni.."

Balas Aarizz. Mereka bertiga terdiam. Emran memandang ke arahnya dengan kerutan.

" Kau kenapa ni? Ada masalah ke? "

Tanya Emran risau.

" Tak ada masalah pun..aku cuma tak berminat je..kau tahu kan perangai aku macam mana? "

"Ya aku tahu..tapi ada masanya kau melayan kitorang ni juga. Bukannya mudi seorang-seorang macam ni...kau kalau ada masalah cerita lah."

" Terima kasih. Tapi jangan risau , aku okey..aku tak ada masalah pun. Cuma...aku nak fokus pada pembelajaran aku je sekarang ni...aku dah tak nak main-main lagi..."

Kata Aarizz sambil menepuk sekilas bahu rakannya Emran. Punggung diangkat untuk beredar dari kawasan tersebut.

" Kau nak pergi ke mana pulak tu? "

" Library sekejap..nak cari bahan.."

Balas Aarizz lantas langkah diaturkan semula. Lebih baik aku pergi daripada sini. Tak kuasa aku nak jadi tatapan minah gedik tu er.

Alif mencuit Emran.

"Apa?"

"Kau tengok tiga orang perempuan tu..aku perhati je dia orang ni daripada tadi lagi asyik pandang-pandang ke arah Aarizz..aku rasalah kan , mungkin ni penyebab utama Aarizz diam sebab dia rimas dengan tiga ekor monyet tu...."

Terang Alif. Emran memandang ke arah tiga orang perempuan tersebut. Mungkin ada betul juga apa yang Alif katakan ni. Untungnya kau Rizz , pergi mana-mana pun mesti ramai yang tertarik dengan kau. Tapi tulah , hati kau hanya nak kan 'Dia' seorang.

============================================

" Wei Fa , laju-laju tu nak kemana? "

Tanya rakan sekelasnya. Arfa melepaskan keluhan. Dia berpatah balik ke belakang memandang tajam ke arah dua rakan sekelasnya itu.

" Aku nak beli DONUT! Dah laa semalam aku tak dapat nak beli donut makcik tu. Hari ini aku akan pastikan yang aku dapat beli DONUT makcik tu..."

Balas Arfa bersemangat.

" Ooo patut la semalam aku tengok muka kau macam cicak tercekik biji durian je..rupanya tak dapat beli donut hahahahah"

Usik rakannya lagi. Ha cicak tercekik biji durian? Biar betik? Cicak kecil kot ,biji durian pula besar? Rasanya cicak tu dah jadi arwah dulu sebelum telan biji durian tu hahahah.

" Ha benda kau orang merapu ni?

Tanya Arfa kerana tidak faham akan gurauan rakan sekelasnya itu. Rakannya hanya menertawakannya saja. Argh malas la nak layan. Lebih baik aku cepat!

MALAM.

" Burrpp!! Alhamdulillah..sorry guys. "

Ujar Arfa sambil tersengih.

" Ee kau ni..pengotornya! "

Marah rakan sebiliknya.

" Alaa aku dah minta maaf kan..bukan sengaja pon. terlepas. Sorry laa.."

" Huh terlepas konon. Muka kau tu bukan boleh percaya , kadang sengaja pun cakap terlepas.."

Balas Rakannya lagi sambil mengangkat punggung untuk ke arah dapur. Arfa sudah mengekek ketawa disitu.

" Huh! Macam ni ke bakal nurse? Aku rasa pesakit semua lari bila nampak muka kau ni.."

Ujar rakan kedua nya.

"Eh kenapa pula dia orang nak lari? Aku ada buat salah apa? "

" Yalah , dengan perangai tak senonoh kau ni..asyik sedawa sesuka suki atok nenek kau je..siapa je yang tak lari? Silap hari bulan , suami sendiri lari tinggalkan kau hahahah"

Gurau rakannya lagi.

" Ooo. Alaa Pesakit lari aku tak kisah sangat..tapi part suami lari tuuu... Hurmm aku rasa dia tak akan lari kot ,, yalah dah dapat bini yang cun melecun macam ni , tak akan nak tinggal kot HAHAHAH!"

Berdekah dekah Arfa ketawa di dalam bilik mereka. Dua orang rakannya mengelengkan kepala melihat perangai kurang sopan Arfa itu. Nasib kau orang dua la dapat member tak betul macam aku ni.
________________________________________________________

Psstt! guys! Syaa nak bagitahu sesuatu ni. mehh dekat sikit... .

(???)!

(???)!

(???)!

AARIZZ SEORANG YANG SETIA!!!

okey tu je. byeee hahahaha..

ehh-ehh nanti dulu..belum habis lagi laa... .

Baca bawah ni pulak..

ishh2 teruknya perangai si Arfa ni kan. agak ii kalau dah jadi bini Aarizz , apa reaksi Aarizz erk bila tengok bini dia perangai macam ni hahaha.. .

EHEM! EHEM! ADA LAGI NI HEHEHE.

SORRY GUYSS! IDEA KELAUT LAGI. SEMUA IDEA MERAPU YANG KELUAR. AND SYAA RASA BAB NI YANG PALING KELAUT IDEANYA. SERIOUSLY BILA BACA BALIK , SYAA RASA BERBELAH BAGI SAMA ADA NAK UPDATE KE TAK NAK. NI PON SYAA DAH TOUCH UP MANA YANG AYAT YANG TAK OKEY TU. SORRY TAU. GOOD NIGHT GUYS! LOVE YOU...

byeeeee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience