BAB 5

Young Adult Completed 13399

Selesai saja membaca Surah Yassin di dataran perhimpunan , semua murid SMK PUTRA HAWK diarahkan masuk ke dalam rumah sukan masing-masing.

"Rizz , cuba kau tengok budak perempuan dalam rumah hijau tu...daripada tadi lagi aku perasan yang dia pandang ke sini..aku syak dia pandang ke arah kau la Rizz"

Terang Emran. Rizz sedikit pon tidak menoleh ke arah pelajar perempuan yang dikatakan oleh Emran tadi.

"kalau kau nak try perempuan tu , pergi la minta number phone dia...aku sorry laa memang tak berminat dengan benda-benda macam ni"

Balas Aarizz tegas. Emran sudah menepuk dahinya.

"Ishh kau ni , bila nya aku nak try perempuan tu. Aku cuma cakap je bukannya aku nak try dia pon. Lagipon kalau aku try dia , dah tentunya aku kena ceramah free dari mama aku"

Aarizz tertawa kecil. Emran memandang pelik ke arah Aariz. Lawak pon tak ada tetiba gelak dah kenapa dia ni.

"Haa tahu pon takut kena ceramah free dari mama kau tu....habistu kau tak fikir pula aku ni?"

Aarizz menunduk memandang lantai dataran disitu.

" Aku bukannya sukakan kaum sejenis wei sampaikan tak nak couple dengan mana-mana pelajar perempuan dekat sini. Aku sendiri tak faham diri aku wei , tiap kali aku pandang dia orang semua hati aku kosong...sikit pon aku tak tertarik weii. Letak laa mana-mana perempuan yang cun melecun ke putih melepak ke depan aku , tetap kosong wei. kosong! "

Luah Aarizz disisi Emran. Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya begitu. Terkadang dia akui yang dia cemburu melihat Isyraff berjalan bersama aweknya di shopping mall sedangkan dia hanya keseorangan disitu. Teringin juga nak berjalan bersama seseorang yang aku sayang tapi hati aku kosong tatkala melihat mereka semua.

"Bro , tu maksudnya allah sayang kau. Allah tak nak kau sakit dengan benda-benda macam ni...percayalah suatu hari nanti pasti akan ada seseorang perempuan yang dapat tawan hati kosong kau tu..sabar je laaa..."

Jelas Emran sambil menepuk bahu Aarizz untuk menenangkannya. Betul apa yang kau kata ni , mungkin allah tak nak aku terluka disebabkan perkara remeh macam ni.

"Thanks bro sebab selalu ada disisi aku masa aku susah atau pon senang aku.."

"Hahahah tak ada hal laa , kau kan sahabat dunia akhirat aku"

Balas Emran lagi. Alhamdulillah terima kasih ya allah kerana kau kurniakan Emran sebagai sahabat ku. Moga hubungan persahabatan aku dan dia kekal hingga ke syurga Mu aamiin.

??????

"Auchhh!"

Adu Adlin apabila bahunya baru saja dilanggar oleh seseorang. Buta ke apa orang ni? Tak akan laa aku sebesar anak panda ni dia tak nampak kot err...memang sengaja nak makan maki aku ke apa ni.

"Maaf , saya tak sengaja"

Jelas pelajar lelaki itu. Adlin memandang ke arahnya. Niat untuk memakinya sebentar tadi terus hilang apabila melihat wajah pelajar lelaki tersebut. Subhannallah , hensemnya. Adlin terpaku melihat ketampanan milik Aysar Syahmi.

"Er..awak..awak okey ke tak ni??"

Tanya Aysar apabila melihat Adlin yang tiba-tiba saja menjadi patung cendana disitu. Adlin tersedar dari lamunannya. Mukanya membahang merah apabila teringat akan perbuatannya tadi.

"Awak?"

Soal Aysar lagi. Adlin memandang kebinggungan.

"Ha? Apa dia?"

Aysar tertawa kecil. Alahai , tolong laa jangan ketawa. Awak buat hati saya cair tahu tak..huwaaa.

"Saya tanya tadi , awak okey ke tak ni?"

"Oo , hahah saya okey..lagipon sikit je ni , tak ada la serious mana pon. "

"Oo okey la kalau macam tu , nanti kalau bahu awak tu sakit lagi datang je lah jumpa saya. Nanti saya bayarkan kos rawatan awak kayy"

Ujar Aysar. Makk aii dah laa hensem , baik lak tu. Arghh beruntungnya siapa dapat jadi girlfriend dia.

"Oo , okey"

Pelajar lelaki itu terus beredar sejurus Adlin menjawab pertanyaan dia. Sempat dia melemparkan senyuman mautnya kepada Adlin. Hadoi laa kenapa la kau senyum macam tu , kau tahu tak sekarang ni hati aku dah cair tahap habis ni...huwaaaa mama!

Dushh!!

Sekali lagi Adlin mengadu kesakitan apabila bahu kanannya pula jadi mangsa pelanggaran.

"Amboii cik Adlin , sempat lagi yer kau buat drama dekat tengah-tengah padang ni kan"

Jelas Shaff dengan riak muka yang selamber. Err dia rupanya , patut laa aku rasa macam kayu yang langgar aku tadi. Ngomel Adlin di dalam hati sambil membuat rolling eyes.

"Drama benda kau ni , tahu tak sakit!? Dah laa kiri sakit , sekarang ni kau tambah pula belah kanan errr."

Shaff tersenyum sinis.

"sure ke kiri tu sakit? Aku tengok elok je kiri tu bergerak..."

Adlin terdiam disitu.

"halahaii lupa pula aku , bahu kiri kau tadi kena langgar dengan pengawas yang mukanya ermmm..not bad laa , boleh jual...sebab tu bahu kau tu tak rasa sakit kan?"

Merona merah muka Adlin apabila Shaff mengusiknya lagi. Sementara Shaff pula sudah berdekah mengetawakannya disitu.

"Merepek benda kau ni? Dah laa lebih baik aku masuk rumah sukan aku daripada layan minah wayar putus macam kau ni"

Jelas Adlin lalu kakinya diaturkan menuju ke arah khemah rumah hijau. Cehh minah ni , kau ingat aku tak nampak muka kau tu dah berubah jadi macam kulit tomato huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience