BAB 8

Young Adult Completed 13399

Emran dan Isyraf memandang pelik ke arah Aarizz yang sejak daripada tadi lagi mendiamkan diri. Kalau berbual pun hanya balas sepatah dua kemudian senyap kembali.

"Kau apahal rizz , lagi tadi senyap je..okey ke tak?"

Tanya Emran. Aarizz mempamerkan senyuman kelat.

"jangan risau arh , aku okey je ni"

"Gila tak risau , daripada tadi lagi kau diam je. Balas pon sepatah-sepatah , lepas itu diam balik. Kau kalau ada masalah cerita Rizz , jangan pendam"

Ujar Emran. Aarizz menunduk , satu keluhan berat dilepaskan. Emran dan Isyraf saling berpandangan , kerutan di dahi menebal apabila Aarizz bersikap sedemikian.

"Kau asal ni Rizz. Cuba cerita apa masalah kau. Aku tengok macam berat je"

Tanya Isyraf pula. Aarizz menarik nafas sedalam yang mungkin. Pandangannya dihalakan ke arah padang sekolah.

"semalam masa dekat Aeon , aku terlanggar Arfa.."

"Arfa? Siapa dia?"

Tanya mereka berdua serentak. Aarizz memandang tajam ke arah mereka berdua.

"serious bro , aku tak kenal siapa Arfa yang kau cakapkan ni"

"Nuda Arfa binti Kamal. Pengawas PRS , budak kelas 3Amanah. Budak-budak sini gelarkan dia minah purple sebab barang-barang dia semua kebanyakkan warna purple. Kalau kau orang tak kenal lagi siapa dia Arfa ni , mehh sini aku hentak kepala tu dekat dinding"

Jelas Aarizz panjang lebar. Mereka berdua hanya memberi balasan O saja kepada penjelasan Aarizz itu tadi.

"Gempak arh kau Rizz , semua benda kau tahu tentang si Arfa ni..ada apa-apa ke?"

Emran mula menduga. Wajah Aarizz mula berubah menjadi merah menyala.

"Apa maksud kau ha!?"

"Bro , serious arh? Tak sangka aku secepat ni ekk"

Muka Aarizz semakin membahang kemerahan.

"sekejap! Apa kau cuba sampaikan ni Emran..serious apa? Cepat benda ni?"

Emran tertawa kecil tatkala Aarizz mempertanyakan soal itu.

"erm kalau muka dah bertukar merah menyala ni , maknanya kau ni dah terfallen love dengan si Arfa kau tu. Tak akan tak faham-faham lagi kot..."

Jelas Emran lalu sisa ketawanya disambung semula. Isyraf sudah tersenyum senget memandang ke arah Aarizz.

"tahniah rizz tahniah..moga kekal"

Ujar Isyraf sambil menepuk belakang Aarizz.

"Huhh! Kata dulu tak ada perasaan bila pandang perempuan. Rasa kosong la apa laa tapi kali ni apa certa bro? "

Sambung Isyraf semula. Aarizz bertindak mengosok lehernya itu bagi menenangkan dirinya seketika.

"Aku sendiri tak tahu wei , aku dapat rasakan Arfa ni lain daripada yang lain. Dia ada aura dia tersendiri yang membuatkan aku jadi tak tentu arah wei....haishh entah laa aku sendiri pening"

"Ooo begitu hebatnya penangan si Arfa ni dekat kau kan. Nanti rehat tunjukkan aku siapa si Arfa kau tu kayy."

Perli Isyraff. Aarizz sudah membuat muka. Tak guna punya member , sempat lagi kau kenakan aku eaa..

"Dahh laa jom sambung training!!karang kalah pula sekolah kita ni"

"Aikk ubah topik nampak. Malu ke?hahaha"

Usik Isyraf lagi. Aarizz hanya menghiraukan saja usikkan daripada Isyraff itu tadi. Seboleh bolehnya dia mengawal perasaannya ketika itu.

Alhamdulillah , akhirnya ada juga yang dapat tawan hati kau tu Rizz. Aku harap dengan kehadiran Arfa tu hidup kau boleh berubah , aamiin. Emran tersenyum nipis disitu melihat ke arah kedua sahabat baiknya itu

??????

Kringgggg!!

Loceng telah pon berbunyi. Semua pelajar di SMK PUTRA HAWK tak kira menengah rendah mahupun menengah atas , masing-masing mula menjadi zombie kelaparan menyerang kantin dan koperasi sekolah.

Begitu juga dengan Arfa dan empat rakannya yang lain.

"Guys! Kantin atau koperasi?"

Tanya Arfa.

"Aku nak ke koperasi sekejap , nak beli biskut"

Balas Shaff. Arfa mengangguk lalu pandangannya dihala ke arah Adlin , Naimah dan Faihanah.

"Kantin la , koperasi macam tak ada benda yang menarik je"

Jawab Adlin.

"Okey , mari laa kita secara berjemaah pergi ke kantin sekolah "

Masing-masing angguk. Sempat Arfa berpesan kepada Shaff sebelum mereka semua bergerak ke haluan masing-masing.

"Shaff , nanti jumpa dekat tempat biasa kayy"

Shaff hanya memberikan isyarat okey kepada Arfa.

KANTIN.

"Hurmm nak makan apa ni? Nasi goreng tawar bawar ke guys?"

Tanya Faihanah. Masing-masing sudah membuat muka.

"hishh kau ni , cuba la bagi cadangan yang bernas sikit. Bosan plus muak kau tahu tak?"

Balas Arfa. Faihanah tertawa kecil.

"Opss sorry. Aku cuma cakap je. Bukan aku cadangkan.."

Balas Fai lagi. Arfa memandang ke arah sekeliling kantin. Hurmm nasi? Noway , jemu. Try la makanan lain pula.

Arfa membontoti Ayra yang sedang beratur dikawasan tempat untuk membeli Mee goreng.

5 minit kemudian , masing-masing sedang menikmati makanan yang dibeli.

"Wei , petang ni training pukul berapa?"

Tanya Shaff memecahkan kesunyian disitu.

"tak silap aku , pukul 3 petang."

Balas Adlin. Shaff hanya membalas O. Setelah itu mereka berlima menyambung semula aktiviti melahap mereka.

Selesai segalanya Adlin , Naimah dan Faihanah mula beredar daripada kawasan itu untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas PSS. Shaff dan Arfa pula hanya duduk saja disitu memandang mereka hanya pengawas PRS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience