BAB 19

Young Adult Completed 13412

Adlin merenung telefon pintarnya yang sunyi sepi itu. Haih bosannya!

Adlin menaip sesuatu di dalam group.

ADLIN

• Wei korang , tak bosan ke duduk rumah??

Arfa is typing...
Fai is typing...
Naimah is typing...

ARFA

• tak....

FAI

• tepu dah wei otak aku..seriously bosan nak matiiiiiiiii!

NAIMAH

• sikit laa hahaha...

Adlin is typing...
Shaff is typing...

ADLIN

• kau memang laa fa , hari ii dengan novel kau memang la kau tak bosan errr.....

SHAFF

• tak berapa arh , hahaha...

Arfa is typing...
Adlin is typing...

ARFA

• Hehehehe membacakan jambatan ilmu....

ADLIN

• Jom lepak tempat biasa..yang mana jauh tu kita lepak melalui video call je kayy...

Shaff is typing...

SHAFF

• Vc? Line aku tak berapa nak bagi kerjasama arh..lain kali arh hahahah

ADLIN

• tak nak sudah...guys , mana nak join petang ni pukul 5 dekat taman biasa..byee...

Adlin terus mematikan telefon pintarnya lalu mata dipejam. Dua jam lagi , sempat lagi ni nak buat taik mata hahaha.

PETANG.

Seperti yang diperkatakan oleh Adlin , tepat jam 5 petang dia sudah berada ditaman. Dia tersenyum nipis apabila terlihat kelibat Arfa , Naimah dan Faihanah berjalan sama menuju ke arahnya.

"Ingatkan tak nak datang.."

Perli Adlin.

"Terpaksa.."

Ujar Naimah senada.

"Kau memang..."

Balas Adlin pula. Sedang mereka berempat rancak berborak disitu , satu suara yang cukup dikenali menyapa mereka semua.

"Haii kau orang..."

Ujar Aarizz. Serentak mereka berempat menoleh ke arah belakangnya.

"Ehh , mr blusher....by the way haiii..."

Kata Faihanah.

"Motif panggil aku mr blusher ni kenapa ea? Jeleous ke??"

Sindir Aarizz.

"me? Jeleous? Eeuu , tak kuasa kayy...."

Balas Faihanah yang tidak mahu mengalah itu.

"Sudahh la tuu...kita datang sini nak lepak santai je bukannya nak cari gaduhh hadoi laa..."

Tegur Adlin. Faihanah membuat muka selamber manakala Aarizz pula membuat mata ke atas.

"Hai fa..awak sihat?"

Arfa yang sedari tadi makan itu sedikit tersedak apabila Aarizz menegurnya.

"Alhamdulillah sihat...awak??"

"Alhamdulillah saya sihat je...lama tak jumpa kan..awak nampak makin...."

Sengaja memberi ayat gantung. Arfa memandangnya.

"Makin Apa? Makin gemuk? Tu yang awak maksudkan..."

Soal Arfa tak puas hati.

"Ehh-ehh kesitu pula dia ni...bukan laa..makin hari awak ni makin comel laaa..haihh"

Puji Aarizz. Pipi Arfa sedikit kemerahan dek kerana pujian tersebut.

"Woii nak bersemut pon tengok kiri kanan dulu..kesiankan sikit member kau yang single nii..."

Tegur Isyraf. Aarizz tertawa kecil. Leher Isyraf dirangkul kasar.

"Halaa single sementara..mana la tahu kot-kot akan datang kau terus jumpa calon isteri..siapa tahu kan.."

Pujuk Aarizz. Isyraf menjuihkan lidahnya.

"Wei kau orang , lepas dapat result SPM ni..kau orang semua nak ke mana?"

Tanya Naimah.

"Sambung belajar..."

Balas Emran.

"Aku mungkin...kerja.."

Balas Isyraff pula.

"Tengok keputusan macam mana..kalau okey aku sambung.."

Ujar Faihanah.

"Ermm tak tahu lagii..."

Jawab Adlin.

"Kau orang dua??"

Tanya Naimah sambil mata memandang ke arah Aarizz dan Arfa.

"err..tak ada perancangan lagi la..tapi abah aku memang suruh aku sambung belajar..."

Balas Arfa.

"Sambung atau kerja antara dua ni laa.."

Balas Aarizz pula. Setelah itu suasana menjadi sunyi kembali tatkala tiada topik yang harus dibualkan.

--------------------

Seminggu telah berlalu , Aarizz sibuk memasukkan baju-baju nya ke dalam beg. Setelah siap , zip ditarik untuk menutupi beg tersebut. Matanya memandang ke arah beg-beg yang sedia ada.

Tok!tok!tok!

"Aqil , boleh mak masuk?"

Aarizz memulas tombol pintu lantas segaris senyuman diberikan kepada emaknya.

"Dah siap?"

Angguk perlahan. Maknya memandang wajah sayu anaknya itu.

"kenapa ni? Macam tak suka je sambung belajar?"

"Eh tak adalah mak...aqil cuma rasa berat nak tinggalkan mak..tu je..."

"laa kenapanya? Mak okey je lahh..jangan risau tau..mak nak tengok aqil berjaya , dapat kerja yang bagus-bagus..nanti kamu boleh tolong adik-adik kamu yang lain..."

Air mata mengalir deras tatkala mak nya menuturkan ayat tersebut. Tubuh tua itu dipeluk seerat yang mungkin.

"Sudah laa , rehat laa...esok nak berjalan jauh...ingat qil , kita ni bukan orang senang....mak akan selalu doakan kejayaan untuk anak-anak mak..."

"Terima kasih mak."

Senyum. Mak Aarizz bangun dan keluar dari dalam biliknya.

______________________________________

okey aku bagi penerangan tentang apa yang mereka semua ni buat lepas dapat keputusan SPM. sorry aku tak masukkan dalam cerita..malas nak terangkan satu persatu...

ARISH -> Kolej
EMRAN -> Kolej
ISYRAFF -> Kerja
ARFA -> Kolej
ADLIN -> Kerja
FAIHANAH -> Tingkatan 6
NAIMAH -> Kerja
SYAFF -> Kerja

Ha baca la , maaf lambat update..aku semakin kekeringan idea guys..dan kemungkinan bab selepas ni jalan cerita makin sikit (T_T)...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience