BAB 7

Young Adult Completed 13399

AEON MALL SA

Arfa dan Shaff terlebih dahulu sampai di mall tersebut. Mata mereka berdua melilau mencari kelibat rakan rakannya yang lain , tetapi hampa.

"Weii Faa , kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi tandas."

"Ha okey "

Balas Arfa sambil mengukir senyuman manis. 10 minit telah berlalu , Arfa menjadi bosan disitu. Kelibat seorang rakannya yang lain tidak juga kelihatan.

Phone pintar segera diambil dari dalam beg. Jarinya pantas menaip dengan laju.

_Arfa blur??_

- *Gais! Mananya? Kata pukul 3? Sekarang ni dah jam berapa dahh haish*

_Adlin gojes??_

- *kau dekat mana fa? Aku dah masuk pintu utama ni*

_Arfa blur??_

- *aku dekat tingkat tiga ni*

_Fai pretty?_

- *sorry gais. Ermm korang terus pergi wayang kayy. And maybe aku lewat sikit hehehe??*

_Naimah shy??_

- *Okey..ak baru sampai ni , and nak cari parking jap*

_Arfa blur??_

- *Okey Fai...hahah @_Naimah shy??_ gudluck kayy..smoga kau dpt parking y jauh berbatu batu????*

_Naimah shy??_

- *Kurang ajo kau ekk????ni kalau ak tak dpt parking ni , serious ckap , aku balik??*

_Arfa bLur??_

- *ishh kau ni jangan la ambil serious sangat..sikit-sikit sentap ,aku gurau jelah??*

Terbahak bahak Arfa ketawa disitu tanpa memandang sekelilingnya. Semua mata yang berlegar dikawasan itu memandang pelik ke arahnya.

Dushh!! Bahu Arfa ditolak oleh Shaff.

"Woi kau apahal gelak tak ingat dunia ni"

Arfa tersengih kambing disitu. Mukanya berubah menjadi kemerah merahan apabila dia dapat perhatian daripada semua orang disitu. Goshh!malunya aku. Macam mana aku boleh tak ingat sekarang ni aku berada dekat tempat awam ni. Malunyaaaaa...

"Shaff..malunya aku"

Shaff sudah tersenyum sinis disitu.

"tulah lain kali nak ketawa tu beringat sikit kau berada dekat mana. Sendiri punya hal sendiri tanggung arh."

Arfa mencebik tatkala Shaff berkata begitu. Shaff mengatur langkahnya ke hadapan meninggalkan Arfa seorang diri dibelakang.

Ermm tapi bila difikirkan balik , ada betul pe yang Shaff katakan tadi. Silap aku sendiri sebab tak ingat aku dekat mana , haish.

Beberapa minit kemudian , muncul kelibat Adlin dengan senyuman ketelinganya.

"huh! Kemana je melencong?"

Tanya Arfa sambil matanya memandang ke arah beg-beg ditangan Adlin.

"Alaa aku pergi beli barang yang aku nak sekejap. Tak lambat mana pon kan. Relax laa"

Jelas Adlin dengan tenang.

"err apa-apa jelah cik Nur Adlina."

Balas Arfa sambil membuat rolling eyes. Terhambur gelak Shaff disitu tatkala melihat wajah Arfa.

"Oo yer..movie start pukul berapa?"

Tanya Shaff kepada mereka bertiga. Setelah hampir 3 jam menunggu kedatangan Faihanah dan kekasih hatinya , mereka semua terus bergerak ke arah tingkat paling atas.

"lambat lagi ni , kalau kau orang nak shopping dulu pon masih ada masa ni. Movie start dalam pukul 0745 malam."

Jawab Fai. Semua di situ mengangguk faham. Arfa terus menarik ketiga tiga tangan rakannya itu. Shaff , Adlin dan Naimah terpaksa menuruti saja kemahuan Arfa.

Arfa , Adlin dan Naimah terus mencari baju di dalam kedai tersebut. Sementara Shaff pula mencari tempat kosong untuk dia bersandar disitu. Si Faihanah pula tidak melepaskan peluang yang ada untuk berkepit dengan kekasihnya itu.

Mengerling ke arah jam di tangan , Shaff mengeluh sedikit. 2 jam je lagi , haish. Akibat bosan disitu , Shaff berjalan jalan disekitar situ.

20 minit kemudian , kelibat mereka bertiga muncul kembali. Masing-masing mempamerkan riak wajah yang bahagia.

"dah settle ke?"

Tanya Shaff acuh tak acuh. Serentak anggukkan sebagai balasan. Shaff terus menyambung semula langkahnya.

"Weii Shaff , kalau ya pon tunggu la kita orang semua"

Kata Arfa. Sementara Shaff hanya menghiraukan saja percakapannya. Entah dari mana silap , Arfa. Dia dilanggar oleh seseorang daripada arah hadapan.

"Auchhh!"

"Maaf"

Balas dingin seorang figura lelaki di hadapan Arfa. Arfa mendonggak. Membuntang mata ke dua duanya disitu.

"Awakk!!?"

Serentak mereka berkata sambil menunding jari menunjuk ke arah diri masing-masing. Arfa terus mendengus kasar. Huh!dia ni lagi. Dah tak ada orang lain ke selain dia ni err.

"Wei Faa , kau okey tak ni?"

Tanya Naimah dan Adlin serentak. Tangan mereka berdua terus disambut oleh Arfa.

"jangan risau , aku okey je ni. Jom laa"

Ajak Arfa dengan segera. Naimah dan Adlin memandang pelik ke arah Arfa yang tiba-tiba berubah itu. Sebelum gerak Adlin sempat menjeling ke arah Figura lelaki tersebut. Ermm nampak macam familiar , tapi dekat mana ea aku jumpa?

"Err , Arfa"

Tutur Aarizz lembut. Arfa tersentak serta langkahnya terhenti. Arfa menoleh ke arahnya kembali.

"Awak nak apa lagi?"

"Maaf sebab saya terlanggar awak tadi. Saya tak sengaja..."

Sabar Fa , sabar. Tak guna kau nak marah dia. Mungkin betul dia tak sengaja terlanggar kau.

"Jangan risau laa , saya dah maafkan awak.."

Senyum.

Please jangan ukirkan senyuman tu lagi. Aku tak kuat Arfa. Hati aku jadi tak keruan kau tahu tak! Tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Aarizz , Arfa mula menyambung semula langkahnya.

Jantung Aarizz tidak berhenti berdegup kencang sejak daripada tadi lagi. Senyuman Arfa tadi benar benar membuatnya menjadi gila. Hatinya memberontak sekali lagi memaksa dirinya untuk mengenali Arfa lebih dalam lagi. Tetapi Aarizz sedar bahawa perempuan seperti Nuda Arfa itu tidak mudah untuk didekati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience