BAB 20

Young Adult Completed 13412

Langkah diatur ke arah seseorang yang cukup dia kenali. Kelihatan Emran sedang berborak bersama dua orang pelajar disitu.

"Ehh Emran , kau belajar dekat kolej ini juga ke?"

Tegur Aarizz. Emran membuat muka pelik.

"Ehh siapa ni-siapa ni..."

Ujar Emran dalam nada gurau.

"Okeyy fine! Tak kenal aku kan. Lepas ni kalau kita jumpa and kau tegur , MEMANG AKU TAK AKAN LAYAN!"

Marah Aarizz.

"Alololo , marah ke? Aku gurau jelah. Lagi pon dah lama aku tak nampak muka kemerahan kau tu..rindu laa..hahaha"

"Ehh kau , merah tu slow sikit ea...er..."

Marah Aarizz lagi.

"Sudah-sudah la tu rizz , makin lama aku tak jumpa kau ni makin bertambah merah pula muka kau ni aku tengok hahaha..."

Sindir Emran lagi. Aarizz memandangnya tajam.

"KURANG AJAR KAU!"

Emran sudah ketawa terbahak bahak disitu. Memang niatnya hanya nak bergurau dengan sahabatnya itu. Rindu akan zaman persekolahan. Cepat sangat masa berlalu. Sedar tak sedar , mereka kini sudah pon berada diperingkat yang seterusnya.

Selesai mendaftarkan nama dikolej tersebut , Aarizz dan Emran mengatur langkah ke arah kafe untuk menghilangkan dahaga ditekak.

"Kau ambil course IT kan?"

Tanya Emran. Aarizz angguk. Air jus oren disedut perlahan.

"Kau?"

"Engineer."

Aarizz memandangnya.

"Seriouslah?"

"Yup. Aku turutkan je kemahuan mama aku."

Jawab Emran lemah. Aarizz menepuk bahu sahabatnya itu.

"Aku yakin kau boleh bawak bidang ni...good luck okey?"

"Kau pon sama..good luck..jangan stress-stress , nanti pipi kau bertambah merah pula.."

Usik Emran lagi dan dia segera berlari daripada tempat tersebut.

"Sempat lagi kau eaa!"

Laung Aarizz. Emran tertawa kecil meninggalkannya dikafe tersebut.

Pintu bilik dibuka , matanya memerhati sekeliling bilik. Aik kosong. Tak akan aku seorang je?

"Assalamualaikum.."

Salam diberi , lantas kaki kanan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Beg pakaian diletakkan ditepi dinding disertakan baldi dan beg yang lain.

Punggung dilabuhkan ke atas katil. Alhamdulillah , terima kasih ya allah kerana kau telah permudahkan segala urusanku pada hari ini.

"Assalamualaikummm!!"

Ujar seseorang bersemangat. Aarizz menoleh ke arah gerangan yang memberi salam tadi.

"Waalaikumsalam."

Seorang lelaki kurus tersenyum memandang ke arah Aarizz.

"Hai , aku alif..yang tu afiq..kau?"

"Aarizz..."

Alif hanya membalas o saja. Bagasinya ditarik masuk ke dalam. Batang tubuhnya pula dihempas ke arah katil.

"Ehh kau ambil jurusan apa?"

Tanya Alif lagi.

"IT..korang?"

"Wuishh cantik! Nanti boleh pergi kelas sekali hahah..Oo yer , si Afiq ni pula ambil jurusan seni lukisan..."

O sebagai balasan. Aarizz merebahkan diri diatas katil. Matanya dipejam seketika. Mampukah aku ya allah? Mampukah aku mengharungi cabaran yang akan datang.

====================

Arfa duduk dimeja belajar sambil mata merenung ke arah luar tingkap. Pen ditangan diketuk berulang kali. Haish apa aku nak buat ni..bosan gilerrr do.

Phone dikatil dicapai. Jari jemarinya laju menaip sesuatu di dalam group. Seminit kemudian , keluhan berat dilepaskan. Phone dipandang sepi.

Hermm tak balas pon. Tak akan tidur kot. Haish tak boleh jadi ni , aku kena spam group ni. Sticker dan emoji dihantar berulang kali ke dalam group whatsapp. MUAHAHAHAHAH!PADAN MUKA KORANG SEMUA.

Tak lama kemudian , Arfa menongkat kepala disitu. Fac dibuka dan discroll laju-laju. Bosannnyaaaaaa!!!!!!!!!!

Plinggggg!!!
Plingggg!!
Plinggg!!
Plinggggg!!!

Adlin

• dah kenapa spam! Heng fone aku tahu tak er!

Naimah

• jari tak lenguh ke?

Faihanah

• bosan letuwww...

Shaff

• kau pehal perempuan? Putus cinta ke sampai nak spam bagai?

Arfa ketawa terbahak bahak di dalam bilik tersebut. Masing-masing menunjukkan balasan negatif dibandingkan positif. Siapa suruh tak nak layan aku , tu laa makan dia hahahah.

Arfa

• Sorry MEMANG DISENGAJAKAN. Lain kali bila member kau ni kebosanan , korang kena layan tau. Bukannya buat hal masing-masing...kasihankan sikit member kau yang single ni...

Balas Arfa. Lantas data phone dimatikan dan dia segera terjun ke atas katilnya. Bunyi notification dibiarkan. Mata dipejam serapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience