BAB 1

Young Adult Completed 13399

Beg sekolah dilempar kasar. Aariz duduk di atas bangku dalam keadaan marah. Emran dan Isyraf memandang pelik ke arah rakannya itu.

"kau apahal bro? Tiba-tiba datang lempar beg macam tu je...Ryan marah kau lagi ke??"

Tanya Isyraf yang semakin menebal dahinya itu. Aariz melonggarkan tali lehernya , panas hatinya apabila teringat akan kejadian tadi.

"Agaknya semua pengawas dekat sekolah ni dah pupus ke! Asyik-asyik nak salahkan aku je , nak arah arahkan aku buat itu ini!! Habis tu pengawas yang lain buat benda!!! Tidurrr!! Lepak err!"

Isyraf dan Emran saling berpandangan , faham sangat la kenapa Aariz tiba-tiba marah sehinggakan mukanya berubah menjadi merah.

"sabar la wei , biasa la bila GK dah mengaum..tahan telinga je laa"

"sabar? Kesabaran aku semakin lama semakin menipis tau! Aku tak faham la dengan dia tu. Apahal suka sangat cari masalah dengan aku , benda yang aku tak buat tetap tunding jari ke aku! Aku sekalipon tak pernah usik dia err!"

Isyraf dan Emran tertawa kecil tatkala muka Aariz semakin kemerahan.

"Kali ini kes apa pula wei? Tak akan kes yang sama?"

Tanya Isyraf apabila Aariz memandangnya dengan wajah yang serious.

" Bukan. Kali ni kes pelajar datang lewat. Orang lain yang buat aku juga yang kena!!"

"Hahaha dia period laa tu , sabar"

Ujar Emran.

" Period kejadah kau! Sakit gila hati aku. Yang pengawas lain tunduk je , masing-masing tak nak mengaku kesalahan. Tup-tup aku juga yang kena!! Fuckk!"

"Wuish relax Riz.. aku tahu kau tengah marah. And kemarahan kau tu sepatutnya dihamburkan kepada Si Ryan tu bukan kepada kami berdua yang tak tahu cerita ni"

Aariz tersenyum nipis. Dia mendonggak memandang ke arah kedua rakannya itu.

"kalau diikutkan hati ni , memang lama dah aku maki hamun dia depan pengawas yang lain tadi...tapi bila difikirkan balik kesian pula ke dia. Seanti-anti aku , aku masih ada lagi sifat belas kasihan..daripada dia tu langsung tak ada. And sorry pasal benda ni kau orang dua terkena sekali."

Emran dan Isyraf hanya membalas dengan senyuman. Dua minit berselang , mereka bertiga sudah tertawa sakan disitu dengan topik yang mereka bualkan. Yang pasti bukan tentang Ryan lagi hahaha.

?????

"Wei Fa , hari ini makan bihun sup nak tak?"

Tanya Naimah. Arfa terfikir sejenak tentang kata-kata Naimah tadi.

"hurmm boleh juga , lagipun dah lama kita tak makan bihun kan. Hari-hari asyik makan benda yang sama je , naik bosan aku hahaha"

Balas Arfa.

Lantas langkah mereka berlima diperkemaskan lagi menuju ke arah kantin. Makk ai , panjangnya macam tak sempat je nak makan bihun ni ermm. Arfa memandang sayu ke arah rakannya yang lain.

"Ermm guys , aku rasa kita semua terpaksa makan benda yang sama hari ni haha"

"What!? Again?"

Tanya Faihanah. Arfa angguk lemah. Dengan langkah yang longlai mereka berlima terus ke arah tempat lain.

Buuurrrpppp!!

Semua mata tertumpu ke arah Arfa. Arfa tersenyum kambing disitu. Dia tahu dia buat perkara yang salah sehinggakan dia menjadi perhatian disitu.

"Oppss maaf guys , terlepas."

"ya ke tak , terlepas! Entah-entah sengaja kau bagi lepas. Macam la aku tak kenal perangai kau tu macam mana."

Balas Shaff dengan nada menyindir. Arfa mencebik. Sememangnya perangai yang satu itu sudah diketahui oleh rakan rakannya yang lain.

"Alaaa tak kisah la terlepas ke sengaja lepaskan ke , yang penting aku dah minta maaf."

Balas Arfa yang tidak mahu mengalah itu. shaff membuat rolling eyes disitu. Tak apalah Fa , harini aku bagi kau menang sebab aku tak ada mood nak berbalah dengan kau err.

"Sudah la tu , jom kita naik library. Mesyuarat dah nak bermula ni"

Ujar Adlin. Mereka berempat bingkas bangun lalu terus menuju ke arah singki untuk mencuci tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience