BAB 9

Young Adult Completed 13399

Setibanya dirumah , Adlin terus melemparkan beg sekolahnya ke arah tepi sofa. Lalu batang tubuhnya pula dihempasnya ke sofa tersebut.

"Amboiii eloknya perangai , balik-balik campak sana sini barang lepas tu bila barang hilang mula la memekak padahal silap sendiri.."

Ngomel Adrina kakak kepada Adlin. Bantal kecil diambil lalu ditutup mukanya. Err ada je benda yang nak dibebelkan , boleh tak sehari aku balik rumah kau tak payah nak bising-bising. Rimas tahu tak.

"Ishhh! Orang cakap ni dengar laa sikit.."

Sambung Adrina lagi sambil menarik bantal yang menutupi muka adiknya itu. Adlin mendengus kegeraman. Hari-harinya tak pernah aman jika kakaknya berada dirumah.

"Err apa masalah kau ha?aku tak kacau hidup kau kan , kenapa kau perlu kacau hidup aku ek? Haishhh! Orang nak rehat sekejap pon kecoh!"

Adlin terus mengambil semula beg sekolah dengan kasar. Kakinya mula diatur ke arah tangga rumah.

"apa lagi ni? Rina? alin? Daripada dapur lagi mama dah dengar riuh rendah dekat ruang tamu ni..kenapa?"

Tanya mama lembut kepada dua orang puterinya itu.

"Mama tanya arh anak kesayangan mama tu , orang nak rehat sekejap pon dah memekak..err"

Tanpa berlengah Adlin terus menaiki anak tangga menuju biliknya. Mama memandang ke arah Adrina yang sudah membuat muka selamber.

"Haishh macam-macam laa kamu berdua ni. Pening mama tengok , tiap kali adik kamu tu balik daripada sekolah ada saja nak bertekaknya.."

Rungut mama lalu mama kembali memasuki ruang dapur semula.

Pling!
Pling!
Pling!

Errr! Siapa pula yang chat ni!mengacau betul laa! Marah Adlin lalu phone pintar dicapai kasar. Melihat ke arah notification whatsapp tersebut , Adlin melepaskan keluhan berat.

_Arfa blur??_

- *Gais! Malam ni lepak dewan nak tak? Lagipon dekat rumah tak ada buat apa-apa pon..*

_Fai pretty?_

- *on je??time??*

_Naimah Shy??_

- *on je , tu pon kalau kau datang ambil aku laa hahaha aku tak ada kenderaan nak pergi*

Hurmm lepak dewan ekk? Cadangan yang bernas. Lebih baik aku keluar berjalan jalan daripada aku kena hadap muka minah tu err tak kuasa aku.

Adlin is typing...

_Adlin gojes??_

- *okey on , apahal inform aku pukul berapa. Nanti aku datang*

_Arfa blur??_

- *ermm time ek...lepas isyak laa dalam pukul 9 camtu..*

_Fai pretty?_

- *okey beb??*

_Adlin gojes??_

- *oraitt..pape hal kalau tak jadi ke lewat ke apa kee cakap awal-awal*

_Arfa blur??_

- *okey??*

Habis saja membalas kesemua chat yang dia dapat , Adlin terus menyambung semula sesi tidurnya yang tergendala tadi.

??????

Tepat jam 9 malam. Seperti yang telah dirancang oleh Arfa , kesemua rakan rakannya telah pon ada di hadapan pintu masuk dewan serbaguna tersebut. Jajan mahupun kudap kudapan sentiasa diingat tatkala pergi kemana mana tempat.

Mereka berlima segera masuk dan mengambil tempat disitu.

"Wei Shaff , tu bukan mamat sengal kau yang hari tu kau cerita tu ke?"

Tanya Adlin inginkan kepastian. Shaff memandang ke arah Adlin katakan tadi. Tiba-tiba mood ceria Shaff bertukar menjadi mendung segelapnya.

"Err semak la jantan ni! Kemana aku pergi mesti dia ada haish!"

Dengus Shaff. Adlin dan rakannya yang lain hanya tertawa saja melihat reaksi muka Shaff itu.

"itu lah dinamakan jodoh hahah"

Ujar Naimah memanaskan lagi keadaan. Shaff memandang tajam ke arahnya.

"Kau fikir lawak ke? Ni bukan jodoh , tapi malapetaka!"

Terhambur terus ketawa mereka berempat apabila Shaff sudah naik angin.

Selang beberapa minit , perlawanan telah pon bermula. Masing-masing hanya menumpukan perhatian terhadap perlawanan itu.

Dengan tidak disangka datang satu bola yang laju ke arah Arfa. Arfa diam tidak berkutik disitu , seakan binggung hendak membuat apa.

"Aduhh!"

Ngadu Arfa sambil mengosok kepalanya itu. Haish apa yang blur sangat kau ni fa , bola punya la laju datang ke arah kau. Kau boleh diam je tanpa elak. Haishh kan dah mendapat sakit , sabar jelah.

"Maaf-maaf , aku tak sengaja tertendang hala ke kau..maaf yer"

Ujar Isyraf serba salah.

"Banyak la kau punya maaf , reti main ke tak reti? Apa kau ingat kepala member aku ni tiang gol ke?"

Hambur Adlin kepanasan disitu. Manakala Arfa pula tak henti mengosok kepalanya yang terkena bola tadi.

"Relax arhh , aku dah minta maaf kan. Lagipon yang kenanya member kau ni , bukannya kau. Yang kau nak berapi tak tentu pasal ni dah kenapa?"

Tegur Isyraf. Adlin merenung tajam ke arah Isyraf. Adlin yang baru saja mahu membidas semula percakapan Isyraf itu tadi dihalang oleh Arfa.

"Alin , sudah la tu. Aku okey la , sikit je ni"

Pujuk Arfa. Adlin memandang ke arah sahabatnya itu.

"Jom laa kita keluar daripada sini. "

Arah Adlin kepada kesemua rakannya disitu. Masing-masing mula mengatur langkah keluar.

"Err..Arfa.."

Serentak mereka berlima memberhentikan langkah. Arfa menoleh ke belakang. Wajah Aarizz ditatap penuh kebinggungan.

"Ya? Ada apa eaa?"

"Nahh..awak tertinggal sapu tangan awak. And sekali lagi saya minta maaf atas kesilapan member saya tadi..."

Aarizz menghulurkan sapu tangan bercorak bunga kepada Arfa. Arfa senyum lalu sapu tangan segera diambil.

"Terima kasih. Pasal kejadian tadi tu jangan risau , saya dah maafkan kawan awak"

"okey "

Balas Aarizz. Arfa terus menyambung semula langkahnya keluar daripada dewan tersebut.

"sudah-sudah la tu bro , buah hati dah lama balik.. yang kau still lagi jadi patung cendana dekat sini"

Perli Isyraf. Aarizz mulai sedar ke alam nyata. Serta merta mukanya menjadi merah menyala.

"Rizz , tu ke si Arfa yang kau cerita hari tu?"

Aarizz angguk. Emran dan Isyraf sudah tersengih sengih memandang ke arahnya.

"Apahal kau orang ni?"

Tanya Aarizz.

"tak sangka pula aku citarasa kau macam ni...fuhhh payah-payah"

Ujar Isyraf.

"apa maksud kau? Apa yang payah?"

"maksud aku , aku tak sangka la citarasa kau tu setinggi ni bro. Soal payah tu.. sebab bagi aku perempuan seperti dia tu tak mudah untuk didekati."

Jelas Isyraff. Aarizz diam. Cuba menghadam segala kata-kata Isyraff sebentar tadi.

"Aku tahu tentang tu...thanks arh sebab nasihatkan aku."

Balas Aarizz hampa. Isyraff dan Emran saling berpandangan. Haishh pula dah. Aku baru cakap sikit dah putus asa hadoi la.

"Rizz , kau jangan ambil hati pula apa yang aku cakap tadi. Aku cuma bagi pendapat aku je , tak bermaksud nak buat kau berputus asa."

Aarizz senyum memandang ke arah Isyraf.

"eh mana ada. Aku tak ambil hati langsung la , tapi apa yang kau cakapkan tadi tu betul laa. Haih aku tak rasa orang macam aku ni , dia pandang. Aku sedar tu..."

Emran dan Isyraff mula membuat muka. Hadeh parah dah member aku ni. Betul-betul putus asa dah ni.

Hati Aarizz sememangnya ingin mengenali Arfa lebih dalam lagi tetapi sifat yang ditunjukkan oleh Arfa membuatkan dia terpaksa mengundurkan diri. Aarizz sedar yang dia tidak layak untuk digandingkan bersama Arfa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience