Bab 13

Drama Series 3803

Seminggu koma bukanlah detik yang singkat buat Raihan menanti Ain Humairah membuka matanya. Hampir sahaja separuh masa kehidupan Raihan diperuntukkan untuk beribadat kepada Allah. Selebihnya dia membahagi masanya untuk Ain Humairah.

Raihan cuba memasukkan ubat melalui tangan kanan Ain Humairah. Belum sempatpun Raihan memasukkan ubat tersebut,tangan Ain Humairah sudah bergerak. Memberi respon bahawa dia akan sedar dari komanya. Perlahan-lahan suaranya kedengaran. Apa yang terdengar dari mulut gadis itu hanyalah kalimah indah, yakni nama Allah. Raihan begitu teruja,sehingga air matanya mengalir laju membasahi pipinya.

"Ya Allah. Alhamdulillah.. Ain..Ain ni abang Ain.." Raihan cuba meminta respon dari Ain Humairah. Perlahan-lahan mata bulat itu terbuka. Dia melihat kesini sana . Kemudian barulah matanya tertumpuh dengan tubuh gagah Raihan. Ain Humairah tersenyum. Kesyukuran terdetik dihatinya, dia masi diberi peluang untuk bernafas di bumi sang Illahi.

Raihan dengan pantas menghubungi Mama dan papanya. Dia memanggil jururawat yang bertugas menjaga Ain Humairah pada malam itu. Mencatat tarikh dan waktu yang perlu didaftarkan.

"Abang.. Ain minta maaf kat abang. Ain dah susah kan aba.." Raihan lantas memotong percakapan Ain Humairah. Dia sudah mengagak, Ain Humairah pasti meminta maaf kepadanya. Sebab itulah kata-kata yang terselit disetiap perbualan mereka.

"Ain.. Ain tau tak.. Ain dah ketuk hati abang dalam sepi. Ain tau tak sengsaranya abang tanggung cinta selama Ain tak sedarkan diri." Baru pertama kali Ain Humairah melihat Raihan menitiskan air mata lelakinya didepan Ain Humairah. Ain Humairah begitu tersentuh. Tidak disangkah, cinta Raihan padanya tidak berubah sama sekali.

"Abang akan bincang dengan papa nanti untuk percepatkan tarikh nikah kita ye.."Raihan tersenyum melihat Ain Humairah. Ikutkan hati, ingin sahaja diusapnya kepala Ain Humairah yang ketika itu mengenakan sebarang tudung.
Ain Humairah menyedari hal tersebut. Dia lantas panik.

"Abang. Tudung Ain abang.. Ya Allah.. kenapa abang tengok je Ain.. abang tak bagitau Ain abang.." Wajah Ain Humairah kelihatan ingin menangis. Dia membungkus dirinya dengan selimutnya ketika itu. Rasa malu yang teramat. Belum ada lelaki yang melihat rambutnya sebelum ini kecuali arwah ayah abang dan adiknya. Raihan menjadi risau. Dia segera menghubungi Datin Mona agar membawa tudung untuk Ain Humairah.

" Ain.. abang keluar jap ye.." Raihan lantas berlari ke surau, dia baru teringat disana terdapat telekung sembahyang diruang wanita. Mujurlah ketika itu bukan waktu solat.
Beberapa minit kemudian Raihan datang membawa telekung tersebut. Dia lantas menyuruh Ain Humairah untuk memakai telekung itu.

"Ain. Ni telekung abang ambil dari surau. Pakailah dulu sementara tunggu mama dan papa sampai.." Ain Humairah hanya mengeluarkan tangannya, dia mencapai telekung tersebut. Selesai memakai barulah dia kembali keposisinya semula. Raihan ingin tergelak. Sehingga begitu sekali kerisauan Ain Humairah dengan auratnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience