Bab 21

Drama Series 3803

"You kata hari tu you out station hari ni ? Apesal you belum gerak?"Raihan tersintak dengan soalan Rayyan yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dapur. Raihan memerhati sikap Rayyan yang sepertinya terkejut melihat kehadiran Raihan dimeja makan tersebut. Dari kepala sehingga kaki diperhatikannya, mengapa wajah Rayyan tiba-tiba menjadi pucat? Raihan menjadi bingung namun dibiarkan perasaan itu pergi begitu sahaja.

"Tak jadi.. Ain kan tak sehat, tulah cancel.. yang you ni macama nampak hantu apesal?" Raihan melihat belakangnya. Manalah tahu, andai kata Rayyan ternampak sesuatu dibelakang Raihan tanpa disedari Raihan. Rayyan menggaru-ngaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung entah jawapan apa yang hendak diberinya kali ini. Dia hanya menggelengkan kepalanya lantas meninggalkan Raihan bersendirian dimeja makan tersebut.

'Kenapa dengan Yan ni. Aku rasa ada tak kena dekat dia ni..' Hati kecil Raihan berbisik. Kopi yang dihidangkan Zaiton dihirup perlahan-lahan. Terasa kenikmatan ibu keduanya itu ketika menyediakan apa-apa juah sajian. Matanya tertumpuh tajam kearah pintu dapur yang terbuka. Perasaan Raihan semakin tidak keruan. Dia mensyaki pasti ada sesuatu yang berlaku dibalik pintu dapur tersebut. Kakinya berjalan pantas untuk melihat keadaan diluar dapur tersebut. Matanya melilau memerhati, manalah tahu seandainya ada sesiapa kelibat yang berada diluar tersebut membuatkan Rayyan kelihatan seperti resah.

Zaiton memerhati pintu dapur yang terbuka, dia terkejut setelah melihat kelibat Raihan yang baru sahaja memasuki pintu tersebut. Lebih kurang dalam 5 minit Raihan meninggalkan tempat tersebut, Zaiton tambah terkejut apabila melihat Maya separuh bogel berlari masuk kebiliknya. Bulat mata Zaiton, seribu satu persoalan yang melandanya.

'Apa yang Raihan buat dengan Maya diluar sana? ' Zaiton keliru. Dia lantas pergi kedapur tempatnya memasak. Keadaan tadi membuatnya bingung, apa yang telah terjadi sebentar tadi. Raihan , dengan Maya keluar dari tempat yang sama cuma berlainan masa.

"Mak Ton buat ape tu?"Ain Humairah mengejutkan Zaiton dari lamunannya. Terkejut Zaiton dibuatnya, sehinggakan pinggan yang dipegangnya sahaja hampir terlepas. Ain Humairah segera menyambut pinggan tersebut. Mulanya dia agak panik namun Ain Humairah tertawa kecil setelah melihat wajah Zaiton yang kelihatan seperti ternampak hantu.

"Ain ni.. terkejut Mak Ton tau.."Zaiton kelihatan merajuk, apa tidaknya . Hampir tercabut jantungnya setelah diperlakukan oleh Ain Humairah seperti itu. Dia kembali terbayang kejadian yang dinampaknya dengan mata kepalanya sendiri. Rasa sedih dalam hatinya mula menyelubungi, mengapa Raihan sanggup berbuat sedemikian dengan Maya sedangkan ain Humairah begitu baik dengannya. Maya sememangnya berusia muda, namun jika dibandingkan kejelitaannya dengan Ain Humairah, pastinya jauh ketinggalan kerana wajah Ain Humairah kelihatan seperti kacukan arab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience