Bab 12

Drama Series 3803

"Semua okay Doktor." Kata Dr,Ilyana. Bawahan Raihan. Raihan mempersiapkan dirinya untuk menjalani sesi pembedahan terhadap Ain Humairah. Raihan pasrah, jika jodohnya tidak kesampaian. Semua rencana Allah pasti indah. Namun dia tetap berusaha untuk menyelamatkan nyawa Ain Humairah.

Wajah Ain Humairah ditenung sedalam-dalamnya. Cantik, walaupun tanpa sebarang solekan. Namun, wajahnya begitu pucat sehingga membuat Raihan berasa ingin menangis sekali lagi. Dia segera menyekah air matanya dari keluar. Belakangnya ditepuk-tepuk oleh Kuzairi, rakan yang sama-samanya sama ada susah dan senang.

Dengan lafaz Bismillah, Raihanpun memulakan sesi pembedahan. Banyaknya juga halangannya semasa membedah. Darah Ain Humairah terpaksa ditambah dalam beberapa pek. Dia begitu kehilangan darah. Air didalam tubuhnya juga semakin berkurang, ditambah lagi perutnya masi belum berisi dari semalam. Raihan gagah menjalankan proses tersebut. Dia perlu berusaha untuk menyelamatkan nyawa Ain Humairah, nyawa bakal isterinya. Diluar wad, Datin Mona, Dato Azizan dan Rahim menanti khabar dari Raihan, Doktor yang merawat Ain Humairah. Datin Mona tidak senang duduk. Sekejap kesana, sekejap kesini.

"Allahu."Raihan mengeluarkan serpihan tulang dari hati Ain Humairah. Biarlah hanya Allah yang tahu sebaknya dirinya setelah melihat keadaan Ain Humairah. Perlahan-lahan dia membersihkan darah yang memenuhi ruang luka tersebut . Setelah melalui berjam-jam lamanya, akhirnya pembedahan tersebutpun berakhir. Lebih kurang 3 jam, Raihan bertarung mata demi menyelamatkan insan tersayang. Dia berasa penat, kalimah syukur dilafazkan dengan penuh kejiwaan. Darah dan air dalam badan Ain Humairah dalam keadaan yang stabil. Cuma perlu pemantauan yang rapi agar kesihatannya semakin baik. Raihan keluar dari bilik bedah. Terukir senyumannya, namun kelihatan wajahnya begitu penat.

"Macamana Ain, Han? " Mata datin Mona menjadi bengkak. Begitu sayu wajahnya. Namun hatinya mula beransur redah setelah melihat senyuman diwajah Raihan.

"Alhamdulillah. Operation clear."Raihan melihat resah diwajah Datin Mona. Entah mengapa, begitu risau Datin Mona terhadap keadaan Ain Humairah. Matanya melilau ingin melihat keadaan didalam bilik pembedahan tersebut. Raihan menyatakan hasratnya terlebih dahulu untuk menunaikan solat asar yang sudah hampir habis waktunya.

"Alhamdulillah.. Mamapun nak ikut sekali boleh? " Raihan mengangguk kepalanya. Tanda setuju. Perubahan mama dan papanya merupakan hadiah yang teristimewa buatnya daripada Tuhan . Dato Azizan juga turut sama mengikut jejak mereka. Rahim mengambil keputusan untuk tinggal diluar wad sahaja. Kerana dia sudah menunaikan solat asar setelah masuknya waktu solat tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience