"Ain jaga diri tau. Kalau abang ramai pesakit hari ni. Maybe abang ambil over time lah sekali tu. Takut sebab Mirul tak kerja hari ni.." Raihan mengucup dahi Ain Humairah. Begitu juga Ain Humairah, dia menghantar Raihan dimuka pintu banglo tersebut. Kunci kereta diserahkan, kali ini dia bergantung pada tuhan. Hanya Allah yang mampuh menjaga keselamatan suaminya semasa dia tidak berada disamping suami tercintanya itu.
Rayyan memerhati aksi romantik pasangan suami isteri itu dari atas. Mengapa dia perlu sedih, sedangkan malam ini adalah malam yang dinanti-nantinya selama ini. Senyuman Rayyan begitu kelihatan, sikap buasnya mula merasuk dirinya.Terbayang-terbayang wajah Ain Humairah yang menangis dek kerana disekah oleh nafsu serakahnya itu. Ketawanya hampir sahaja terlepas setelah membayangkan kejadian yang akan berlaku malam nanti .
"Aik..dah jam 8 dah, Han belum balik Ain?" Tanya dato Azizan. Ain Humairah hanya tersenyum dan mengangguk. Tidak sopan sekiranya mulut masih berisi namun sudah berbicara. Dato Azizan faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Ain Humairah.
"Abang Han kata, rasanye malam ni dia ambil OT terus. Sebab takut pesakit ramai. Kena pula Mirul ambil MC hari ni." Jelas Ain Humairah setelah merasakan mulutnya benar-benar kosong. Datin Mona mengangguk faham. Sebelum berkahwin, memang hampir itulah rutin kehidupan Raihan. Hampir separuh harinya dihabiskan dihospitalnya. Ain Humairah terpaksa belajar untuk memahami tugas Raihan selaku doktor.
Telefon bimbit Ain Humairah berdering. Dia lantas bangkit dan mencapai telefon tersebut, mana tahu talian tersebut dari suami tercintanya. Ain Humairah melihat nama yang terpapar diskrin telefon tersebut. Sah tertera nama disitu Ustaz Hamid. Guru besar disekolah agama kampungnya.
"Assalamualaikum Ain. Ni ustaz ni, ustaz Hamid. " Kedengaran suara tua ustaz Hamid begitu nyaring terdengar dicorong pembesar suara tersebut.
"Waalaikumussalam. Allah, ustaz.. Ain ingat lah . " Suara lembut Ain Humairah tetap tidak ubah seperti dahulu. Tenang hati orang yang mendengarnya. Namun, Raihan pernah menegur agar Ain Humairah kurangkan berbicara dengan lelaki yang tidak halal baginya. Takut tergoda dek keayuan yang dimiliki Ain Humairah.
Hampir 20 minit berbicara, Ain Humairahpun meletakkan telefonnya. Senyuman Ain Humairah kini tidak lekang dibibirnya. Pasti ada suatu khabar yang indah yang baru sahaja dia dengar.
"Amboii. Senyum bukan main tau Ain ni. Siapa tu. Siap ustaz-ustaz bagai? " Usik datin Mona. Sebenarnya datin Mona sudah terlebih awal tahu tentang berita tersebut. Kerana melaluinya nombor Ain Humairah didapati. Pastinya, tidak semberangan orang yang mampuh memiliki nombor menantunya itu. Pasti disiasat dengan begitu terperinci. Cuma kali ini, biar berita gembira itu sampai sendiri ditelinga Ain Humairah. Kerana, bagi Datin Mona. Kebahagiaan Ain humairah adalah kebahagiaannya.
"Ustaz Hamid Ma. Dia bagitau yang Ain perlu balik hujung minggu ni untuk pertukaran nama atas wasiat arwah abah Ain." Terang Ain Humairah. Senyumannya semakin manis. Tidak mampuh baginya menahan kegembiraan ini seorang diri. Dia pasti, Raihan akan gembira mendengarnya . Kerana selepas ini Ain Humairah sudah mula bekerja. Bekerja selaku guru disekolah abahnya. Datin Mona dan Dilaila turut tersenyum. Gembira rasanya melihat Ain Humairah dalam keadaan yang gembira. Rayyan pula sibuk dengan perancangannya. Dia tersenyum namun dengan niat makna lain.
Share this novel