Bab 25

Drama Series 3803

Ain Humairah duduk dikatil empuk miliknya dengan Raihan. Dicapainya telefon canggih yang dihadiah oleh Raihan buatnya pada ulang tahunnya yang lalu. Ditatapnya wajah Raihan yang menghias kertas dinding telefon tersebut. Dia yakin, Raihan pasti gembira mendengar khabar tersebut. Memandangkan Raihan juga jarang berada dirumah , Ain Humairah berharap yang Raihan akan memahaminya. Setidaknya pun membenarkan Ain Humairah untuk pulang kekampung hujung minggu nanti.

Ain Humairah beralih pandangan ke jam bilik yang terpampang luas didinding bilik tersebut. Kelihatan jam sudah menunjukkan pukul 10.50 malam. Sepatutnya jam-jam sebegini Raihan sudah berada disebelah Ain Humairah. Ain Humairah cuba menghubungi Raihan, namun dia takut dengan panggilannya itu membuat suaminya terganggu. Dia hanya senyum, berharap yang suaminya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Ain Humairah mengambil Al Quran mininya kemudian kembali duduk di birai katil. Selesai membaca surah-surah tersebut, dia kembali terbayang wajah suaminya. Dia yakin,suaminya dalam jagaan Allah sekarang.

Matanya hampir tertutup rapat, tubuh sasah Rayyan memerhati dari lubang yang tidak diketahui wujudnya bagaimana. Hanya Rayyan sahaja yang mengetahui tentang lubang tersebut. Selangkah demi selangkah dia menghampiri pintu bilik Ain Humairah. Namun, niatnya untuk terus masuk terbatal dek kerana bunyi deringan ditelefon Ain Humairah yang mengejutkan Ain Humairah. Ain Humairah kelihatan ceria melihat nombor suaminya yang terpampang dikaca skrin. Hati Ain Humairah berbunga-bunga.

"Assalamualaikum sayang abang.. Ain dah tidur ke?" Tanya Raihan dalam nada manja. Pipi Ain Humairah merona merah. "Waalaikumussalam abang.. Allah.. Ain tunggu tau call abang.. dah tidur dah..tapi tak senang duk fikir abang yang tengah busy tu.."Kedengaran nada Ain Humairah seperti rajuk. Namun Raihan bijak dalam mencuit hati Ain Humairah. "alololoo.. ciannye.. sorry sayang.. abang ada checkup beberapa pesakit tadi.. abang sebenarnye nak call sayang nak ajak makan luar, tapi belum sempat nak call..wad dah call lebih dulu .. Maaf sayang.." Raihan mengurut-mengurut kepalanya yang sakit. Matanya mula tertutup, lagi-lagi dengar suara Ain Humairah dihujung talian. Tambahlah dunianya semakin rindu. Hampir setengah jam berbicara, Raihan mengakhiri panggilan tersebut dengan berpesan agar Ain Humairah membaca doa terlebih dahulu sebelum tidur. Senyum diwajah Ain Humairah sudah tidak lekang. Baginya, suara suaminya sahajapun sudah cukup menenangkannya.

Ain Humairah bangkit kemudian meluruh kearah bilik air untuk mengambil wudhu'. Gerak gerinya diperhati oleh Rayyan yang menanti detik-detik menerkam Ain Humairah. "Tunggulah kau perempuan.. Aku cubit-cubit pipi kau malam ni.." Senyum sinis Rayyan diluar menanti.

Ain Humairah yang hanya mengenakan tudung labuh main masuk menghampiri soket lampu yang dekat dengan bilik tersebut. Hilang semangat Rayyan dibuatnya. Hampir sahaja rancangan jahat itu terhalang sekiranya Ain Humairah keluar dari bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience