Bab 4

Drama Series 3803

Raihan begitu teruja untuk menyatakan hasratnya yang bahawa sahnya dia akan menyunting Ain Humairah untuk dijadikan isterinya. Namun,dia sudah berfikir masak-masak untuk memaklumkan Dato Azizan dan Datin Mona . Dia yakin, dia perlu mencari redha Allah. Namun,andai Dato Azizan dan Datin Mona tidak meredhainya,bukankah sama juga dia akan dimurkahi oleh kedua papa dan mamanya sekiranya dia berkahwin tanpa persetujuan papa dan mamanya. Sejak mengenali Ain Humairah. Dia berpegang teguh dengan prinsip hidupnya kini .Yakni,

*redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa hambaNya. Murka Allah terletak pada murka kedua ibu bapa hambaNya*.

Raihan rasa gementar setelah melihat papa dan mamanya sedang berbual diruang tamu bilik mereka.Raihan perlahan-lahan masuk. Diketuknya pintu dengan lemah lembut.

"Alahai anak mama sorang ni. Masuk aje la. Kenapa tersengih-sengih je kat sana tu? Meii masuk.." Datin Mona memanggil anak jejakanya yang sungguh manja itu. Sudahlah tampan,putih kemerah-merahan pula tu. Siapa yang tak nak kan.

"Ermm..Ni kalau macam ni mesti adalah tujuan dia ni kan? " Dato Azizan terlalu matang dengan perangai keempat-empat anaknya. Termasuk Diana,kakak Tiri Raihan yang sudah bersuami. Suaminya juga keturunan Tengku.
Raihan mendekatkan diri dengan papa dan mamanya. Malu,gementar. Sekaligus takut dirasanya. Berbaur-baur perasaannya kini. Kenapa tidak, ini adalah perbincangan yang berkait rapat dengan masa depannya.

"Mama,papa..sebenarnya.. Han nak.. Han nak..." Raihan menjadi gugup. Dia juga kebingungan mengapa lidahnya menjadi keluh untuk melafazkan berita tersebut.

"Nak ape?!" Datin Mona sengaja mengejutkan Raihan. Mereka sudah tahu,ini kalau bukan urusan rumah . Mesti pasal kejutan. Jarang sekali Raihan menyebutkan kewangan sebagai masalahnya. Jika adapun. Dia akan berusaha untuk menyelesaikannya sendiri.

"Nak Kahwin!"Raihan terkejut. Lantas hajatnya terlepas. Dia tertunduk malu. Serba salah dirinya kini. Ingin keluar,pasti biadab. Terpaksa dia menanti jawapan Dato Azizan dan Datin Mona. Datin Mona mulanya ternganga. Namun,dia mula ketawa dengan keputusan yang dibuat oleh Raihan.

"Nak kahwin? Hahaha. Han ni biar betul. Dah fikir baik-baik keh? Siapa calon Han ni? Tak bagi jumpa dengan mama dan papapun."Datin Mona berdiri lalu duduk disebelah anaknya. Terlalu lucu baginya keputusan anak bongsu lelakinya itu. Namun,walau apapun. Dia terpaksa akur kerana itu adalah kemahuan Raihan, umur Raihan saja semakin meningkat. Sekarang dia sudah berusia 26 tahun. Mereka tidak ingin Raihan juga akan mengikut jejak abangnya, Rayyan yang sudah berumur 32 tahun namun masi belum mempunyai calon atau pasangan isteri.

"Han nak kahwin dengan Ain ma.. Sebab Han rasa.. Ain je wanita yang mampu buka hati Han ni.."Raihan menegaskan hajatnya. Dato Azizan kelihatan resah. Dia mula tidak senang,duduk berdiri duduk berdiri.

"Han tak nak ke tunggu abang Yan balik?" Pertanyaan Dato Azizan membuat Datin Mona dan Raihan kebingungan. Raihan merenung dalam wajah ayahnya. Dilihatnya pula wajah mulus Datin Mona.

"Rasanya. Han tetap teruskan bagi sesi pertunangan antara Han dan Ain. In syaa Allah. Bagi sesi perkahwinan nanti. Han akan cuba bincang dengan Ain supaya bagi masa untuk abang Yan balik masa wedding Han nanti." Raihan cuba membagi pendapat. Dato Azizan begitu susah untuk dibawah bebincang. Raihan begitu yakin dengan cintanya buat Ain Humairah. Walaupun belum sampai setahun dia mengenali Ain Humairah. Apa yang dia tahu,perwatakan Ain Humairah adalah ciri-ciri wanita yang dia idami.

Setelah berapa lama perbincangan tersebut yang semakin hangat,akhirnya Dato Azizan memberikan persetujuan buat Raihan . Namun dengan syarat. Mereka perlu menanti abangnya Rayyan untuk menghabiskan satu lagu semnya di luar negara. Bahagia atau derita yang dihadapi oleh mereka. Itu terpulang dari mereka untuk menguruskan hubungan masing-masing .
"Terima kasih papa..mama.."Raihan terus mengucup kedua tangan papa dan mamanya. Begitu bahagia reaksi wajahnya. Apakan tidak. Inilah kebahagiaan yang sangat luar biasa yang pernah dirasai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience