Bab 10

Drama Series 3803

"Assalamualaikum Ain.. Ain dah okay sayang?" Suara Datin Mona berada dihujung talian. Ain Humairah rasa bersalah kerana tidak memberi tahu sebarang khabar kepada mereka sekeluarga. Baginya itu boleh mendatangkan salah faham dihati keluarga Raihan.

"Waalaikumussalam mama.. maaf lah.. Ain tak deh khabarkan sebarang berita .. Alhamdulillah Ain dah okay Ma.."Datin Mona tersenyum mendengar suara bakal menantunya itu.Ain Humairah mengurut-ngurut kepalanya. Pandangannya menjadi hitam. Sudah seharian Ain Humairah belum memakan apa-apa untuk dirinya. Seleranya berkurang, entah mengapa semenjak dua menjak dia terlalu kerap mengingat arwah keluarganya. Sayu hatinya.

"Ma, Ain .. Ain sebenarnye...."suara Ain Humairah terputus ditalian. Tersengar bunyi dentuman yang kuat. Sepertinya telefon bimbit Ain Humairah terjatuh. Perasaan Datin Mona tidak sedap. Dia segera menghubungi Raihan untuk menjenguk Ain Humairah di kondominium milik Raihan. Hampir setengah jam , barulah Raihan tiba di kondo tersebut.

"Ya Allah. Ain! Ain!" Raihan begitu terkejut melihat keadaan Ain Humairah yang jatuh pengsan berhampiran meja makannya. Mujurlah ketika itu Ain Humairah memakai anak tudung yang besar. Cuma tudungnya terselak sedikit kerana tertiup angin kipas. Mahu tidak mahu, Raihan terpaksa mendukung Ain Humairah ke kereta. Difikirnya juga aurat Ain Humairah, namun bagaimana lagi. Perlukah dia menghubungi ambulans untuk mengambil Ain Humairah . Lagipun hospital tersebut jauh. Dia mengambil keputusan tanpa berfikir lagi. Diletaknya Ain Humairah dengan perlahan-lahan. Dipakaikan tali pinggang keselamatan.

"Maafkan abang Ain..abang terpaksa demi Ain.." Raihan begitu cemas. Dia begitu laju memandu kereta miliknya menuju ke hospital. Hampir sahaja mereka bertembung dengan lori besar. Nasib takdir mereka masi tercatat kebaikkan. Mereka terselamat. Raihan terpaksa memberhentikan kereta. Tali pinggang yang dipakaikannya kepada Ain Humairah terbuka. Habis terhumban Ain Humairah kehadapan.

"Allah.. Ain..Ain.. buka mata Ain sayang.. buka mata.. " Ain Humairah masi tidak menyedarkan diri lagi. Raihan perlu berhati-hati kali ini. Ain Humairah menjadi teruk kerana dia.

"Ain sabar ye.. Tak lama lagi kita sampai..Ain? Ain buka mata Ain?" Raihan tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduannya. Dia sangat risau tentang keadaan Ain Humairah.

Setibanya dihospital, Ain Humairah diangkat menggunakan kantil kecemasan hospital. Dia segera dimasukkan ke wad. Raihan menghubungi Dato Azizan dan Datin Mona. Mereka bergegas menuju ke hospital tersebut. Kali ini Raihan sendiri yang mengurus rawatan Ain Humairah. Panik Datin Mona dan Dato Azizan dibuatnya.

Datin Mona dan Dato Azizan tiba dihospital Raihan. Rahim turut ada kerana menjadi pemandu mereka berdua. Hampir 10 minit mereka berada diluar wad Ain Humairah, barulah Raihan keluar dengan matanya yang merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience