Bab 23

Drama Series 3803

"Apesal Maya berhenti Ma?" Raihan terkejut setelah mendengar Datin Mona bersuara ketika makan malam tersebut. Zaiton memerhati dalam-dalam wajah Raihan. Rasa benci serba sedikit mula menyapah hati Zaiton. Entah mengapa kejadian semalam membuatnya mula membenci Raihan, apa benarkah Raihan yang membuat Maya hilang darah semalam. Timbul rasa ingin tahu tentang rahsia yang berlaku baru-baru sahaja. Mengapa insan seperti Maya perlu menjadi mangsa buas nafsu Raihan. Amarah Zaiton segera dikawal, dia berlari masuk kebilik dengan alasan badannya sakit-sakit. Meluak-luak bencinya kini, baginya semakin dilihatnya wajah Raihan, semakin sakit hatinya sedih kasihan terhadap nasib yang ditimpa Maya.

"Tah lah. Mamapun tak tau. Tapi nampaknya Maya macam sembunyikan sesuatu dari mama tau. " Datin Mona mula teringat dengan wajah lembut Maya yang menangis teresak-esak. Rasanya, ini bukan berkaitan dengan keluarganya. Ada sesuatu yang perlu mereka semua siasat.

"Apa kata kalau Raihan dan Ain pergi jumpa dengan Maya. Manalah tau, kot-kot dekat sana dia baru bagi tau. Maybe dia segan dengan kita kot. Mana tau Ain boleh bantu."Raihan menyuap nasi kemulut. Dijamahnya masakan Zaiton yang menyelerakan malam itu. Ain Humairah sekadar tertunduk senyum, matanya tidak lepas dari memandang wajah suaminya. Baginya, tidak salah dia menatap wajah lelaki yang sudah halal baginya. Senyuman Ain Humairah terukir. Hatinya gembira melihat tubuh Raihan yang dulunya kurus kini menjadi agak berisi.

"Amboii Ain. Tak puas keh tatap wajah Han tu?" Mereka semua tergelak. Cuma Rayyan yang seperti tidak punya perasaan. Dilaila terpaksa menahan tawanya. Dia perlu bertahan untuk menyungkil kebenaran yang tersirat. Ia, dia yakin dan pasti pelaku itu adalah Rayyan. Dia ingin membuat seisi rumah tahu tentang perangai terkutuk Dato Azizan dan Rayyan. Hatinya mula membayangkan wajah kakaknya, Diana yang nun jauh bersama keluarga kecilnya. Dengar berita Diana kini sudah mempunyai empat orang cahaya mata. Dan dua terakhir adalah kembar. Dia pasti, Diana akan membantunya.

"Die? Die nak lauk ape-ape keh sayang? Mama bagi nak?" Datin Mona perasaan dengan Dilaila yang sepertinya kelihatan agak kemurungan. Ikutkan hati, Dilaila tidak ingin menyusahkan Datin Mona dengan berlakonkan watak gila ini. Namun, apakan daya. Demi menghapuskan kezaliman dirumah tersebut. Dia berazam untuk kekal dengan lakonannya selagi lakonan tersebut tidak diketahui oleh sesiapa selain Ain Humairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience