Bab 20

Drama Series 3803

"Ma..Pa.. In syaa Allah hujung minggu ni Han ada seminar taklimat pensyarah dekat Perak. Maybe Ain Han tinggalkan dengan papa dan mama ye. Boleh Sayang?".Raihan memberitahu tentang taklimatnya yang akan berlansung hujung minggu ini. Mata Ain Humairah membuntam besar, terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Raihan sendiri. Mengapa tidak berbincang terlebih dahulu dengannya. Ain Humairah agak terasa hati dengan perbuatan Raihan yang mengambil keputusan tanpa membawanya berbincang terlebih dahulu.

"U berapa hari kat seminar tu Han?" Soalan Rayyan mengejutkan Ain Humairah. Mereka berdua Dilaila saling berpandangan. Apakah akan terjadi apa yang dikatakan oleh Dilaila. Jiwa Ain Humairah kini benar-benar bercelaru.

"Lebih kurang seminggu macam tu." Raihan tersenyum kelat. Dia sepertinya senang. Rayyan sudah tidak terlalu kasar dengannya semenjak dua menjak ini. Ain Humairah tambah gusar. Dia segera meminta izin untuk pergi keatas terlebih dahulu. Dilaila hanya memerhati. Ain Humairah memberikan alasan yang dia tidak sihat badan. Datin Mona tersenyum dengan senyuman yang membawa maksud yang banyak. Apakah dia akan menjadi nenek buat anak-anak Raihan selepas ini. Kelibat Ain Humairah semakin tidak kelihatan. Raihan segera menghabiskan airnya kemudian berlari mengikut jejak Ain Humairah.

"Sayang nape ni? Sayang okay tak? Kite pegi hospital jom.."Raihan menghampiri Ain Humairah yang kelihatan seperti serabut duduk disofa empuk tersebut. Ain Humairah melihat wajah Raihan. Perlukah dia memberitahu apa yang Dilaila sudah beritahunya sebelum ini. Jiwanya kini benar-benar diruntun hiba berbaur ketakutan setelah mendengar keputusan Raihan. Dia menggosok-gosok tangan Raihan. Wajahnya kelihatan pucat. Raihan mula panik setelah nafas Ain Humairah tersekah-sekah. Nasiblah Ain Humairah sudah dibekalkan ubat bantu nafas yang lengkap. Dengan peralatannya serta pilnya sekali.

"Okay, okay.. sayang tarik nafas perlahan-lahan. Okay, hembus.." Raihan cuba menenangkan Ain Humairah . Dadanya diurut-urut. Terasa begitu sakit pada bahagian bawah dadanya, kemungkinan kesan dari kemalangan hari itu. Mata Ain Humairah seperti ingin terpejam dengan sendirinya. Mungkin kesan dari suntikkan yang diberikan oleh Raihan kepadanya. Raihan perlahan-lahan mendukung Ain Humairah kekatil mereka.

"Ain okay sayang?.. Tunggu jap ye. " Raihan segera menghubungi Datin Mona. Tidak lama dari itu kelibat Datin Mona dimuka pintu tersebutpun kelihatan. Dia kelihatan panik, didekati menantu kesayangannya itu. Semenjak dari peristiwa hari itu, Ain Humairsh memang kerap sesak nafas. Tapi, baru kali ini dia diserang sesak nafas yang teruk. Sejuk peluhnya.

"Han dah bagi Ain makan ubat dia ke?" Datin Mona begitu risau. Manakan tidak, dia begitu menyayangi Ain Humairah sama seperti dia menyayangi anak-anaknya semua. Dia mengelap peluh diwajah Ain Humairah. Bibir Ain Humairah juga kelihatan pucat dan wajahnya kelihatan penat.

"Ain ni mesti stress kan? Ain kenapa ni sayang..cuba cite dengan abang. Dari semalam lagi abang perhati Ain tau." Raihan tidak menjawap soalan Datin Mona sebaliknya bertanya kepada Ain Humairah. Mata Ain Humairah kelihatan mamai. Penat dia rasakan seluruh tubuhnya. Tekaknya juga menjadi loya. Dia hanya membawa sakit kepalanya untuk tidur. Dia tidak mampuh berkata apa-apa lagi. Perasaannya begitu tidak baik ketika itu . Diciumnya tangan Raihan dalam getaran tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience