Bab 2

Drama Series 3803

"Papa,Mama.. Kenalkan.. Ni adik angkat Han..nama dia Ain Humairah.."Ain Humairah bangkit dan bersalam dengan papa mama Raihan. Terkedu wajah Ain Humairah apabila emas Datin Mona memenuhi pergelangan tangan dan jari manisnya. Walaupun begitu, Datin Mona tetap berpewatakkan mesra dan lemah lembut. Dandanan rambut datin Mona begitu rapi kerana mempunyai petugas khas yang dibayar berpuluh-puluhan ringgit setiap kali merapikan rambut Datin Mona . Alangkah terserlahnya kekayaan keluarga Dato Azizan. Jauh sekali jika dilihat dengan nasib keluarga Ain Humairah.

"Assalamualaikum Datin ,Dato.." Ain Humairah melemparkan senyuman kepada Datin Mona dan suaminya dato Azizan.

"Waalaikumussalam sayang. Manisnya Ain ni. Sepadan dengan Han tau"..Datin Mona mengusap kepala Ain Humairah. Senyum hingga ketelinga dibuatnya Raihan. Ain Humairah hanya membiarkan sahaja Datin Mona mengusap lembut kepalanya. Dato Azizan turut tersenyum.

"Pandai tak Han pilih?" Raihan sempat mengusik papa dan mamanya. Datin dan dato sekadar tersenyum.

"Memang pandai anak papa pilih. Macam papa dia."Dato Azizan turut menyampok . Kemeriaan keluarga itu membuatkan Ain Humairah teringat akan arwah ibu dan ayahnya dahulu. Sungguh meruntun rindu dihatinya terhadap kedua ibu dan ayahnya.

"Ha? Tengok Ain dah malu dah. Han ni.. jahat tau..Ain, Ain penat sayang?" Datin Mona kelihatan begitu penyayang. Dia perasaan yang wajah Ain Humairah kelihatan sedih. Mungkin seribu satu masalah yang dihidapi Ain Humairah sekarang ini. Berbekalkan kisah sedih dan mata yang masi belum turun bengkaknya. Sudah pasti,ini bukan masanya untuk Ain Humairah bergembira lagi. Datin Mona berusaha untuk menghiburkan hatinya. Namun apakan daya, kaca yang pecah. Jika dibalut sama sekalipun tetap terlihat keretakannya.

"Eh, tak la datin. Ain cuma.."Mata Ain kelihatan kuyup.
"Dah-dah! Jom mama tunjukkan bilik untuk Ain ye.."Datin Mona faham apa yang hendak diutarakan oleh Ain Humairah. Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam semestinya memenatkan. Apakan tidak, pergerakkan dalam kereta begitu terhad.

"Han , pi rehat juga ye. Mama dah suruh dan Mak Ton bersihkan bilik kamu tu. Rahim? Rahim..Tolong bawahkan beg Ain dan Raihan sekali ye. Hantar dekat bilik mereka masing-masing. " Datin Mona mengarahkan Rahim selaku ketua pembantu rumah dibanglo tersebut untuk mengangkat beg-beg pakaian Ain Humairah dan Raihan. Sempat juga dititipnya pesan agar Mak Ton atau Zaiton isteri kepada Rahim agar memasak masakan yang sedap-sedap untuk makan malam nanti.

Dilaila hanya memerhati dari tingkat atas. Dia begitu benci dengan layanan yang diberi oleh keluarganya kepada Ain Humairah.

"Dasar kucing kurap! Tak sedar diri.. You tak tahu lagi I ni siapa tau! " Dilaila tersenyum sendiri. Mak Ton menghampiri Dilaila dengan membawa sedulang makanan.

"Cik, ni makanan untuk cik ye..cik kena makan. Ubat ni pun kena habiskan. Dah lama dah cik tak sentuh ubat ni."Zaiton mengikut jejak Dilaila yang berjalan menuju kebiliknya. Dilaila merebahkan badannya ditilam yang empuk.

"Ermm.. letak kat situ aje. Nanti I makan.." Dilaila memejamkan matanya. Zaiton melihat seketika gelagat Dilaila,menggeleng kepala Zaiton dibuatnya. Dia hanya membiarkan Dilaila dan berlalu pergi dari ruang bilik tersebut. Ditutupnya perlahan-lahan bilik Dilaila. Kalau tidak, semestinya kejadian seperti awalnya dia bekerja. Dilaila memarahnya dengan menengkingnya didepan pekerja yang lain. Malu merah wajah Zaiton ketika itu. Hanya kerana pintu bilik Dilaila tidak ditutup. Habis dia dikerjakan oleh Dilaila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience