Bab 16

Drama Series 3803

" Ain. Kenapa Ain lepaskan pinggan tu tadi?" Raihan berbaring santai dikatil bilik tidur mereka. Manakala Ain Humairah sibuk mengatur penampilan Dilaila agar kelihatan kemas ,didepan television bilik tersebut. Memang cukup mewah bilik tersebut, dilengkapi dengan perabot-perabot mewah dan design bilik tersebut yang ala-ala seperti bertemakan taman bunga-bungaan.

"Abang nampak? Ain tak sedap hatilah bang.. papa tampar abang Rayyan tadi. Tu la Ain terjatuhkan pinggan tadi tu. Maaf ye bang. Ain tak sengaja." Ain Humairah membetulkan ikatan rambut Dilaila. Raihan hanya membiarkan sahaja Dilaila bersama Ain Humairah. Dilaila bangkit dari sofa tersebut. Dia melihat kearah Ain Humairah.

" Rayyan tu jahatt.. tak sama dengan abang Han.." Dilaila berlagak seperti diva. Hampir ketawa Ain Humairah dibuatnya . Raihan terduduk, tersenyum mendengar kata-kata Dilaila. Ain Humairah senyum melihat kearah Raihan. Sejuk hati Raihan melihat wajah isterinya itu. Sudahlah cantik, sopan, ramah. Beragama pula tu. Bertuah Raihan beristerikannya.

" Amboii.. puji abang sampai macam tu sekali. Dulu tak retipun nak call abang. Kali ni lain semacam aje.." Raihan tergelak kecil . Diurut-urutnha wajahnya. Dilaila seperti berbisik dengan Ain Humairah. Dia lantas keluar meninggalkan dua pasangan suami isteri tersebut . Terbuntam mata Ain Humairah mendengar celoteh Dilaila tadi. Benarkah? Atau itu difaktorkan oleh kesihatan Dilaila.
Ain Humairah menjadi bingung. Sedih menyapa dirinya.

"Sayang? Sayang napa tu? Mari sini ,dekat abang.." Raihan memanggil manja Ain Humairah. Ain Humairah senyum kemudian bangkit dari sofa tersebut. Dia mengunci bilik mereka itu. Perlahan-lahan dia menghampiri Raihan. Raihan hanya memerhati. Ain Humairah seperti mendapat khabar buruk. Apakah yang sudah disampaikan oleh Dilaila.

"Sayang kenapa ni?" Raihan mengusap kepala Ain Humairah. Satu persatu keronsang Ain Humairah ditanggalkan . Ain Humairah hanya membiarkan sahaja. Lagipun itu sudah menjadi kebiasaan Raihan setelah berkahwin dengan Ain Humairah. Wajah Ain Humairah kelihatan agak bingung.

" Tak deh papelah.."Ain Humairah melemparkan senyuman manis. Diambilnya tangan Raihan kemudian dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Kini dia sudah menjadi isteri yang sah dengan Raihan. Dirinya kini sudah menjadi milik Raihan sepenuhnya. Susah dan senang kehidupan Raihan dia perlu bersama merasai. Kerana itulah adat bersuami isteri .

"Dahlah. Sayang.. Jom tidur.." manja Raihan dengan isterinya . Dia mengucup dahi isterinya. Mata Ain Humairah dipejamkan. Tertawa kecil Ain Humairah setiap kali dibuat begitu. Terasa geli hatinya, romantik sungguh suaminya walaupun bersikap baran.

"Selamat tidur adinda abang yang solehah ni.."Raihan mengusap kepala Ain Humairah. Manja seperti keanak-anakkan. Ain Humairah tertawa kecil. Dikacau-kacaunya rambut Raihan dengan begitu lembut. Itulah resmi Raihan sebelum tidur. Terlalu dimanja oleh isterinya.

"Selamat malam tidur juga kekanda beta yang soleh ni. Yang ancom ni. Yang nakal ni yang bucuk ni.."Ain Humairah memeluk tubuh sasah suaminya itu. Raihan menjadi liar dengan manjanya . Kenikmatan malam itu biarlah hanya mereka yang mengetahui. Bagaikan disyurga kata orang-orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience