Bab 11

Drama Series 3803

".. Ain macamana Han?"Datin Mona kelihatan resah. Tidak tenang menanti doktor yang merawat Ain Humairah.Dato Azizan turut sama , cuma dia mampu mengawal dirinya.Tidak seperti Datin Mona yang mundar mandir kesana kesini.

"Ma.. Han bersalah ma.." Han duduk dibangku luar tempat Dato dan Datin duduk. Dia menutup wajahnya. Satu tamparan bagaikan singgah dimukanya. Begitu sakit khabar yang hendak disampaikannya. Sebak,ia. Memang sebak.

"Ain masi tak sedarkan diri ma.. tulang rusuknya patah dan menyebabkan sebahagian hatinya luka kerana tertusuk tulang tersebut. Ni semua salah Han. Han pandh kereta laju-laju. Han cuai, Han tak check kalau tali pinggang yang Ain pakai tu betul-betul dah pasang. Ain terhumban dekat depan. Dua kali hentakkan menyebabkan dia jadi macam tu..Han dah tak tahu dah nak tolong macamana, Ma..Han bersalah ma..Han salah.."air mata lelaki Raihan jatuh dipipi. Petugas-petugas yang melihat Raihan berasa begitu sedih. Mereka begitu faham dengan keadaan Raihan ketika itu.

"Ya Allah Raihan! Bawa istigfar Han.. ni semua bukan salah Han.. bukan salah Han sayang. Han kena kuat. Han kena bantu Ain. Han tak boleh jadi macam ni. Han kena kuat sayang.. Ain perlukan kita semua sekarang ni.." Datin Mona menenangkan Raihan yang kelihatan semakin tidak keruan. Lantas dalam hati Raihan beristigfar. Betul kata Datin Mona, dia perlu kuat. Dia melihat jam ditangannya baru pukul 12 tengah hari. Dia berniat untuk solat Zuhur terlebih dahulu sebelum pembedahan Ain Humairah berjalan. Dia mengajak Datin Mona dan Dato Azizan sekali.

Raihan berwudhu dalam keadaan menangis. Dia begitu takut untuk berhadapan dengan Tuhan, dia hamba pendosa. Hampir sahaja dia membunuh insan yang tidak bersalah hari ini. Datin Mona merasa sebak. Buat kali pertamanya dia menyentuh sejadah setelah menjadi ibu. Sejadah dirumahnya sahaja sudah habis diberikan kepada pembantu rumah . Telekungpun sama. Al-Quran sahaja tidak ada dibiliknya. Betapa jauhnya dirinya dengan Tuhan, selama ini dia hanya hidup berselindungkan keislaman. Namun, ciri-ciri islampun tidak pernah dipandang serius olehnya.

Alunan suara Raihan begitu menghayat hati Datin Mona dan Dato Azizan. Selama ini, mereka tidak tahu yang Raihan sudah solat . Sudah pandai membaca al - quran. Siap dengan hafalan lagi. Begitu jahil rupanya mereka selama ini. Terlalu sibukkan hal dunia sehingga tidak mampu beringat tentang kematian.

Rahim buat pertama kalinya melihat Dato dan Datin sembahyang. Tenang wajah datin tanpa sebarang calitan solekan. cantik ,manis. Mereka saling bersalaman sesama mereka. Mata Raihan kelihatan sangat merah. Turut meninggalkan kesan bengkak dimata bulat tersebut .
"Han..mama nak tanya boleh?" Datin Mona berasa tenang. Bagaikan bebannya semua hilang setelah sekian lama tidak menundukkan diri menyembah tuhan yang maha Esa.

"Nak tanye apa ma?"Raihan melipat sejadahnya . Al-Qurannya juga sudah disimpan. Matanya meluak bengkak. Tidak berdaya matanya.

"Han belajar semua ni dari siapa Han?"Datin Mona merenung dalam wajah anaknya. Rasa hiba sekali sekala menerpa jiwanya. Sungguh kasihan melihat anaknya.

"pak Rahim ma. Pak Rahim yang ajar Han semua ni.. selebihnya Han belajar dari Ain..Ain.. Ya Allah ma, Han kena gerak sekarang. Operasi pembedahan dah nak mula. Maafkan Han ma.. pa.. Maafkan Han. Han kena pergi dulu.." Raihan lantas bangun , disimpannya sejadah yang tadi digunanya. Dia bingkas bangkit dan menyalam tangan dato dan datin.

"Kuat ya Han."Dato Azizan buat pertama kalinya berbicara setelah sekian lama membatukan diri. Raihan berasa terharu, dia mesti kuat. Sokongan sudah diberi dengan penuh semangat. Dia perlu mengagahkan diri. Sedih hatinya sekarang,tidak mampu mengobat sakitnya Ain Humairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience