Bab 8

Drama Series 3803

Ain Humairah tiba diperkarangan banglo milik keluarga dato Azizan. Kelihatan seperti sunyi sepi, kereta pun kelihatan hanya 4 buah . Kereta Raihan, Dato Azizan sekaligus kereta Datin Mona juga tidak ada disitu. Maklum sahaja cuti minggu. Ain Humairah melihat Zaiton diperkarangan dapur.

"Mak Ton. Mak Ton.. Ain ni.."ain Humairah menutup matanya dengan tangannya dek terlalu silau dengan pancaran matahari yang dipantulkan melalui jubin kolam banglo tersebut. Zaiton terkejut melihat kelibat Ain Humairah yang sudah lama tidak berkunjung kerumah banglo tersebut.

" Ain! Masuk sayang. Pintu depan tak kunci tu.." Ain Humairah perlahan-lahan membuka pintu mahal banglo tersebut. Sudah lebih kurang dua bulan Ain Humairah tidak menjejaki kakinya di banglo tersebut.Masih sama seperti dahulu,cuma ada perabot yang bertambah. Maklum sahaja orang kaya.

"Ain.. mak ton rindu tau dengan Ain.. amboii sekarang ni sombong tau. Dah tak nak dah datang rumah ni dah ye.." Zaiton seperti merajuk. Ain Humairah tertawa kecil melihat gelagat zaiton. Jelas terpampam diwajah tua Zaiton kedutan-kedutan penuan , menyebabkan Ain Humairah terbayang akan wajah ibunya. Namun perasaan itu cuba diselindungkan oleh Ain Humairah.

"Tak deh lah.. Mak Ton ni.. Ain tetap sayang mak ton tau.. mak ton dah macam ibu Ain sendiri.."Ain Humairah memeluk tubuh tua itu . Sungguh,dilepasnya rasa rindu terhadap ibunya kepada Zaiton. Zaiton begitu terharu,matanya berkaca. Dia sendiri terkenang akan anak-anaknya. Mana ada anaknya yang sanggup mengaku mereka sebagai ibu bapa mereka. Sehingga sanggup mencampak mereka berkeliaran di bandar besar Kuala Lumpur. Mujurlah Dato Azizan dan Datin Mona berperikemanusiaan sehingga sanggup mengambil mereka orang gaji atasan yang hanya mengarah orang gaji yang lain. Begitu baik hati Dato dan Datin.

"Mak Ton. Ni Ain ada bawakan kek.. kek coklat..berhiaskan strawberry. Segar lagi tau.."Ain Humairah begitu ramah dengan Zaiton. Bagi Zaiton. Sepanjang berkenalan dengan mana-mana wanita yang berkunjung kerumah. Belum ada yang sebaik dan selembut Ain Humairah. Adapun begitu ketika dihadapan dato dan datin,sesudah perginya mereka. Wanita itupun kembali ke gayanya yang berlagak diva. Zaiton sudah matang dengan wanita seperti itu.

"Ya Allah.. lupa pula bawa Ain masuk.. mari,mari masuk.."Zaiton mengalu-alukan kedatangan Ain Humairah. Disambutnya buah tangan yang dibawah oleh Ain Humairah. Dalam menyambut buah tangan tersebut,Zaiton perasaan yang ditangan Ain Humairah terdapat sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian. Matanya membulat.

"Ain dah berpunya ke?"Zaiton terkedu. Wajahnya bertukar menjadi sedih. Ain Humairah kebingungan. Bukankah ini juga merupakan berita yang gembira. Ain Humairah menganggukkan kepala.

"Melepaslah Han rupanye.."Zaiton mengeluh. Harapannya untuk melihat Ain Humairah bersama Raihan hancur berkecai. Ain Humairah tergelak. Entah mengapa lucu baginya. Ain Humairah ingin memberi kejutan kepada Zaiton. Biar Raihan sendiri ataupun dato datin sendiri yang memberi tahu Zaiton.

"Orang rumah yang lain mana mak Ton? Dari tadi Ain tengok sunyi aje.."Ain Humairah melilaukan matanya. Mencari mana kelibat yang lain. Zaiton memanggil Maya. Pembantu rumah yang baru sahaja bekerja disitu.

"Maya sini jap.. Ain, semua orang dah keluar dari pagi lagi. Cuma Dilaila je yang ada kat atas tu. Maya sini, tolong bawakan air minuman untuk Ain ye.."Zaiton memberikan arahan pada Maya namun masi dalam kelembutan. Ain Humairah senyum melihat Maya. Begitu juga Maya.

"Ouh,ini lah cik Ain tu ye mak Ton..Cantik orangnye..manis.."Maya tersengih. Baru hari ini dia melihat wajah Ain Humairah secara depan-depan. Sebelum ini dia hanya melihat dikaca skrin telefon Zaiton. Itupun samar-samar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience