Bab 6

Drama Series 3803

AIN HUMAIRAH BINTI HAJI HADI
ANDAI BICARA INI MEMBEKASKAN LUKA DIHATIMU, MAAFKANLAH KELEMAHAN SANG PENCINTA INI.
DIANTARA BUNGA YANG PERNAH DIRI INI TEMUI, ENGKAULAH YANG PALING HARUM.
SEHINGGA MAMPU MEMBUAT HATIKU BERCELARU.
KEINGINANKU UNTUK MENYUNTINGMU MENJADI PERMAISURI TERLEBIH DAHULU KU LUAHKAN DENGAN SANG PENCIPTA.
MEMOHON KEBERKATAN DISETIAP APA JUAH KEPUTUSAN, SAMA ADA IA MENGEMBIRAKAN ATAUPUN SEBALIKNYA.
AIN HUMAIRAH BINTI HAJI HADI.
IZINKANLAH AKU UNTUK MENJADI HALALMU SECARA REDHA DAN DIBERKATI.

-ABANG DR.

Ain Humairah begitu tersentuh. Dia tidak menyangka,sehingga begitu sekali keputusan yang diambil oleh Raihan untuk menjadikannya isteri. Ain Humairah mencari semula kelibat Raihan, namun tidak dilihatnya. Dia kembali menatap surat tersebut. Tanpa dia sedar, dia sudah duduk dibangku yang berlatarkan ala-ala ditaman bunga. Dengan hiasannya yang sarat dengan warna warni. Memang terlalu memikat hati.

"Ain Humairah binti Haji Hadi? Sudikah engkau menerima lamaranku Syeid Raihan bin Dato Azizan di hari kelahiranku ini?" Ain Humairah begitu terkaku. Namanya disebut dimikrofon . Nyaring terdengar dicorong-corong pembesar suara yang ada didalam restaurant tersebut. Namun, perasaannya mula bertukar menjadi terharu. Dilihatnya Datin Mona dan Dato Azizan berjalan menuju kearahnya. Matanya kelihatan berkaca.

'Ya Allah. Nikmat apa yang engkau berikan kepadaku ini.. Sehingga terlalu sukar untukku gambarkan betapa besarnya rasa kesyukuranku panjatkan padaMu.' Ain Humairah lantas berdiri. Menanti Datin Mona dan Dato Azizan yang semakin dekat dengan kedudukannya.

"Cantik anak menantu mama ni.."Datin Mona mengesat air mata syukur Ain Humairah. Senyuman manis Ain Humairah begitu cepat meluncur indah diwajahnya. Sikapnya yang lemah lembut membuatkan Datin Mona semakin senang dengannya. Cincin tanda disarungkan dijari manis Ain Humairah. Tepat,tidak kurang tidak lebih. Memang pandai Raihan memilih. Cantik. Semestinya,harganya juga cantik. Status seperti Ain Humairah kemungkinan tidak akan mampu menyediakan cincin mahal seperti yang disediakan oleh Raihan. Emas bertahktakan batu berlian.

Ain Humairah mengucup tangan Datin Mona. Dia hanya mampu tersenyum melihat Dato Azizan. Dia masi perlu menjaga hadnya sesama orang yang bukan halal , walaupun sama sekali dato Azizan sudah menjadi bapa mentuanya. Mujurlah Dato Azizan memahami Ain Humairah.

Kelibat Raihan muncul didepan mata mereka membuatkan pipi Ain Humairah menjadi merah. Malu yang teramat setelah namanya terdengar jelas dicorong pembesar suara. Semua mata ketika itu memberi tumpuan kearah mereka. Masing-masing memberikan reaksi yang tersendiri.

"Suprise tak abang buat?" Raihan seperti kebudak-budakkan. Dia amat gembira. Manakan tidak,dia pastinha rugi sekiranya tidak menyunting Ain Humairah yang mantap perspektif agamanya.

"Malu Ain tau.." Ain Humairah bertapuk dibelakang Datin Mona. Matanya masi merah kerana menangis kebahagiaan. Pasti arwah ibu dan ayahnya bangga sekiranya melihat Ain Humairah disenangi serta disayangi oleh ramai orang.

"Ha,tengok pipi dia tu mama. Dah merah dah..lehh..cumilkan..tu yang Han suka tu.."Puji Raihan. Datin Mona mencuit manja lengan Raihan. Habis merah padam muka Ain Humairah menahan malu.

Raihan mempersila papa mamanya dan Ain Humairah untuk duduk bagi menikmati santapan yang sudah siap dipesan sehari sebelum majlis melamar Ain Humairah. Ain Humairah serba salah,dia terpaksa mengikut rentak keluarga Raihan yang makan bersudu. Bukan tidak pandai,cuma sudah terbiasa mengamalkan sunah nabi dengan makan menggunakan tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience