Bab 15

Drama Series 3803

DUA KEMUDIAN...

"Ain.. kenalkan ni abang Rayyan. Abang Raihan.. " Dato Azizan menegur Ain Humairah yang membasuh pinggan didapur. Kelihatannya Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun, Ain Humairah menundukkan pandangannya. Memohon agar sikapnya yang seperti itu dapat dihormat oleh semua ajnabi. Biarlah dikata sombong sekali, lama kelamaan mereka juga pasti memahami dan menghormati wanita-wanita yang berperwatakkan seperti Ain Humairah.

Rayyan duduk ditepi Raihan. Lauk malam sudah siap dimasak dan disajikan oleh Ain Humairah dimeja mewah yang besar . Sempat juga dia meletakkan lebihan lauk pauk yang sudah dibahagi sedia untuk pembantu-pembantu rumah. Begitu senang hati mereka sejak hadirnya Ain Humairah dalam keluarga itu. Bagi Ain Humairah itu perkara biasa, tiada perbezaan yang perlu dilihat didalam diri manusia. Cuma keimanan yang mampu menentukan perbezaan tersebut. Dan semua itu bukanlah ada pada setiap insan yang tidak bernoktah untuk melakukan dosa.

" Ain duk setinggan mana sebelum ni?" Soalan Rayyan mematikan suasana ceria malam itu. Air muka Raihan tampak berubah. Ain Humairah tetap kelihatan tenang walaupun soalan tersebut agak menghiris hatinya. Tapi akan daya, ada bagusnya juga abangnya itu bertanya asal usul Ain Humairah. Sekurang-kurangnya, dia tidaklah begitu terkejut menerima kehadiran Ain Humairah dalam keluarga tersebut.

"Abang.." Raihan menatap tajam wajah Rayyan. Baginya, itu urusannya . Tidak perlu terlalu optimal untuk bertanya dikhalayak ramai. Boleh menjatuhkan aib orang. Lagi-lagilah Ain Humairah kini sudah menjadi isteri Raihan yang sah.

" Tak pe bang.. Ain tak duk setinggan . Ain asal kampung, negeri kedah." Ain Humairah menjawap dengan nada yang lembut. Dilaila juga menyertai makan malam ketika itu, anginnya pada Ain Humairah sudah tidak terlalu panas. Tenang, setelah Ain Humairah menjaga makan minumnya. Selepas berkahwin dengan Raihan , barulah Ain Humairah tahu bahawa Dilaila sakit diserang meroyan. Kata Raihan, Dilaila pernah mengandung sebelum ini. Tapi ayah bayi tersebut lansung tidak diketahui.

Dilaila hanya berdepan dengan Ain Humairah. Dia lansung tidak melihat wajah sesiapa didalam ruang meja makan tersebut selain Ain Humairah. Banyak karenanya, minta itu minta ini tapi tetap dilayan oleh Ain Humairah. Tidak pernah walau sekalipun Ain Humairah meninggi suara pada sesiapa termasuk orang gaji dirumah besar itu. Baginya jika salah, biarlah ditegur secara berhemah dan tidak mengundang selisih faham yang besar.

"Okayy.. stop..stop..I tak tanye lebihpun. Just tanya u dari setinggan mana. Tapi, rupanya u ni up sikit juga la kan kiranya. Kampung? Okaylah tu untuk Han.."Rayyan berlagak seperti raja. Matanya terkebil-kebil,tanda memperlekehkan keinginan adiknya. Raihan lantas bangkit, dia membasuh tangannya. Wajahnya kelihatan agak merah, sudah menjadi sifat semula jadi Raihan mempunyai sikap baran. Beruntung sahaja Ain Humairah terlalu bijak mengawal emosi suaminya itu.

"Ma.. pa.. Han naik dulu ye. Han penatlah. "Raihan merenung Ain Humairah. Seperti ada maksud yang ingin disampaikan daru renungan tersebut, Ain Humairah lantas bangkit. Makanannya habis dimakan licin oleh Dilaila. Dia begitu bahagia melihat Dilaila yang begitu berselera setiap kali Ain Humairah yang masak.

"Tah betul ke tidak Han ni. Silap haribulan die diguna-gunakan. Manala tau kan. Manusia. Tudung besar, tapi hati..Tah.. Hitam arang busuk bangkai kott.."Rayyan seperti tidak mempunyai perasaan ketika mengutarakan ayat tersebut. Datin Mona berdiri, entah kemana arahnya dia pergi.

"Pargh!" Satu tamparan hinggap diwajah Rayyan. Dia begitu terkejut setelah melihat siapa yang berani menamparnya. Dato Azizan, ya. Dato Azizan. Baginya, anaknya itu sudah terlalu banyak dosanya. Tapi lansung tidak ingin bertaubat. Pinggan yang dipegang Ain Humairah jatuh terhempas. Habis bertabur kaca pinggan tersebut dilantai. Dia baru sahaja habis membersihkan wajah Dilaila yang comot. Dilaila terkejut kemudian memeluk tubuh kecil Ain Humairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience