Bab 3

Drama Series 3803

Ain Humairah awal pagi lagi sudah bangun. Sudah menjadi kebiasaannya dikampung dahulu. Usai solat subuh,dia pasti memulakan kerja-kerjanya didapur. Kali ini, dia berhasrat untuk memasak sarapan pagi buat keluarga Dato Azizan. Mulanya keinginannya itu ditolak oleh Zaiton. Zaiton risau, sekiranya ada apa-apa dengan Ain Humairah sama ada luka kah atau sebaliknya dia akan dimarah oleh dato dan datin.

"Tak pe lah Makcik. Ain pun asal kampung . Kerja-kerja macam ni memang Ain dah biasa dah buat."Ain Humairah tersenyum melihat Zaiton yang kelihatan agak takut-takut. Mengiakan sahaja atau teruskan bertegas? Zaiton menjadi buntuh. Dek hasil pujukkan Ain Humairah, akhirnya Zaiton membenarkan Ain Humairah memasak sarapan pagi untuk keluarga dato Azizan .

Dari gaya Ain Humairah sahaja memegang senduk,jauh profisional berbanding datin Mona. Bauh masakannya juga begitu menyelerakan. Selalunyanya sajian yang sempat disiapkan hanya 2,kemungkinan kesan dari kudrat Zaiton yang semakin berkurang.

"Amboi.. Wanginya adik abang ni masak.."Raihan muncul dari tandas dapur tersebut. Kemungkinan, sudah lama dia berada disitu. Namun tidak disedari oleh Ain Humairah dan Zaiton.

"Eh! Abang ni.. terkejut Ain tau. Nasib tak terlempangnya terbang senduk ni har.. Kalau tak. Tak tahulah abang macamana kalau ada cap kat muka tu ha.."Ain Humairah tergelak. Begitu juga Zaiton.

"Amboi..MakTon pun dah mula dah nak belajar membuli dari Ain ye.." Raihan menunjukkan reaksi seperti mengugut. Zaiton terhenti ketawa. Buntam matanya apabila Raihan membuat reaksi seperti itu.

"Hahahahh! Lucu la MakTon ni.. Han main-main aje la.. Tak payelah nak serius sangat.."Raihan tergelak dengan reaksi wajah Zaiton yang kelihatan agak ketakutan. Zaiton kembali tersenyum,nampak seperti orang yang terencat akalnya. Tersengih-sengih,tersengih-sengih..

"Apa yang meriah sangat dapur ni?awal-awal lagi mama dah dengar dah pok pek pok peknya dari dekat atas .."Datin Mona menghampiri mereka dengan senyuman yang manis. Dikucupnya kepala anaknya yang tiga itu. Kemudian dia beralih kearah Ain humairah. Kali ini diusap dan dikucupnya juga kepala Ain Humairah. Ain Humairah begitu beruntung kerana mendapat mama angkat sebaik datin Mona.

"Ni harh. Anak mama sorang ni. Dari tadi bising aje mulut dia. Tah,itu tak kena ..ini tak kena..Hanpun tak tahu nak buat dia macamana lagi.". Raihan sengaja mengusik Ain Humairah. yang begitu serius dengan aktivitinya. Miss potong sayur. Ia,itulah gelaran Ain Humairah semasa bekerja bagi mencari duit sekolahnya sendiri.Ayahnya tidak mampu kerana mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan satu badannya lumpuh.

Mata Ain Humairah membulat besar. terkejut dia dengan kata-kata yang keluar dari mulut Raihan. Segera dia menoleh kebelakang. Dilihatnya Raihan sedang menutup wajahnya dengan tangannya. Malu Ain Humairah dibuatnya. Datin Mona hanya tersenyum melihat gelagat Raihan dan Ain Humairah.

"Kalau nak jadi suami isteri tak baik gaduh-gaduh. Tak berkat rumah tangga nanti.."Datin Mona kali ini mengusik Ain Humairah dengan Raihan sekali , Ain Humairah dan Raihan saling berpandangan. Merah kemerahan muka Ain Humairah dibuatnya. Datin Mona meninggalkan mereka bertiga didapur. Zaiton hanya tersenyum sambil mencuci piring yang berbaki semalam. Ain Humairah membiarkan sketsa itu begitu sahaja dengan membuatnya seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience