Bab 7

Drama Series 3803

"Arwah ibu dan ayah Ain orang mana? Darah arab ke? Sebab mama tengok muka Ain macam mix arab-arab gitu"Datin Mona membuka bicara setelah hampir setengah jam membisu. Terdetik dihati Raihan , kenapa selama ini dia tidak menanyakan latar belakang keluarga bakal isterinya itu.

"Arwah ibu orang Sabah. Darah Pakistan dan Melayu. Arwah ayah pula pedagang China tapi membesar dekat Kedah." Ain Humairah menerangkan tentang siapa dan apa bakanya yang sebenar. Terbuntam mata Raihan setelah mendengar cerita bakal isterinya. Mengenai negeri sabah,ia . Raihan pernah mendengar dari mulut arwah haji Hadi sendiri.

' Patut lah cantik aca-aca arab ,kulit putih natural tak paya nak pakai bedak. Tapi, sabah? Pandai ke cakap loghat sabah my future wife ni?'

"Ain pandai ke cakap sabah?" Tanya Raihan. Hampir tersedak Ain Humairah dibuatnya. Datin Mona dan Dato Azizan saling berpandangan. Mungkin timbul rasa kebingungan dengan sikap Raihan yang menjadi-jadi.

"Ain tak la pandai sangat. Sebab Ain lahir-lahir je dah memang kat Kedah. Arwah ibu pula memang cara cakap tu aca sabah juga. Tapi,Ain lagi terikut dengan cara arwah ayah. Sebab arwah ibu meninggal sejak umur Ain 6 tahun." Raihan menjadi serba salah. Kenapa pula dia boleh tanya benda seperti itu. Wajah Ain Humairah kelihatan agak tenang. Tidak gembira tidak juga sedih , sekadar dalam level sederhana.

"Ouh,macam tu. Habis tu, adik beradik Ain tak deh ke?" Tanya Dato Azizan pula. Ain Humairah seperti tersambar dengan soalan itu. Sakitnya masi terkesan dihati. Parut api sahaja masi berbekas dibetisnya.

"Ada . Ain sebenarnya ada 3 orang adik beradik. Ain anak kedua. Arwah abang meninggal masa kerja dekat kilang dulu. Dan baru-baru ni, arwah adik meninggal dalam kejadian yang menimpah baru-baru ini. Ada yang cakap. Adik dah keluar dah,tapi masuk balik sebab dia lihat ayah masi belum ada dekat luar."Ain Humairah cuba mengawal perasaannya. Ada baiknya dia ceritakan kisah yang sakit bagi dirinya. Kemungkinan itulah cara baginya mengurangkan tekanan beban dalam dirinya.

"Arwah abang Ain meninggal sebab ape?" Dato Azizan semakin serius dengan cerita Ain Humairah. Raihan berhenti mengunyah dan melihat tepat kearah Datin Mona. Begitu juga Datin Mona. Mereka hanya membiarkan Dato Azizan bertanya. Ain Humairah segera menghentikan suapannya.

"Arwah abang meninggal sebab dia kerja dekat kilang sawit dahulu. Arwah terjatuh dalam mesin penghancur sawit. Yang dapat dijumpa hanya serpihan tulang-tulang arwah..itupun dah tak lengkap. Isi kulit dia semua dah lumat terikut dengan perahan minyak kepala sawit tersebut. Tapi itu dah lama dah. Waktu tu umur Ain sekitar 10 tahun. Arwah adik Ain yang bongsu dalam 8 tahun macam tu. " Air mata Ain Humairah terasa seperti ingin mengalir laju. Sayu hati Datin Mona mendengar. Bahkan berbaur geli setelah mendengar cerita kematian arwah abang Ain Humairah.

"Maaf. Ain ketandas kejap ye." Kelihatan mata Ain Humairah berkaca. Sempat keluar air matanya semasa berdiri tadi. Namun segera dia menoleh kebelakang dan melangkah menuju ketandas. Raihan perasaan dengan kejadian perubahan Ain Humairah sebentar tadi. Nafsunya terhenti untuk makan. Dilihatnya pinggan Ain Humairah baru sedikit yang kurang. Jauh berbeza kuantitinya dengan piring mereka bertiga.

"Abang ni. Kenapa abang tanya Ain macam tu. Tengok kesian. Dia dah nangis! Tak patut tau abang tanya soalan-soalan macam tu.."Datin Mona turut serta bersedih. Hati wanita, lembut! Dato Azizan kelihatan rasa bersalah. Dia cuba melihat kelibat Ain Humairah. Namun,agak lama baru Ain Humairah muncul .

"Maaf, Ain lambat. Eeh? Daha habis ye. Tak pe la.. ni Ain bungkuskan ye.."Ain Humairah masi tegar tersenyum. Walaupun kenyataannya dia baru sahaja habis menangis, Mata dan hidungnya kelihatan sangat merah.Raihan rasa kesihan melihat wajah Ain Humairah. Apakan tidak,inilah buat kali pertamanya dia jelas melihat wajah Ain Humairah seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience