Bab 1

Drama Series 3803

Ain Humairah melihat sekeliling banglo Dato Azizan. Apakan tidak, ini adalah pertama kali buatnya menjejaki kaki di rumah agam yang besarnya ibarat istana .

'Ya Allah. Subahanallah.. Besarnya rumah abang Raihan ni.' Matanya meliar-liar melihat keadaan dalam banglo tersebut. Sejenak memerhati, Ain Humairahpun terpandang sebingkai gambar yang terpampan besar disatu sudut ruangan yang mewah. Ia, kemungkinan besar itu adalah milik keluarga Dato Azizan. Jelas terlihat disitu adanya Dato Azizan, Raihan dan beberapa orang yang belum dikenali oleh Ain Humairah.

"Amboi! Terpegun ye? Mei lah duduk .. Abang nak panggil mama dan papa jap" Usik Raihan . Ain Humairah mematikan lamunannya. Lantas terukir senyuman yang indah diwajahnya. Ain Humairah seorang gadis yang bertudung . Auratnya sentiasa terjaga dari pandangan lelaki ajnabi. Kenapa tidak, arwah ayahnya dikenali selaku imam dan ustaz besar dikampung halamannya.

"Kau pungut kucing kurap dari mana pula kali ni Han?" Seorang wanita berjalan turun dari tangga dan langkahnya terhenti setelah melihat Raihan dan Ain Humairah. Matanya begitu tajam merenung tepat kearah Ain Humairah. Dia perlahan-lahan mendekati Ain Humairah dan abangnya Raihan.

"Who are you ?" Lagaknya seperti diva . Maklum saja. Anak Dato dan Datin, apakan tidak gayanya kelihatan seperti itu.

"Dilaila! You cakap biar berhemah sikit ye. Ni kak Ain. Ain Humairah.Dia akan tinggal dengan kita buat masa ni." Raihan cuba mempertahankan Ain Humairah. Baginya,layanan adiknya itu begitu biadab buat tetamu yang baik seperti Ain Humairah.

"Eukk ! Akak lah sangat!" Dilaila menjeling tajam kearah Ain humairah. Humairah hanya tersenyum tunduk. Malu untuknya jika dia pula yang menjawap.Dia sekadar penumpang dirumah itu. Dia perlu membalas jasa Raihan kerana sanggup membantunya dari kemalangan hari itu. Jika tidak kerana Raihan,mungkin sahaja dia juga sudah menjadikorban kebakaran dirumah kampungnya yang dahulu. Benak kembali menggamit rindu terhadap arwah ayahnya. Jika dia ada ketika itu. Pasti ayahnya sudah selamat dari kebakaran itu.

Raihan perasaan dengan perubahan wajah Ain Humairah. Kemungkinan Ain Humairah tersinggung dengan kata-kata adiknya yang bermulut celopar itu. Raihan sudah matang dengan sikap adik dan abangnya yang bermulut lancang. Tidak memikirkan perasaan orang lain,apa yang terbuku di benak dan hati akan dilepaskan begitu sahaja.

""Ain jangan ambil hati tau apa yang Dilaila cakap. Dia tu memang macam tu. Tak pernah lansung memikirkan hati orang lain.Jap.. Abang cari papa mama dulu ye. Duk diam kat sini ye.. seminit aje.."Raihan segera lari meninggalkan Ain Humairah diruang tetamu. Segan silu Ain humairah dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience