Bab 5

Drama Series 3803

"Ain.. abang nak jumpa Ain boleh?" Raihan menghias rapi bunga yang dihias khas olehnya sendiri . Hatinya begitu melonjak-lonjak. Terasa sungguh bahagia. Terbayangkan wajah Ain Humairah yang putih melepak. Dihiasi kemerah-merahan dan diserikan dengan tudung labuh yang besar. Sungguh, bertambah rasa teruja Raihan untuk memperisterikan Ain Humairah.
"Abang nak jumpa Ain? Aik..lain macam aje bunyi dia tu."Ain Humairah tergelak kecil. Dia begitu santai berada diluar rumah kondominiumnya yang dihadiahkan oleh Raihan sendiri. Tudungnya melayang kesini sana dek kerana terlalu besar. Jubahnya pula jatuh menyapu lantai rumahnya sekiranya tidak diangkat sedikit.

"Erm..Ain nak tahu ke? Kalau Ain nak tahu. Jom jumpa abang . Dont worry honey. Kita jumpa dekat public okay?" Ain Humairah terkejut dengan panggilan Raihan yang tanpa rasa bersalah menggelarkannya 'Honey'. "Nanti abang share location okay.." belumpun sempat Ain Humairah menyampok . Talian sudah dimatikan oleh Raihan.

Kebingungan Ain Humairah dibuatnya. Nak kata marah dengan Ain Humairahpun rasanya tak juga, intonasi dia cakap macam teruja aje. Baru sahaja Ain Humairah hendak meletakkan telefonnya . Telefonnya kembali berdering. Dilihatnya satu pesanan telah masuk dari Raihan.

Abg Raihan
9: 15 a.m.

Restaurant Mid Valley

"Amboii.. mahalnya tempat. Manala Ain mampu nak pegi tempat ni.." Ain Humairah berbicara sendiri . Dia menggosok-gosok kepalanya. 'Amboi Ain..kau jangan nak belagak kat situ ye.. Kau mana pernah bayar apa-apa kalau keluar dengan abang Raihan . Tak pernah okay!' Lamunan Ain Humairah terhenti. Dia begitu terhibur dengan kata hatinya sendiri. Ia tak ia juga, belum ada lagi dia mengeluarkan duitnya jika keluar bersama Raihan.

"Cik Ain Humairah ke?" Seorang pelayan datang menghampiri Ain Humairah dengan senyuman yang manis.Ain Humairah terkejut dengan tindakan pelayan tersebut.

"Allah.. ye saya.. ada ape ye cik?" Ain Humairah agak terkejut namun masi mampu tersenyum manis. Lesung pipit dipipinya begitu menawan hati. Sekali pandang,pasti berkali-kali mahu memandang. Sungguh manis.

"Dr.Raihan dah tempah meja khas untuk Cik.. Mari ikut saya.." Ramah pelayan tersebut. Ain Humairah terkejut bukan main. Sudah berapa lama dia mengenal Raihan , baru hari ini dia tahu yang Raihan ialah seorang doktor.

Sekali lagi dia terkejut melihat meja yang dihias rapi. Cantik. Sejambak bunga mawar merah bersalutkan salutan warna ungu begitu memukau mata Ain Humairah. Dia menghampiri meja tersebut. Namun,dia berasa kehairanan. Dimana kelibat abang angkatnya yang bergelar doktor itu. Dia melihat semula bunga tersebut. Terselit sebuah bingkisan puisi yang begitu dalam maksudnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience